Sunday, May 8, 2011

Atas Nama APC

Apakah itu APC?? Ok, aku terus bagi jawapan la. Lagipun ini bukan segmen main teka-teki atau rancangan Pop Kuiz? Eh ingat lagi tak pop kuiz?? Dulu Rina Khan atau Aznil kot yang jadi pengacara. Lepas tu, bertukar kepada Ally Iskandar. Comey gile ally, lepas tu terus jatuh minat kat dia. hahahhaa. Normal la kan? Kalau nama kumpulan, mesti nama yang best-best. Lepas tu gaya bukan main lagi. Eh, bukan nak cite pasal Pop Kuizzzzz! Nak cite pasal benda lain.  

APC atau nama manjanya adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sejauh mana kecemerlangan itu, tidak lah dapat dipastikan. Anugerah ini adalah anugerah tahunan yang mana meraikan menghargai jasa-jasa/sumbangan kakitangan yang mana tidak putus-putus memberikan khidmat yang terbaek. Terasa macam Norzie Pak Wan Chik pulak. 

Sekarang saya bawakan hadirin sekalian untuk menyaksikan revlolusi err revolusi [ceh! eja revolusi pun salah] APC ini.

Jeng jeng jenggg! [drum roll]

Tahun 2007

Tahun ketiga saya mencari rezki di sini T__T 
Jadi umur saya adalah 40 tahun la kan? hahahha. Ok, siyes!!

Di sini saya akan paparkan suasana pada 2007.




Menu untuk dinner APC 2007. Chinese food kalau tak silap. Tak berapa ngam dengan tekak. Tapi habes jugak. Tak baek membazir. hehhehe



Macam perkara wajib la. Bergambar secara beramai-ramai. Time ni seronok sebab satu office berkerjasama umpama semut membawa gula demi merealisasikan APC nih. Err, nak menunjukkan dah lama sangat picture nih, sampaikan big boss kami dah selamat bersara x_X 



Macam biasa, meja kami kat belakang je. Itu pun dah cukup terasa cukup riang wey dapat join sama.


2008 
Takde, sebab saya.. malu ar nak cakap. Tak amek gambar. Takde kenangan jugak. Dalam hati ada la kenangan tu. Eces! Bahasa nak berbunga aje.


2009



Duduk belakang pentas je. Eh, kalau tak silap. Ada penah buat entry pasal APC nih. Selak la MPS ni kalau korang rajin, kalau tak rajin tak payah la [cam pernah taip la ayat ni, de javu]



Gambar beramai-ramai. Lepas tu buat kat dewan je. Jimat bajet. Dah selesai majlis anugerah tahunan terus kami ke gerai makanan. Time ni ada jamuan raya. Makan lagiiiiiiiiiiiiiiiii [suke benor dapat makangggg]


2010



Eh, tak banyak rupanya upload gambar 2010. Tapi takpelah. Yang ni makanan 2010. Western food. Sedap la jugak. Contoh macam gambar atas ni kan, tak tahu la nama apa. Tapi ada rasa mayonis. Boleh la. 



Menu 2010. Tak nampak kan? Sebab tak resize gambar nih. Takpela, kalau baca menu pun, tak kenyang jugak kan? hehehhe [ayat boleh tak sopan sikit?? ok ok!]


2011

Sepatutnya dah lama cite pasal ni. Tapi banyak sangat agenda hidup. Jadi kehidupan perlu diutamakan.

Tanggal 27 April 2011


Gambar ni nampak kabur kan? Sebab malam tu dorang pasang lampu malap je. Tak tahu la kenapa. Dahla kamera tak banyak membantu. Kamera cikai jadi gambar tak cantek sangat. Cikai-cikai dia pun, saya tetap sayang T__T



Tema hitam dan putih. Macam manusia la kan, ada kulit hitam ada kulit putih. 
Ada rambut hitam, ada rambut putih. Hati lain-lain. 
Eh, chop! Tahun ni temanya hitam putih sebab berkabung. ngeee!




Ni tengah melalak menyanyi dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh. Saya miming je. hahhaha. 



Ini buku program. MAT ke APC ke, nama je berbeza. Tapi intipati dia sama je. Nak kasi sijil dan penghargaan eh duit jugak kepada mereka yang cemerlang. Jadi buat la keje dengan sehabis baik [yang ni pesan kat diri sendiri, takmo pesan kat orang lain sebab diri sendiri tak betol lagi. heheheh]
 Jangan harapkan ganjaran je memanjang, sebab kalau Allah dah tetapkan rezki kita.
InsyaAllah ia tetap ada.
Percayalah.

Banyak perubahan dari tahun ke tahun untuk APC/MAT nih. Kire ok la. Tapi saya vote APC 2007. Sebab best! O_o

Mungkin tahun depan, kalau panjang umor. Tak merasa lagi la buat event ni beramai-ramai. hehehe. 
Err, padahal tukang sibuk je. huk!

Ok la, dadaaaaaaa






4 comments:

  1. nanti lama-lama boleh la dapat anugerah jugak..sedap la makanan2 ni..lapar..

    ReplyDelete
  2. wow wiiii bestnyaaa...eh aida betul ke miming hehe takpe nanti kita nyanyi berdua aje tau..br syokkk

    ReplyDelete
  3. SOLEHAH :
    amin :) makanan memang cedap2. lapar ke? dah abes la makanan ni semua O_o .

    Senyap dan diam sebab lappy ada problemo di asparagus..


    HANIS MY :
    betul la, sebab lirik dok ingat. hahaha. malu ar nak nyanyi dengan bersungguh-sungguh.. jom ar :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.