Tuesday, May 31, 2011

Baby May


Assalamualaikum semua. 

Seperti yang dijanjikan saya kembali semula. hehehhe.
Sementara mak cik saya menonton Nora Elena, adalah lebih afdal saya menaip. 

Tentu anda tertanya-tanya, siapakah saya yang tiba-tiba muncul dengan salam sebagai pembuka bicara ini? T_T
Untuk pengetahuan semua, saya telah selamat dilahirkan pada 5 Mei 2011 | Khamis. Cantek kan date nih. Kalau nak tahu, umi saya cakaplah kan. Dia nak sangat saya lahir pada 5 Mei. Dia suruh saya bertahan. Dan saya bertahan sehinggalah saya selamat dilahirkan selepas azan maghrib.

SubhanaAllah, Alhamdulillah. 
Setelah sekian lama saya berada di dalam kegelapan perot umi saya, akhirnya dengan izin Allah, saya dapat juga melihat dunia yang penuh dengan pancaroba. 
Maaf lah bahasa saya sedikit puitis, terikut-ikut mak cik saya la nih. hehehhe.




Ini adalah saya. 2 hari selepas dilahirkan. Abaikan tangan mak cik saya tu. Dia bajet nak buat gambar cumil, tapi tak jadi sangat. Rimas la tangan mak cik ada kat situ. Nak tidur pun tak best.



Ini adalah sepupu saya. Nama dia Rayyan. Yang baju merah tu ayah dia tau. Time ni, Rayyan baru je abes nanges. Dia nanges sebab terkejut bila nampak Tokki. hahahha. Masa Rayyan masuk bilik nak tengok wajah saya, kebetulan Tokki terbatuk. Jadi Rayyan terkejut lantas menangis. hihihihi. Saya rasa nak gelak je tengok abang Rayyan menangis. Apalah, dah besar macam tu pun masih nangis ke? Ayah dia bagi susu sebagai tanda mulut ditutup. Bila mulut dah ditutup, secara automatik abang Rayyan diam. Habislah saya, tentu saya pun akan diperlakukan sebegitu rupa. Saya bersedia untuk itu!




Masa saya mula-mula lahir kan, saya asyek tidur je. Tengok la nih, sampaikan ayah saya terpaksa agahkan saya. Tujuan dia nak kasi saya bangun. Tapi saya ngantuk la.



Lagi cubaan nak kejutkan saya. Rimas betul la.



Saje amik hati bukak mata. Semua orang bergumbira masa saya bukak mata. Sebab hampir sejam dorang duk pujuk saya bukak mata. Tapi hampir 1 jam, barulah saya bukak mata. Sorry ye semua.



Ayah saya kasi saya minum air zam-zam. 



Ini ketika saya berusia seminggu. Yang ini adalah mak saudara kepada mak cik saya. Tak tahulah apa pangkat dia kepada saya. Panggil Tok Teh aje lah. hehehhe. Saya tak boleh nak fikir lagi bab-bab pertalian persaudaraan ni, maklumlah saya masih kecil.



Saya tidur lagi sampaikan kena kuning. Lepas tu saya masuk wad untuk beberapa hari. Lepas ni, saya berjanji saya takkan tidur dengan jayanya lagi. Saya tidur sikit-sikit je. Tak nak ar susahkan nenek dan umi dan ayah saya. Kesian kat dorang.

Ok la, setakat ni ajelah catatan saya. Semoga akak-akak, pakcik semua berbahagia selalu. Amin.

Ikhlas : Muhammad Afiq Amsyar [nama saya la nih]



1 comment:

  1. waa...dapat anak sedara baru...smoga mak cik afiq amsyar dapat jaga afiq dengan baik..jgn lupa nnti dia nak susu, nak berak, dah besar nnti nak hadiah..bla bla bla

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.