Saturday, May 7, 2011

A&W Drive Thru, Petaling Jaya [PJDI] - Part 2


Malam ni terasa agak perlahan. Apa yang perlahan tak dapek den nak gamborkan eih. Sobolum eden menyambung keje dan persiapan untuk koje esok eh, eden ghaso la ey baek la eden manyambung cerita dulu. Cerito apo?? Cerito basi namanyo. Kenapa awak cakap nogori??? Ontahlah T__T

Masa itu emas, jadi kite terus ke motif sebenar penulisan pada malam ini ye kawan-kawan. Kalau nak diikutkan, penulis tidak begitu mahir/pandai/berkebolehan untuk menulis cerita-cerita yang berunsurkan episod. Ala, macam cite ayah Shamsoll tu la. Sampai beriban-riban berpuluh-puluh episod dia. Sekarang, tibalah masa untuk penulis menyambung semula entri ini ENTRI 1. Untuk makluman semua, cerita tersebut telah ditulis pada errr, beberapa bulan yang lepas. Jadi agak memang terkebelakang penyambungan cerita nih. Penulis sedar cuma buat-buat tak sedar. Kire ni dah episod last la eh. Takde part 3 takde part 4.

Kat mane ek aku nak sambung?? hahahaha. Macam tak perlu disambung la. Urmmm..

Saya Aida, nak order apa ye encek??

Ok, seperti mana gambar di atas. Itu adalah tag nama saya. Yang mana perlu dipakai sepanjang masa ketika bekerja. Oh syok habis la. Terasa macam cekgu-cekgu pulak. 'Anak murid sekalian, sila buka buku dan lihat halaman 64 ye' [rentikanlah berlakon tu. teruskan ke agenda asal]. Ok! 

Masa kerja kat A&W ni, ada satu masa tu. Perisa ayam diperkenalkan. Perisa baru noo. Hamboii, gembira sakan la time tu. Asal rehat je. Sebat ayam. hehehhe. Sebenarnya, ayam ni kita tak boleh makan sebarangan walau kita adalah staf A&W. Kalau tak silap, hanya hari Sabtu yang dapat makan dengan kadar yang agak mewah. Kalau hari-hari biasa, makan pun biasa-biasa je. Tapi mencukupi. Untuk staf, kita ada potongan dalam beberapa percent. Errr, eden lupe, jadi sengih aje la. hehehhe.

Aku pernah kene lap cermin yang mak aiii. Dahla tinggi, lepas tu luas. Letih giler. Sampaikan ada staf kat situ jugak, kesian kat aku. Dia tanya 'ko ada kelulusan apa?' Aku jawab ar apa yang aku ada je. Dia suruh buat satu resume dan bagi kat dia. Nak tolong aku dapatkan keje lain. Tapi aku kan, lampi sikit. Jadi takde rezki la keje kat Pusat Bandar Damansara. 

Sepanjang keje kat sini, sempat bekerja di dalam bulan Ramadan. Tapi tak terasa penat sangat. Sebab kawan-kawan ramai. Jadi asyek duk sembang, jadi tak la terasa sangat. Yang paling sadis, masa dah berbuka puasa, customers ramai. Jadi kita tak boleh nak tinggal kaunter, nak tak nak, kena ikut turn. Teguk air milo kat kaunter je. hehhehe. Lepas tu sambung keje balek. Kalau nak solat pun macam tu, kene ikut turn. Tak boleh tinggalkan kaunter kosong. Biasanya kalau ada non-muslim, dorang la yang akan tolong gantikan tempat kita. Tapi biasanya tak la, sebab kita kene bertanggungjawab pada duit-duit yang ada tu. Kalau hilang, mati!

Masa keje kat sini, ramai jugak la artis yang pernah datang makan-makan. Contoh macam Anuar Zain, dia pernah datang pakai baju melayu. Memang hensem la wey. Dah lupa apa yang selalu dia order. Kopi kalau tak silap, dengan coney dog. Serina anak chef wan pun pernah datang sini, cantek gile. Nampak dalam TV cam tinggi je kan, bila tengok live. Tak la tinggi mana. Si apa ek.. Ala, urmm. Pernah jadi pengetua AF dulu tu la. Lelaki tu haaa [memang tak dapat recall].. Pernah jugak datang sini. Tapi dia take away je. Cantek kete dia T_T. Haaa, Ramli MS la yang aku nak habaq tadi. Tapi biasanya, kalau nampak artis-artis ni, kami takde la heran sangat. Sebab mungkin dah selalu sangat kot nampak. Err, aku jarang-jarang je boleh jumpa artis. hehhehe.

Dah la, aku rasa setakat ni je la cite A&W ni. Sebab dah tak tahu apa nak cite. Padahal banyak sangatttt citenya. 

Urmmm, pada adek-adek yang kat luar sana. Apabila kita dah habis belajar. Tak semestinya, kita akan terus dapat keje yang diidamkan. Jadi, kalau berpeluang untuk membuat kerja part time. Buat je, rebut peluang tu untuk menimba pengalaman. Kerana, pengalaman adalah sesuatu yang kita tak boleh beli di mana-mana. Kalau korang cari kat kedai pun takkan ada dijualnya pengalaman tu. Dan lagi satu, jangan rasa 'aku ada ilmu tinggi, jadi tak kan la nak buat keje-keje lap sapu lantai, lap meja ke apa semua nih'. Jangan macam tu. Sebab apabila kita bermula dari bawah, kita biasanya akan lebih faham apa yang orang bawah rasa. Nanti bila dah jadi boss [bila la nak jadi pemimpin nih. hehehe], takde la berlagak tak tentu hala. Tapi ingat, tak semua la orang macam ni. Apa yang penting, selagi buat keje halal, jangan malu tau X_X


*sebelum kelupaan.TQ 201 O_o




2 comments:

  1. ila suka ayat last tu..

    betul tu..biar la kita kerja apa pun,jnji dengan hati yg ikhlas n halal...

    ila suka minom air A&W..sedapp..;_)

    ReplyDelete
  2. float dia memang cedap! kalau boleh nak yang besar. hehhehhe

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.