Saturday, May 28, 2011

Jeruk Pekasam


Selamat Pagi Sabtu semua. Sorry lah kalau entry dalam MPS akan bertambah dari minit ke minit DAN membuatkan korang busan. Owh! 

Hari tu kan, masa lappy ni tak boleh nak ON. Rajinlah diri ni nak mengemas almari. Sepatutnya bab kemas mengemas ni, tak perlulah diceritakan kat sini. Kenapa? Sebab tak perlu sebenarnya. Tapi kenapa nak tulis jugak? Sebab aku rasa perlu ditulis. hehhehe.

Kalau nak diikutkan, dah lama giler tak mengemas almari nih. Dah bertahun lamanya kalau tak silap. 
Dan hasil yang ditemui adalah..




  1. Menemui bag oren yang masih tak dipakai lagi. Bag free ni dah berusia 2 tahun kot. Entah, tak sure. Sebenarnya betul-betul lupa akan kewujudan bag nih T_T
  2. Lilin yang dihadiahkan oleh ex-boss. Dia beli kat ikea. Sayang nak guna. hehhehe
  3. Duit syiling dalam tupperware. Takde lah banyak mana, dalam beberapa hinggit je. Tapi yang specialnya kan, duit-duit ni adalah dikumpul mengikut tahun. Tak faham? Kesukaan yang tengah menaip ni adalah mengumpul duit syiling contoh macam tahun 1971, 1972, 1973.. macam tu la. Dah lama berhenti mengumpul syiling mengikut tahun macam tu. Bila dah jumpa balek ni, terasa macam.. urmm, boleh sambung hobi. hehehhe
  4. Duit syiling dalam dompet kecil coklat. Hampir penuh, tapi rasanya dah lama kot syiling kat dalam ni. Takde lah banyak sangat amount dia. Tapi itu tak penting.
  5. Manik. Konon-konon nak jahit kat baju. Manik ni dah lama beli, 2 tahun lepas kot. Tapi tak terbuat pun. huhuhu. Mungkin kalau rajin, boleh sambung balek niat di hati.
  6. Candle. Seingat aku, beli masa bulan Ramadan. Tahun bila? Ntah, den tak sure. hahhaha. Banyak sangat barang-barang ntahpape. Jadi memang kadang-kadang kewujudan mereka ni semua, tenggelam dek masa X__X
  7. Koleksi price tag. Banyak jugak rupanya aku kumpul. Kad prepaid pun simpan, kalau adek aku tau mesti kene kutuk. hahhaha.
  8. Nose blackhead remover. Tak terguna pun lagi. Ntah-ntah dah expired. huhuhuhu

Dan yang paaaaalingggg besttttttt! ialah



Kaset-kaset zaman pop yeh yeh! Sekarang ni mana ada orang beli kaset dah. Tak main ar, sekarang ni semua CD. Dalam kereta pun CD. Terasa jugak nak pasang balek semua kaset-kaset ni, tapi tak tahu nak pasang kat mana. Mungkin kena beli radio la kot. hehehhe. 




Saje nak close up



Sentimental value. Daun pandan yang arwah mak aku letak dalam almari. hehehhe. Urmm, bila dicongak-congak, maknanya daun pandan ni dah hampir 2 tahun lebih ada kat dalam almari, tak buang-buang. Padahal daunnya dah kering giler. Bila letak daun pandan dalam almari, lipas takde satu hal. Almari berbau wangi & segar je. Try la letak jugak kalau korang nak almari korang wangi O_o

Ni je untuk kali ni, TQ.



2 comments:

  1. fuh byknyer brg lma?ish2..mmg rajin sgt acik aida ni...hehe...da..nnti ambik award...dilla ada bg sbg kngn..:-)

    ReplyDelete
  2. UMMI_KHALISH :
    barang yang ntahpape. hehhe. rajin bermusim :)

    *TQ nanti pergi amek kat umah dila :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.