Sunday, May 1, 2011

Kejora dan Bintang


Selamat Hari Buruh semua. Janggal giler guna ayat buruh, biasa guna pekerja T__T. Hari ni 1 Mei maka semua orang duk lepak-lepak kat umah. Best! Tapi esok dah keje. huk. Dah lama tak tengok Nona, Vanidah Imran memang cantek. Manis walau dah ada anak 2. Manis dan cantek berbeza kan? Tengok, kalau dah menaip tak sah kalau tak melalut-lalut.

Nak kabo nih, minggu ni adalah minggu last untuk cerita Bintang dan Kejora. Kalau sape-sape yang selalu ikuti sinetron ni, mesti dah familiar dengan gambar-gambar pelakon di bawah yang mana aku cilok dari pakcik gugel. Kalau tak ikuti dari awal, urmm.. try la tengok minggu ni. Lepas tu buat kesimpulan sendiri. hahahha. Selalu kalau tak sempat nak follow cite dari awal, aku selalu gak sesuka hati buat kesimpulan sendiri. Ala, kalau tak betul pun. Tak jadi masalah. Sebab bukan masuk exam, lagipun tak de orang akan potong gaji korang kalau tak ingat jalan cite sesuatu cite. Prinsip tak boleh ikut kan? hehehhe. 

Mari kite mulakan penceritaan dengan lebih mendalam dan diharap tidak tersasar dengan tajuk x_x

Tayangan : Isnin -Jumaat [minggu ni last tau. saje tulis secara acap kali. remind kat korang]
Jam : 6.30 pm - 7.30 pm
Channel : 104 [ke 105? aishh! dia mai confuse pulak dah]




4 bintang utama kat atas ni adalah penggerak cerita Kejora dan Bintang. Cite ni asalnya aku tak tengok sangat. Tapi oleh sebab pengaruh dari ayah aku yang asyek duk layan cite ni. Maka kami semua, sama-sama melayan cite ni yang boleh tahan jugak bestnya. Namun ia menguji kesabaran kita, menguji kesetiaan kite untuk ikuti hari-hari dan macam-macam ujian la.

Erlangga : seorang anak yang mana ibunya tak tahu di mana. Terpisah la kononnya. Dia ni dibela oleh nenek dia. Ayah takde kot. Entah, sepanjang tengok cite ni. Tak nampak pulak ayah dia. Aku rasa watak ayah dia, memang sengaja tak di adakan. Erlangga ni seorang yang cepat mengeluarkan air mata. Bosan betul la. Aku paling tak berapa nak gemar kalau lelaki cepat nangis. Ye, tahu. Dalam cite je dorang kene nangis dan jugak pengarah + skrip yang mintak dorang keluarkan air mata. Tapi tolong la. Asyek-asyek nangis. Rimas jugak kite menengoknya. Nape tak bajet macho je. Biarlah ego sikit. hahahha. Tetiba lawan director. Erlangga ni, kalau tak silap dia couple dengan si Jenek.. Opss! Janet. Lepas tu dia couple dengan Kejora pulak. Entah, tak tahu camne asal dorang berpasangan. Termiss episod di awal dulu. Yang kelakar, adek 4 aku tak suke Erlangga nih. Tak tahu la kenapa. Aku pulak, urmm.. biasa-biasa je. Takde lah minat sangat, tapi tak pulak rasa tak suka O_o

Kejora : Budak pompuan yang manis. Dia la yang mak aku suke tengok. Sekarang, aku pun suke tengok air muka dia. Sweet. Dulu dia pernah berlakon cite Laura Apik dan Rabu? hahhaha. Entah, silap kot. Aku tak tengok sangat cite tu. Dia ni kononnya tabah, baek sangat la. Tapi aku tak suka sangat-sangat sebab bila dah diacuankan sebagai seorang yang baek. Nampak macam senang kene buli. Lepas tu nampak tak tegas. Secara realitinya, kite boleh menyatakan apa yang kita tak puas hati. Contoh macam mama Janet dan Janet yang tak kasi masuk dalam umah jumpa papa dia. Kalau aku, dah lama aku rempuh masuk dalam rumah tu. Sebab rumah sendiri. Naek gerammm!! Sebab Kejora balek bodo camtu je. Aduuusss! Bertegaslah dengan dua watak jahat nih. 

Bintang : Geram. Slow sangat budak nih. Asyek nangis jer macam Kejora. Dia ni fobia [tak tahu nak tulis istilah apa] sebab masa kecik mak dia mati kene langgar kete. Sebab tu dia macam tak berapa nak boleh bercakap. Tapi lama-lama boleh bercakap la. Yang langgar mak K&B ni adalah mak Erlangga. Sebab tu mak Erlangga lari dan tinggalkan Erlangga. Dah besar baru jumpa balek. Tapi sebelum jumpa, macam-macam dugaan yang dorang kene tempuh. Naek pening bile kite tengok. 

Lupe pulak nama lelaki nih : watak dia, seorang yang sukakan dan cintakan Kejora. Tapi dia bertepuk sebelah tangan. Jadi tak bunyi. Watak dia lebih kepada, memanjangkan cite dan meramaikan pelakon.



Papa Kejora. Masuk penjara, dan ada jugak la scene yang mana buatkan kita geram. Kadang-kala tak logik. Masuk penjara, keluar penjara, jadi orang lumpuh, jadi pekerja kepada lelaki yang aku lupe nama tadi, jadi/menyamar jadi orang mabuk untuk bagi pengajaran kepada Mama Janet dan Janet. Banyak sungguh peranan dia dalam cite ni. Macam-macam watak. Patutla berbulan-bulan baru cite ni nak habis. Pengarah ni boleh la geng dengan ayah Shamsul Yusof. hehehhehe. Cerita kalau tak beratus-ratus episod tak sah. Sampai dah tahap merepek. 




Yang ni memang jahat. Namanya Janet. Tengok muka memang dah tahu jahat. hahahhaa. Menyampah sangat kat dia sebab selalu je ada idea nak kenakan K&B. Memang kalau kite tengok, ada jugak benda yang tak logik yang dia buat. Biasanya, benda-benda ni adalah hasil kesepakatan dan usahama Janet dengan Mama Dia, dan juga Minah. Minah pun boleh tahan otak jahat dia. Hati ketiga-tiga manusia ni sangattttttt lahh busuk dan kotor sekali. Sebab tu la, apabila perasaan hasad dengki beraja kat hati. Seseorang itu akan melakukan perkara-perkara yang tak logik dan tak tercapai oleh akal kita. Tapi hukum karma, setiap kejahatan yang dilakukan mesti akan ada balasan. Cuma cepat atau lambat je. Realiti kehidupan macam tu la. Fantasi tv kadang-kadang lain sikit ending dia. Semuanya atas pengarah.




Suke tengok wajah mama erlangga. Dah berusia, tapi nampak cantek je. Watak dia, urmmm. Langgar mama Erlangga lepas tu kawin lain dan ada anak. Nama apa ntah. Tak ingat tapi rupa aku ingat. Dia ni rasa bersalah sangat la atas perbuatan dia dulu. Munculkan diri sebab nak mintak maap macam-macam la. Tengok la esok macam mana. 

Panjang la pulak entri nih. Sekali menaip terus macam tak nak berenti. 



Nenek. hahahhaha. Kadang-kadang nenek ni nampak lucu. Menakutkan pun ada jugak. Hari tu kan, ada satu episod ni. Yang mana Janet baru je minum air yang diletakkan ubat gila [ubat yang nak kasi Kejora gile, tp papa kejora dah tukarkan ubat tu ke dalam gelas dia] Time tu mesyuarat tengah berjalan. Janet dah pening kepala dah. Lepas tu, dia nampak muka nenek berubah menjadi kecik besar kecik besar. Serius!! Sangat menakutkan, aku tak berani nak pandang tv time tu. Muka macam hantu.

Kadang-kadang nenek ni, suke dengar dari 1 pihak je. Lepas tu terus jatuhkan hukum kat Erlangga atau pun Kejora. Tak best langsung. Kalau nenek nih dah jengilkan mata dia luas-luas, jangan harap ada can nak terangkan kenapa dan mengapa. Time tu, kite penonton yang kat luar ni, dah dung-dang-dung-dang dah menumbuk lantai tanda geram. hahhaha. Emo wey tengok cite nih. 

Nanti la kite tengok macam mana ending dia. Lepas cite K&B nih, cite yang tajuk 'Cinta apa ntah' akan amik alih. Yang aku ingat lagu dia 'walau kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat....lallalalalla.." Nak tahu lagu ni, boleh rujuk entri INI ye.





Ok, permisi dulu ya semua. 




2 comments:

  1. Eh..arini dah start keje yer?slmt kembali bekerja :D

    err...citer nih mcm pernah 'ter'tengok gak 2,3 kali..kalo dah tertengok tu melekat laa jugak mata tu cuma x lama je kot..sbb x tau jalan cerita..hihi..
    yg watak nenek tu mmg selalu pgg watak jahat ngan menantu..haha..
    Dah lama rupanya cerita nih ek...skrg ni byk sgt citer indon..tp x semua gak best gak..tp pelakonnya ganteng2 n manis2 belaka...hehe

    p/s:yg part buat kesimpulan sendiri tu mmg ayat x bleh blah..hahaha

    ReplyDelete
  2. HASUE :
    dah start keje dah. huhuhuh. dulu takdela follow mana cite ni. tp terikut sama dengan ayah. heheheh.

    tu la pasal, kadang2 cite indon ni mengarut. tp ada jugak yg ok la. ganteng2 manis2 itu benar bu. saya sokong sekali X_X

    hahahha. ayat nak sedapkan hati sendirik.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.