Wednesday, May 4, 2011

Maaf Akan Tiada Ceritera Baru

Baru berpeluang nak menaip. huhuhu. Urmm, 2 3 malam ni kan, rasanya saya tak sempat nak tulis panjang berjela-jela. Atau mungkin tak kan ada cite baru. Kerna untuk tempoh tersebut, saya perlu fokuskan hal yang lebih penting. Untuk waktu itu, saya perlu korbankan masa saya sendiri demi adek 3 saya T_T. Bila dah balek keje, memang waktu akan menjelesi saya. Tapi saya selalu buat derk. Konon banyak masa. Rugi sungguh rasanya -__- . Kena banyak belajar lagi lah untuk menguruskan masa. huhuhuhu.

Di sini saya paparkan hari-hari yang saya lalui. Ayat ini kedengaran agak sayu. Awat ni hang? Ntahla, tak tahu kenapa. Mungkin dah lewat malam terlalu di awal pagi kot, tu pasal saya jadi lalok. Waktu sebegini sepatutnya saya MESTI TIDO.  Esok keje. Arghhh! Ala, baru jam 1 pagi. Apa ada hal tido lewat? Excuse me, aku masih baby. Jadi kena cukup 8 jam. Ngeee! [ni monolog dengan diri ni. jadi layan aje la] Tapi kan, oleh kerna masih banyak keje yang perlu dibereskan untuk malam-malam mendatang ni, maka waktu tido saya agak akan lari berbanding biasa. Ayuh, kite terus ke gelanggang pecut.

Ini lah hari-hari yang saya lalui..
Pagi : selepas .. tak best ar tulis macam ni. Nanti mesti aku akan tulis panjang-panjang. Padahal masa dah suntuk. Mata dah kantuk.  

Ok, aku skip dan terus ke petang hari yakni time balek keje eh.

Petang : Balek keje jam urrmmm, ikut hati aku jer. Biasa dalam jam 5 lebih aku dah ada dalam kete di atas jalan menuju umah atau pasar. Sampai umah biasa jam 6 atau 5.45 pm macam tu la. Lepas tu buat itu ini, jam 6.30 tengok tv jap. 

Malam : Masa yang ada tak panjang. Lepas tu kan, kalau tolak dengan keje umah. Adalah baki dalam 3 jam camtu. Update belog plak kadang-kadang makan masa 1 jam gak. Aku menaip lambat. Kadang-kadang je bertukar menjadi laju. Tapi kalau takde idea, memang aku menaip satu s a t u d a n s a t u. S u n g g u h l a m b a t. Jadi banyak masa dah aku bazir. Tak macam aku buat keje kat office, cepat je wey aku menaip. Baru je nak tekan a. Ah! tak sempat tekan keyboard dah keluar huruf a. Fuhh! pantas ye kamu aida. Oh! Musti [jangan di alam fantasi sangat boleh tak???? Yelah-yelah]. 

Oleh itu, kalau nak ceritera baru. Saya rasa kamu mungkin boleh ke belog lain yang lebih menarik. 

Sebelum saya tekan publish post ni. Saya pesankan pada yang TERbaca entri ni dan diri saya jugak. Jaga diri, hargai hidup yang kite ada. Ini kerana, biasanya kita akan menghargai sesuatu itu bila sesuatu tu dah tiada tiadaaa tiadaaaaa [kenapa rasa cam nada yusssooofff taayyyooubbb] 

Papai




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.