Wednesday, June 15, 2011

Dulu


Tadi balik keje, pergi pasar malam. Bila ada pasar malam itu tandanya dapur tidak berasap. hehehe. Sememangnya hari Rabu adalah hari yang ditunggu. Lepas bunyi alunan music punch card ding dong ding dong. Aku boleh goyang kaki lagi, layan intenet. Bila jam dah bergerak agak-agak 530 pm, baru terhegeh-hegeh bangun dari kerusi dengan niat nak balik umah nak pergi pasar malam T__T

Parking kete agak jauh dari biasa, hati mula terasa 'arhhhhh'. Syetang kuat sangat menggoda hati, asyek nak mengeluh je. Esok pagi kene datang awal ke tempat keje, baru la dapat parking dekat. hihihi [azam dah masuk patplohkali dah ni].

Lepas balik dari pasar malam, terserempak dengan seorang budak laki yang tengah bawak motor. Budak laki ni dipanggil Mat. Budak kampung sebelah. Tapi selalu la lalu depan umah aku. Setahu aku, dia ala-ala lurus bendul la sikit. Mungkin jugak istimewa, tapi dia tak cacat. Tak tahu la nak diklasifikasikan dalam kategori mana. Bila ternampak dia tadi kan, terbayang satu insiden lucu.

Dulu kan, aku masih belajar lagi [lupa masa sekolah menengah atau zaman kampus]. Aku ada ajar mak aku bawak motor. ha ha ha. Petang tu, kami hidupkan enjin motor. Lepas dah berjaya hidupkan enjin, aku bonceng kat belakang. Mak aku bawakkan motor tu. Semua geng-geng mak aku yang tengah lepak-lepak kat umah Mek Teh pandang mak aku. Mak aku senyum bagaikan juara olimpik. Aku kat belakang bangga la wey. Mak aku pandai bawak motor, mak dorang tak pandai bawak. Ngeee! 

Sampai kat satu simpang ni kan, tak jauh dari kubur. Entah macam mana, nak konar. Jadi aku suruh la mak aku tekan brek. 'Brekkkk'. Mak aku tak jumpe brekk. Hasilnya kami masuk dalam semak. LOL

Kami berdua ketawa entahpape. Lawak tak hingat. Lepas tu, aku dah tak bagi mak aku bawak motor tu. Aku pulak yang bawak, tukar pilot O_o. Yang buat aku rasa nak tergelak...

Mak aku : kalau tak boleh bawak motor, malu kat Mat ar..

Mak aku confident dia boleh pandai bawak motor. Sampai ke sudah mak aku tak reti bawak motor, [malu kat Mat]. hihihihi. Itu dulu la. Alih-alih yang reti bawak motor ialah ayah aku. Sekarang, urmmm.. Skill bawak motor dah hilang kot. Yang paling dia terer bawak beskal. hehehehhehe







No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.