Monday, June 13, 2011

Inai Di Jari


Baru-baru ni, kan ke cuti sekolah. Jadi segerombolan anak-anak buah datang kat rumah silih berganti. Mula-mula yang sampai kat umah adalah akak aku. Dengan anak-anak seramai 6 orang dah cukup buatkan rumah sendat. Erkk! Kecoh jangan cakap ar.

Perangai macam-macam gaya. Ada gak nak tergelak bila tengok perangai dorang, eh kadang-kadang sakit hati boleh tahan jugak tau.

Ada hari tu kan, mereka ni semua pergi kat umah mak cik aku. Bila mereka ni balik umah aku, semua tangan keras semacam. Hairan gak. Rupa-rupanya jari mereka ni penuh dengan inai. Korang tau inai? hehhee. Tapi ini bukan inai yang instant tu tau. Bukan yang serbuk, lepas tu bancuh air, tempek kat jari. Bukan jugak inai yang orang biasa lukis-lukis kat tangan tu. Bukan tau. Ini inai asli. Nak tahu? Meh ceq habaq kat korang ye T__T




Semua jari berinai. Macam main kawin-kawin pulak. Kalau nak tahu, aku dulu pun pernah gak tempek inai macam ni kat jari. Memang suka sangat la kalau bertempek inai. Dulu, dia ada musim berinai. Sekarang ni kurang la, budak-budak jarang nak berinai kecuali ada 'kepala' yang tukang tempek atau cari inai.

Dulu [aku cite pasal kenangan zaman kecik-kecik], kami [biasa dengan kawan-kawan/kakak] akan cari daun inai dari pokok inai. Aku tau ada yang tak pernah tengok pokok inai kan? Pokok dia rendah je. Lepas tu daun je memanjang. Kononnye dulu, kalau daun dia macam ada hitam-hitam kan, adalah sangat elok untuk kita ambik. Konon lagi, inai dia sangat merah. hahahha. Mitos, tapi terpedaya jugak aku tau. Kecik lagi. hehhehe.

Lepas kita amik daun inai tu kan, kita kena tumbuk dalam lesung batu. Biasanya kalau nak bagi merah, kami letak beras, kunyit, arang macam tu. Tak tau la petua ni datang dari mana, tapi seingat aku memang aku ikut sepenuh hati petua ni. Daun tu kita tumbuk [letak air sikit], tumbuk lelumat sampai jadi macam tahi lembu. hehheheh. Siyes lebih kurang macam tu la kite kene tumbuk.

Lepas dah lumat. Kita tempek kat kuku, tak nak kasi jatuh inai tu kan, kita balut tangan kita dengan plastik. Berpeluh tangan tu jangan cakap ar. Tapi nak merah punya pasal, sanggup hadapi dugaan. ngee! Macam-macam kan? Biasanya tempek inai makan masa antara 3 4 jam. Lebih elok kita tempek pada malam hari, sebab tak ar terasa lama sangat pakai inai. Bila dah bangun dah boleh buang semua inai-inai tu. 




Ni adalah hasil pemakaian inai. hahahha. Sorry, macam dokumentari la pulak entri ni. Tapi yang ni tak cukup merah. Nampak kuning kan? Sebab dorang ni pakai kejap je. Adalah dalam 1 jam je kot. Ni semua keje si Along. hehhehe

Ok, dah cukup setakat ni, esok nak kena keje. Nite x_x

2 comments:

Terima kasih atas pandangan.