Thursday, June 9, 2011

Khas Untuk Braces

Dah acap kali berjanji nak tulis pasal braces. Tapi tak ada kesempatan. Sebab kadang-kadang, masa terluang kat tempat lain. Untuk kali ni, aku akan tulis kaw-kaw punye pasal braces. hehehhe. Semangat jangan cakap ar. Tengok jelah macam mana entri ni akan jadi. Aku kadang-kadang tak percaya jugak dengan diri sendiri kalau dah start menaip ni. Selalu sangat terbabas. huk!

Baru-baru ni pada bulan 5 [dah tahap basi dah ni]. Ada appointment dengan doktor gigi. Lepas tu, kebetulan berus gigi ortho dah perlu ditukar, dah nampak macam penyapu dah. Teruk sangat [sebenarnye takde la teruk sangat, imaginasi lelebih ar aku ni]. 

Jadi kononnya, adalah lebih senang kalau ada dua berus gigi ortho. Satu kat umah dan satu lagi untuk kat pejabat. Senang sebab aku kadang-kadang selalu gak tertinggal berus gigi ni. Nak patah balik kadang-kadang malas. Jadi biasa, kalau tertinggal guna ajelah berus gigi biasa yang ada kat umah. 


Yang ni berus gigi ortho aku yang baru. Macam biasa, harga dia RM5 je. Try jugak cari kat kedai kot-kot ada la kan orang jual berus gigi macam ni. Cari punye cari, takde rupanya. Nak tak nak, kene beli jugak kat klinik nih. Harga takde la mahal sangat [kalau tak atas RM5 kire tak mahal la kan?] Cuma nak kene pergi klinik tu la, yang aku liat sikit nak pergi. huhuhu. 

Ok, nak dijadikan cerita. Berus gigi ortho dah ada dua. Memang senang la hati ini. Eces! Lepas tu kan, bebaru ni aku ke Kedah. Kebetulan ada bengkel. Berenti la kat satu hentian ni. R&R apa ntah. Tak ingat sangat nama dia. Berenti nak solat subuh, gosok gigi, amek wuduk. Lepas selesai solat, terus keluar. Dah sampai Langkawi, baru la perasan. Bekas berus gigi aku tertinggal kat tempat amik wuduk tu. GRRRRRR! TENSEN GILER OK! Bayangkan la, baru je beli berus gigi tu, dah tertinggal. Kat dalam bekas tu semua ada, dua berus gigi ortho, satu berus gigi biasa, pembersih gigi ortho, dan pencuci muka baru aku. Gawat giler. Tapi kalau dah geram tahap maksimum, biasa aku akan menjadi tiada perasaan. Pergi la kedai beli berus gigi biasa, dan sampai la sekarang aku takde berus gigi ortho. Nak pergi beli kat klinik, memang payah la sikit. Lain ar kalau ada appointment. ishhhh!


Hahahhaha. Gambar sengal [refer memek muka diri sendiri]. Plus mengarut la jugak gambar ni. Tapi tak kire, nak tempek jugak. Kenapa nak tempek? Sebab nak tunjuk muke sengal anak buah aku. Time ni kami amek gambar, lepas tu pepandai dia buat muka macam tu. Bukan aku ajar perangai-perangai sengal macam ni. Tak tahu la dari mana dia belajar ni. hehhehe.

Eh, nampak tak gigi kite?? hahhaha. Soalan ntahpape. Bukan apa, aku nak tunjuk kaler braces aku. Ada lagi gambar yang lebih jelas, tapi aku segan nak letak gigi macam tu je. Ish, nanti korang mengigau. Tak pasal-pasal aku penyebab korang terkejut brookee kan. hehhehe.

Untuk kali ni kan, lepas doktor tukar wayar kat gigi atas dan bawah. Agak ketat la sikit [eh, aku sebenarnya dah pernah post ke belum eh cite pasal ni??? kalau dah, abaikan aje la eh]. Kali ni doktor tukar dengan wire kaler grey. Cantek. Mula-mula ok lagi, bila dah masuk hari kedua. Barulah kita terasa macam 'eh makin ketat'. Lepas tu, gigi macam longgar. Siyes, macam nak tercabut. Cuak gak aku. Tapi lama-lama dia akan ketat balik. hehehe. Nak cakap sakit, takde la sangat. Biasa je. Boleh makan lagik.

Bila malam, gigi akan bergerak. Korang boleh dengar gigi tu bergerak macam mana. Tak sakit, merdu je bunyi gerakan dia T_T. Kalau korang nak tahu lagi, wire yang doktor gunakan ni adalah dari.. errr, errrrrrr, New Zealand, atau Australia. Tak sure, padahal depan-depan mata aku doktor tu dah tunjukkan wire tu dari mana. 

Sebenarnye banyak gambar gigi yang aku ambik. Motif?? Sebab nak sangat-sangat-sangat tunjukkan macam mana pergerakan dia. Tapi aku ni penyegan sikit, jadi aku tak upload ar pictures tu semua. Untuk pengetahuan korang, banyak gak faedah sepanjang aku pakai braces ni. Contoh kan, dulu kalau gosok gigi asyik berdarah je. Walaupun tak kerap, tapi berdarah la jugak. Sekarang, Alhamdulillah tak berdarah dah. Lepas tu, kalau korang kacip gigi korang kan, gigi kat depan tu biasanya akan melebihi gigi bawah. Dan sekarang, gigi aku ok je. Urmm, sebenarnya sebelum korang mengambil keputusan untuk memakai braces, perlu la dibuat survey secukupnya. Ilmu braces perlu dicari sebanyak yang mungkin.

Bagi aku, kalau korang nak pakai semata-mata untuk cantek. Nak suruh orang puji, eh canteknye gigi dia. Tak payah la. Sebab kecantikan itu tidak kekal. Dan bagi aku [pernah aku tulis dalam entri sebelum ni], kadang-kadang orang yang gigi dia tak bersusun elok, lebih sweet dari orang yang bergigi lurus. Tu pandangan aku la kan [kalau nak tahu nape aku pakai braces. gugel la kat dalam MPS ni. ngeee!]

Nanti-nanti aku update lagi cite ni eh, urmmm.. Nampaknye kena tinggal lagi la lappy ni untuk beberapa hari. Ok lah, nak siap-siap entri auto [kalau ada idea, kalau tak memang bersawang ar blog ni].

Jaga diri leklok






No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.