Friday, June 17, 2011

Kisah 2 Ekor Kucing



Semalam, kami berempat pergi makan pagi. Kami pergi port biasa, kedai nasi kuning. Kenapa nama dia kedai nasi kuning? Sebab dia ada jual nasi kuning. Kedai ni fofulas jugak dengan kari kepala ikan dia. Tapi bagi aku, kari kepala ikan kat Pazi Catering lagi sedap. Sungguh tak dusta nok!

Lepas dah dapat makanan masing-masing, memula nak bayar dulu, tapi tak jadi sebab cashier takde. Jadi kami makan la dulu bayar kendian. Makan borak-borak. Eh, tak sedar makanan kami dah habis. 

Tiba-tiba:

Kak Ti : cuba tengok kucing dua ekor tu. Duk tengok je orang makan.
Kak Ayu : hahaha.. molek nye duduk..

Time tu kucing tu ada kat meja sebelah membelakangi aku. Bila toleh ke belakang, nampak dua ekor kucing yang Kak Ti bagitau tu. Semua pakat pandang kat kucing tu. Yang menariknya. Dua ekor kucing tu, tak mengiooww atau naik kat atas meja macam kurang didikan. Dia duk tercongok je kat bawah sambil pandang kat orang yang sedang makan. Mungkin pandangan yang penuh dengan harapan 'bagi lah makanan kat kami nei manusia'.



Macam ni la lebih kurang kucing ni duduk. Tapi takde la tangan macam tu gaya. hik! Gambar aku amek kat gugel. Sebab semalam tak bawak henpom, kalau tak boleh tangkap gambar kucing cooomeeeelllll nih.


2 ekor kucing ni, tak macam kucing jalanan yang lain. Bulu dia bersih, sopan. hehhehe. Perlakuan kucing ni memang menarik pandangan kami.

Aku : adik beradik ke tu?
Kak Ti : adik beradik la kot.

Bila kucing tu bangun dari tempat mereka duduk tadi. Dia terus ke meja sebelah pulak.

Kak Ti : eh yang tu jantan.
Aku : mesti husband and wife ni.
[Kami gelak]

Sweet giler, yang betina jalan dulu. Yang jantan jalan kendian. Pas tu, bila dah sampai meja sebelah. Mereka tercongok kat bawah macam meja sebelah tadi. Dongak kepala dengan harapan akan ada makanan. Dorang duk dendiam je kat bawah. Kami duk perati kat kucing tu.

Aku : nak bagi makanan, dah takde sisa. Tak kan nak bagi acar kot.
Kak Ti : nak bagi tulang ni, besar sangat. Nanti lekat.

Dua lagi kakak, asyik duk perati je. Dialog panjang sangat, jadi aku banyak cut. hehhehhe.



Macam ni la pandangan mereka kat orang yang sedang makan. Rasa nak pegi peluk cium je kucing ni. hahhahaha. [padahal aku tak suke kucing. Kalau setakat tengok and amek gambar, ok la]

Lepas takde makanan kat meja tu, 2 ekor kucing ni berlalu ke meja hujung. Meja ketiga. Betul-betul macam orang mintak sedekah. Sampai kat meja ni kan, mereka dapat makanan. Yeaa! Meja ni, ada dua budak laki tengah makan. Sorang lelaki tu kasi kucing ni makan. Sweeet sungguh bila nampak macam tu. Yang kami gelak, bila lelaki tu kasi makanan, si betina yang makan. Yang jantan tengok je. Kucing betina tu kan, bawak makanan tu kat tempat lain, oh yang jantan ekori jerk. hahhahaha. Mereka tak berebut. Gentleman giler. Bahagia sungguh pasangan nih.

Bila tengok semua ni kan, malu la manusia kalau tak bersikap macam kucing ni. Faham? Tak faham? Fikirkan sendiri T_T.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.