Wednesday, June 22, 2011

Mee Rebus

Baru je tadi, TERmasak mee rebus. Plan asal nak masak mee goreng. Cara-cara nya ialah seperti di bawah. Resepi ni dijamin menjadi, boleh dibuat panduan, di salin tanpa rasa was-was dan tiada bayaran yang dikenakan. ho ho ho.

Bahan-bahannya [untuk 3 orang makan]: Aku + ayah aku + adek 4
Mee Kuning [separuh plastik tu]
Sawi [dalam 3 batang je]
Telur sebijik cukup
Garam
Aji no motorsikal
Bawang merah [sebiji] - tumbuk dush!
Bawang putih [3 ulas] - tumbuk jugak
Minyak masak 2 sudu
Air [ikut suka]
Lada hitam sikit - tumbuk sampai berubah menjadi debu-debuan 

Ini pula cara-cara nak buat :
1. Masukkan minyak kat dalam periuk.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih. Biarkan nampak cam garing [jangan hangit tau]
3. Lepas tu masukkan ape ek? ha ha ha. Ok, ok. masukkan air sikit demi sikit. Kita kasi bawang tu betul-betul masak dulu
4. Tibalah masa untuk kita masukkan lada hitam pulak
5. Masukkan air pulak. Air ni ikut suka la nak letak banyak mana, nak kuah banyak. Boleh letak banyak, nak kuah sikit, letak sikit cukup :)
6. Kuatkan api sebab nak kasi cepat masak, kasi bawang dia cepat masak [semua nak cepat aku ni]
7. Lepas tu masukkan garam, aji sikit. Rasa la dulu macam mana. Kalau tak ok, pandai-pandai la ejas eh.
8. Urmm, lepas tu kan boleh masukkan telur. Jangan kacau, nanti habis telur tu pecah. Tak cantik. Biar telur tu masak dulu baru la masukkan sayur sawi. 
9. Masukkan mee. Tunggu sekejap kasi mee masak.
10. Siapppppp!

Wah, dah siap jugak resepi ni untuk malam ni.

Tapi terlebih pedas. hi hi hi. Tersilap taruk lada hitam banyak sangat, tak tau nak bajet. huk!

Ok, selamat menerai ye





1 comment:

Terima kasih atas pandangan.