Friday, June 17, 2011

Mereka Yang Menyenangkan

Sebelum tu, tadi petang tak terasa nak pergi mana-mana. Lepak je kat umah. Betul-betul macam garfield. Dah lama berniat nak tukar layout, tapi masa tak mengizinkan. Dulu sangat la rajin create template, header sendiri. Sanggup menggodek adobe photoshop [tak ar terer sangat]. Sebab aku tak berapa gemar nak guna yang orang punya. Tapi sekarang, Ya ampun. Femalas yang amat.  Tadi dengan masa yang ada. Godek-godek, maka ini hasilnye. MPS berwajah baru O_o

yok, kite terus ke cite asal

*


*



SATU 

Tempat : Sogo, KL lebih spesifik di tempat handbag wanita
Date : 7 Jun 2011

Dengan masa yang terhad, pusing-pusing bahagian atas pakaian wanita. Lepas tu turun bawah, pusing-pusing pergi kat bahagian kasut pulak. Pusing lagi, sampai la kat tempat handbag. Dari jauh dah ternampak satu handbag yang sangat cantik dipandangan mata. Warna pastel dahla tu ada bunga-bunga kecik. Macam berkenan. Tengah-tengah belek, ada sorang akak ni. Aku perasan akak ni, tapi aku asyek duk belek handbag.

Akak Tu : beli la satu.
Aku : urmm, tu la.. macam berkenan jugak ni T_T
Akak Tu lagi : minggu lepas takde tau handbag ni, dia baru letak agaknya.
Aku : ye ke kak? 

Akak Tu lagi dan lagi : minggu lepas akak dah beli dah handbag ni. ni haa [sambil angkat satu handbag yang ada kat situ] macam ni. terasa rugi la pulak, sebab design yang ni lagi cantik. takkan nak beli dua..
Aku : akak dah datang ke last week?
Akak Tu : dah, time tu takde banyak pilihan macam ni. tengok la yang awak pegang tu, cantik..
Aku : tu la, tengah fikir gak ni. nak beli ke tak. he he he

Akak tu berlalu. Aku duk belek-belek handbag cantik tu lagi.

Eh, akak tu datang balik.

Akak Tu : beli la..cantek..akak pun berkenan, tapi akak dah beli..
Aku : hehehe.. yerp! memang nak beli pun. nanti menyesal. hi hi hi

Lepas tu kami berpecah.



DUA 

Tempat : Langkawi
Date : 11 Jun 2011

Jenis aku, kalau nak beli barang. Aku punye survey mengalahkan nak beli barang yang harganya ribuan ringgit. he he he. Dah habit kot, kalau tak survey tak sah. Masa datang itu hari, aku tak sempat [tak cukup fulus] nak beli beg pakaian. Jadinya, aku dah nekad datang kali ni nak jugak beli beg ni satu. Beg yang ada dah rosak. Beg free. he he he. 

Sebelum beli, aku pergi masuk dari satu kedai ke satu kedai. Masa ni aku berpecah dengan mak cik aku. Dorang pergi cari apa ntah. Itu hari ada satu kedai yang memang jual beg cantik. Kawan office aku ramai yang beli kat situ. Aku berkenan jugak, tapi tak mampu nak beli. huk! 

Aku pergi kat kedai tu. Tapi tak berkenan la pulak. Dah ramai yang beli beg macam tu, nanti sama dengan budak office, aku tak berapa suka sama-sama nih. ha ha ha. Entahpape. Keluar dari kedai tu, aku pergi lagi kedai lain. Tak berkenan gak. 

Last, aku telefon mak cik aku. Time ni aku dah buat keputusan, tak nak beli beg. Bila jumpa dengan mak cik aku. Dia tunjuk beg yang dia dah beli. Ok la. Aku duduk-duduk kat kerusi depan kedai.

Kat depan kedai banyak beg yang dorang display. Bangun. Aku belek-belek satu beg ni. Cantek gak. Tengok harga macam ok je. Terus berkenan. Try tolak kiri kanan. Ok. Kaler hijau and last. Dah takde stock dah. Pe lagi, terus bawak ke kaunter untuk bayar.

Kat kaunter, ada satu family cina. Uncle yang pakai topi [tengok picture kat bawah] tanya aku.

Uncle : berapa harga dia?
Aku : oh beg ni? RM95..
Uncle : yeah?? eh, murahnye. yang ni kan, kecik tapi harga dia RM80 [lebih kurang la kot. aku lupe harga yang uncle ni bagitau]
Aku : oo. sama la kaler beg kita. he he he.
Uncle tu beli beg sama kaler je dengan yang aku punye, tapi dia punye kecik. Uncle tu pandang je kat beg aku, lepas tu..

Uncle : amek kat mana?
Aku : tu haa, depan tu je. tapi yang ni last.
Lepas tu, uncle tu tanya budak cashier beg yang sejibik macam aku masih ada ke tak.

Uncle tu berkenan jugak beg nih. Lepas aku dah bayar aku duduk kat kerusi depan kedai ni [tunggu makcik aku yang pergi membeli lagi dan lagi] sambil perati dia kat tempat cashier tu. he he he. Aku amek picture ni. Sorry *_*


Uncle ni amek yang warna coklat. Sebab dah takde pilihan dah. Sekarang beg kami dah sama size, cuma kaler je berbeza T_T


Mode : Gumbira. Ini hanyalah sebahagian orang yang peramah yang pernah aku jumpa






No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.