Wednesday, June 1, 2011

Ogos 2009


Kalau kamu mengikuti MPS dari awal, maka tak perlu dicanangkan lagi perihal ini. Eces! Tetibe macam nak bersilat. hehehe. Itu hari, ketika mood RAJIN masih panas-panas lagi. Terus aku kemas apa yang patut kat dalam almari. Boleh refer entri sebelum ni, ada aku duk gebang pasal khazanah yang aku jumpe hasil dari kerja keras aku mengemas. huhuhuh. Bising ar duk gebang pasal ni.

Aku nak cite pasal benda lain. Kalau korang biasa klik pada label Al-Fatihah, mungkin sudah jelas T_T

Korang jangan sedih-sedih tau, sebab mood aku tak sedih. Berada di dalam keadaan OK. Jadi jangan nak tangkap syahdu plak. hihihi. Saje je pesan cam ni, nanti aku sedih.



Kalau nak tahu, ni lah antara keratan akhbar yang sempat aku simpan family aku suruh simpan. Itu hari, selepas sehari kemalangan, kalau tak silap 3 akhbar yang paparkan perihal kemalangan nih. Masa tu kan, menangis berjuraian air mata sambil membaca berita ni. Pandangan kabur dek airmata. Esak-esak tapi baca jugak sampai habes. Ada jugak paper tu, aku baca sepintas lalu je. Sebab cerita nya aku dan DIA lebih tahu.



Sepatutnya adek 2 aku meraikan konvokesyen dia meriah macam ni. Sepatutnya la kan. Tapi ada kata-kata yang mengatakan "kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan". 200% agree sangat-sangat dengan kata-kata ni. Sesibuk mana pun aku duk google peta untuk ke Politeknik Kota Bharu sehari sebelum pergi ke sana, Allah telah menetapkan bahawa arwah mak tak sempat sampai ke sana, merai hari bahagia adek 2. 




Pilu jangan cite ar. Tapi lumrah kehidupan. Yang hidup pastikan mati. Cuma kita tak tahu bilakah masa itu akan sampai.



Perancangan Allah adalah yang terbaek buat kita. Sesungguhnya, kekuatan dan semangat yang saya perolehi selepas kejadian ini, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. 

Adakala airmata bukan lambang kelemahan, tetapi ianya hanyalah salah satu ekspresi perasaan. Kelemahan itu adalah apabila kita mengaku kalah sebelum sampai ke penghujung [nasihat untuk diri sendiri. hehehhe]


3 comments:

  1. sabar ye Aida, Allah yg lebih tahu dan Dia yang merancang segalanya...

    ReplyDelete
  2. sabar ye,arwah dah bahagia kat sana..chill!

    anyway thanks lawat my blog...

    http://dianesna.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amiin. Sabaq naa. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.