Saturday, June 18, 2011

Padi


Bukan kumpulan padi. Tapi ini padi yang betul-betul. Beberapa bulan lepas, selepas keluar makan beramai-ramai dengan sepupu. Kami ronda-ronda amek gambar kat kampung aku. Tempat aku membesar [ewah!] mengenal erti kehidupan kampung. Nama pun budak kampung kan? he he he. Lahir di kampung, membesar dengan pelbagai perkara yang memberi seribu pengalaman yang sungguh bernilai. Semasa kecik dulu, panjat pokok sampai jari terluka kena gergaji besi. Bukan gergaji biasa untuk potong kayu tau. Gergaji besi, sizenya lebih kecik berwarna biru. Berdarah dapat, parut pun dapat. Itu adalah habuan memanjat pokok. 

Tak cukup dengan itu, panjat pokok kekabu pulak [pokok tepi umah tok aku]. Menggelongsor macam apa, habis koyak baju yang aku pakai. ha ha ha. Baju klasik jahitan mak cik aku. Tangan ropol-ropol T__T

Banyak lagi pokok yang aku panjat. Yang lain-lain tu, cukuplah aku simpan untuk diri sendiri. Tak larat nak taip banyak sangat.

Aktiviti mengail ikan sawah adalah benda yang paling menarik untuk dikenang. Bila musim hujan, musim orang tanam padi. Gigih pergi beli mata kail. Untuk memancing kat sawah, cukuplah mata kail yang size kecik. Biasanya dalam 20 sen je, dapatlah 2/3 mata kail. Sekarang ni, kedai tu dah takde dah. Dulu, memang sangat kaya dengan ikan keli, haruan, sepat. Macam-macam ikan yang ada. Sekarang payah nak jumpa dah.

Eh, nak cakap pasal tanam padi kan? he he he. Sorry, tersasar.




Masa sekolah dulu kan, kalau tulis kat borang. Apa kerja ayah awak, jawapan biasa yang kami akan tulis adalah petani. Memang betul pun, dulu mak ayah aku tanam padi. Nun kat hujung sana, sawah milik mak ayah aku. Tempat ni dulu semua orang pakat tanam padi. Tapi sekarang dah takde lagi. 



Dah naik semak samun macam ni.


Yang seronok kan, kalau nak masuk sawah ni mak dan ayah aku akan pakai stoking siap-siap. Lepas tu diikat dengan tali. Tujuan dia, tak nak kasi lintah gigit. Kalau ada masa, aku akan turun sawah ni, pakai macam mak ayah aku pakai. Lepas tu tanam padi. he he he.




Macam mana padi ditanam? Ok, mula-mula padi akan ditabur kat sawah. Lepas tu akan tumbuh pokok-pokok padi yang renek. Lebih kurang la, biasa dipanggil semai padi. Macam gambar kat atas ni. Gambar ni aku amek masa pergi ke Perlis baru-baru ni.

Lepas tu, kita kena cabut anak-anak pokok yang tumbuh tadi, lepas tu kita ikat satu tompok, dan menjadi beberapa tompok ikatan. Mesti korang tak boleh nak imagine macam mana kan? ^_^ Lepas tu, anak pokok tadi tu kita akan tanam semula. Biasanya, sekali cucuk adalah dalam 3 batang macam tu. Ala, dulu dalam mata pelajaran Kajian Tempatan kan ada disebut tanam padi menggunakan kuku kambing. Kami tak guna benda alah tu, kami cucuk dengan tangan macam tu je. Err, korang baca je lah, faham ke tak lain cite. 




Biasanya sebelum nak tanam padi, kita akan bajak dulu sawah tu jadi macam gambar ni. 

Padi yang dah ditanam biasanya akan dibaja setiap minggu, sampailah padi masak. Time ni sangat la suke sebab semua nampak menguning je. Bila pagi-pagi kan, turun sawah mesti bawak bekal, macam jemput-jemput ke, lempeng ke. Air pulak biasanya air teh, atau kopi. Lepas penat kami berehat kat atas batas sawah nih. Biasanya, antara-antara sawah tu saling berjiran. Borak-borak dengan orang sebelah. Kalau dia ada makanan lebih, biasanya dia akan bagi kat kami ni. he he he. Sebab adek beradik aku ramai. Kadang-kadang datang urmm, mau 3 4 orang. Dah la kecik-kecik lagi [time tu la]. 




Nostalgia betul. Ni gambar arwah mak aku. Biasanya bila padi dah masak. Kami akan potong padi tu. Atau dipanggil cerut padi. he he he. Kami tak guna mesin, kami guna tenaga 4 kerat je. Lepas tu, padi yang dah dipotong tu akan di pukul kat tempat bersegi empat ni. Dipanggil tempat mukul padi. Klasik sungguh nama dia. Tempat ni mak ngan ayah aku buat sendiri je. Pukul padi, lepas tu padi akan luruh/jatuh pada guni yang kami tadah kat bawah tempat ni. Best sangat. Aku tak larat nak amik padi banyak-banyak untuk dipukul. Biasanya amik sikit-sikit je, lepas tu pukul sampai habis lerai padi-padi tu. Miang jangan cakap ar. Naik merah lengan ni. Tapi keseronokan tu, tak dapat digambar dengan kata-kata.

Padi yang dah siap letak dalam guni, hantar ke tempat orang mesin padi. Kat sini, padi tu akan menjadi beras. Dan kulit padi tu kan, kita akan amik dan dijadikan dedak. Wah gitu. Panjang jalan cite tanam padi nih.

Eh, kalau nak tau, gambar ni kan di ambil oleh budak cina. Banyak gak gambar yang dia amik. Gambar aku tengah dukung adik 4 aku bersekali dengan sepupu aku pun ada. Aku tak tahu budak cina mana, tapi arwah mak aku ingat pasal budak ni. he he he.

Err, cukuplah tu kan cite pasal tanam padi. he he he.






2 comments:

  1. hehhe.. next class in major crop,sy belaja ttg padi (:

    ReplyDelete
  2. ATHIRAH LIYANA :
    oh? tentu lebih mendalam kan? maksudnya kenal gred padi tu macam mana.. kan? heheheh..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.