Sunday, June 5, 2011

Pasal Handphone


Dah lama nak tulis pasal hal ni. Tapi asyek tertangguh je. Jadi kali ni, mesti jadi punye. Dolu-dolu, semasa zaman muda remaja [sekarang ni masih remaja, tapi tak berapa nak beremaja sangat la. Dah matang la sikit. hik!] Masuk unibesiti, tak ada handphone pun. Telefon yang paling berjasa time tu adalah public phone. Duit syiling, mesti ada untuk buat panggilan. Paling tension time tu adalah kalau public phone rosak. Memang tak boleh nak buat panggilan. Naya sungguh!! 

Seingat aku, di zaman kegelapan handphone la kan. Takde la pulak tak boleh nak hidup tanpa handphone. Ok je. Pergi mana-mana, tak pulak kita fikir dia ada kat mana. Tapi sekarang, kalau takde hp, memang payah. Nak jugak kita tanya ada di mana, balik jam berapa, macam-macam. Dah maju seiring dengan tahun katakan. Aish!

Ok, sekarang marilah kita menjelajah masa silam T__T





Ini adalah hp bernama siemen. Tapi bukan aku punye. Ni kawan aku punye. Mana-mana student yang ada hp, eh dah dikira 'wowww' lah. Aku tak pakai hp pun lagi time nih. Sekadar tengok orang punye ajelah. Yang bestnye hp ni kan, dia boleh buat loud speaker. Di zaman tu, sangat la jarang hp yang ada loud speaker nih. Paling kelakar, kita boleh dengar sama apa yang kawan kita borakkan. Kalau bergayut kan, hp ni mesti kena sangkut kat cermin nako. Line tak clear woo. hahhaha. 




Yang ni pulak, hp motorola. Masa tu aku tak masuk unibesiti lagi. Abang aku dah pakai hp dah. Aku sama adik aku, jakun jangan cakap ar. Seronok, macam hebat wey ada hp. Padahal hp ni besar gedabak. Boleh buat botol air, bawak gi keje. Tapi tak delah rasa malu nak bawak, bangga adalah. Disebabkan kami tak pernah lagi menemui hp yang canggih manggih, maka kami dengan sesuka hati duk menekan keypad dia. Lepas tekan, tekan lagi. Last, hp blocked!!! Kalau tak silap, dia ada mention apa ntah. Lupalah pulak ayat dia. Menggagau jugaklah abang aku. Mane la kami tahu tak boleh tekan sebarangan. hehehehe. Lepas tu, tak tahu la apa abang aku buat dengan hp special dia tu x_x.




Ni adalah hp pertama aku. Beli dengan harga RM 300 lebih. Mula-mula aku pakai line, konon nak beli hp murah. Lepas tu, takde pakai line dah. Pakai prepaid je. Masa dulu kan, nak beli nombor kan, sampai beratus-ratus hinggit. Aku punye nombor adalah dalam 200 lebih atau 100 lebih camtu la. Ala, macam prepaid gak. Dulu mahal, sekarang 3 hinggit pun dah boleh beli dah. Tapi kalau korang nak tahu, sekarang nombor tu dah tak boleh guna dah. Sayang la pulak bila difikir balik. Urmm. Kalau nak tau, hp ni memang glamer la time nih. Dah la boleh tukar housing dia dengan macam-macam pesen kaler semua lah. Lepas tu lampu dia kaler biru. Cantek ar konon nye. hehhehe. Puas hati pakai hp ni, sebab tahan lasak. Nak dijadikan cerita, oleh kerna tergoda dengan hp lain. Aku buat keputusan melepaskan 3310 pergi dan meminang yang baru iaitu. Jeng jong jong!!


Tadaaaa! Seingat aku, masa keje kat A&W, aku tukar hp ni. Yang ni lagi canggih la dari 3310. Harga dalam 500 lebih kot. Tak sure, sebab tak ingat harga sebenar dia. Hp ni macam yang kat atas. Tahan lama. Jatuh ke hape ke, ok je. Tak main ar manja-manja nih. Heroin betol hp nih. Bunyi dia pun lebih menarik la berbanding dengan hp 3310. Tapi  sayang, sebab hp ni tak tahu letak kat mana. Ni adalah gara-gara selepas membeli si hitam menawan di bawah iaitu...next!





Yang ni aku beli masa birthday aku pada tahun 2007 kot. Tahan sampai la sekarang. Sayang sangat-sangat kat hp ni, sebab banyak berjasa.  Dah banyak kali buat terjunan gaya bebas, dan Alhamdulillah otak-otak dalam sistem hp ni masih waras dan nak lagi berjasa dengan aku. Cuma jantung aka bateri dia la dah agak kureng sekarang. Dah semput, banyak sangat lemak kot. Nak kena tukar bateri lain la. Sekarang kalau caj je, eh.. Dah penuh dah, padahal tak sampai 1 jam. Lepas tu, bila bercakap pulak. Kejap je bunyi 'kluk kluk' 'tu tutut' hahhaa. Tak reti nak buat bunyi bateri low. Lebih kurang  camtu la bunyi dia.

Nanti-nanti kan, tak tahu la apa pulak hp yang aku berkenan. So far, masih setia dengan N70 nih. Ok la, dia dah bunyi tu. Macam tau-tau je aku tulis pasal dia. Terus bunyi 'kluk kluk' 'tu tutut'. Nak kena caj hp plak nih. Tata.

*tuan umah takde, jadi ni auto publish






2 comments:

Terima kasih atas pandangan.