Sunday, June 19, 2011

Potong Memotong


Sebut pasal kuku kan, yang terlintas kat kepala. Kuku panjang, kuku pendek. Tu je. Masa berumur 6/7 tahun dulu, seingat aku, ayah aku yang tolong potongkan kuku. Duduk kat tepi pintu, ayah akan amik plastik yang penuh dengan barang-barang keperluan dia. Macam kelakar je letak dalam plastik. he he he. Keluarkan pengetip kuku, tadah tangan. Dia akan potong satu, satu, satu sampai habis. 

Akibatnya??

Kalau kuku dah panjang sikit, dah jadi tak selesa, sebab dah biasa berkuku pendek. Pernah jugak zaman belajar dulu, gatal saje-saje simpan kuku. Nak kasi dia panjang, kunun nampak macam cantik la kan. Bila kuku dah panjang, asyik duk pandang kuku je sebab naik geram. ha ha ha. 'Bila la dapat potong ni'. Last, tak tahan, terus je potong. Lepas tu, dah takde niat nak simpan ape ke dah.

Malam tadi, lepak-lepak tengok tv. Aku pandang jari ayah aku. Comel je kuku dia. Pendek. Takde nye nak panjang-panjang. Sebab tu la, aku kadang-kadang suka usha kuku lelaki. ha ha ha. Sebab kalau kuku pompuan, dorang biasanya jaga leklok, buat manicure la apa la. Kalau lelaki, bila panjang. Urmm, panjang kat situ la. eeeee. ha ha ha. Sorry ini kenyataan, jangan la emo eyh *_* Sebenarnya tak cantik berkuku panjang, tapi jika itu kesukaan anda. Teruskan. Sebab tak semua orang punyai citarasa yang sama kan? Jadi takde hal. 

Kalau kita nak potong kuku, dia ada cara dia tau. Dulu aku main potoooonnng je. Sekarang sebolehnya ikut la yang macam gambar kat bawah ni. Dapatlah jugak pahala. Mula-mula memang tak terbiasa, lama-lama nanti ok la T_T.








RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya : Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Mudah-mudahan perkara kecik yang kita amalkan, akan mendapat rahmat dan keberkatan daripadaNya.

Amin







4 comments:

  1. baru tahu..sb biasa potong hari jumaat je..huh

    nice sharing =)

    ReplyDelete
  2. hoho memang macam ni pon. dari skola rendah cikgu dah bgtau. btw nice entry :3

    ReplyDelete
  3. wah thanks sharing.seriyes baru tau susunan potong kuku tu..thanks ye..

    ReplyDelete
  4. IQBAL :
    ok la tu potong hari jumaat :) [welkam]


    FAIRUZ :
    cekgu lupe nak kasi tau pasal hal ni dulu. hahhaha [gurau je la]. yerp, baru tau :)


    ANOM :
    yg tangan dah tau lama, yg kaki tu baru tau gak..nanti boleh start potong ikut susunan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.