Monday, June 27, 2011

Si Pemungkir Janji


29 hb Mei baru-baru ni. Anak buah yang sudah lama tidak ketemu dengan gwe, balik ke kampung. Hati tersangat lah gumbira kerana hampir setahun tidak ketemu. Bukan jauh sangat mereka tinggal, tapi untuk sampai ke negeri Pahang, ke daerah Mentakab, amatlah sukar sekali bagi aku. Umpama tiada kenderaan untuk ke sana. Untuk menelefon, oh~! jauh sekali. Aku bukan seorang yang pandai melayan orang di talian. 

Kesempatan yang diperolehi digunakan dengan sebaik yang mungkin.




Yang ni saat kami ketemu. Rindu gilerrr ok. Bila di ajak bergambar, terus je jari membuat peace. Memula agak terkejut la jugak, sebab nampak macam spontan and cumil. he he he. Masing-masing dah besar berbanding dulu. Kalau nak tahu, yang si kerinting tu namanya Piya. Manakala si lurus tu pulak bernama Sasa

Si Piya dulu nye kan, suka sangat perati gigi aku. ha ha ha. Kadang-kadang saje je aku bagi dia sentuh braces aku. Sambil sentuh, sambil dia senyum. Akak aku marah [bukan marah betul]. 'Ceh, kotor nguh!' ha ha ha. 

Petang masa dorang ambik aku kat airport, aku janji dengan Sasa nak belikan eskrem. Sungguh-sungguh punye janji ni. Lagipun dah lama sangat tak jumpe, dah lama sangat rasanya tak melayan kerenah mereka. Dah lama sangat rasanya aku tak marah pada Sasa sebab tamak yang ada pada dirinya. 

Nak tau, ada 1 hari tu kan, aku beli air yogurt peberet aku. Beli yang besar macam biasa, bila Sasa tengok. Dia nak, aku ok je bilamana dia mintak tu. Tapi yang aku naik hangin nye, dia tak nak sikit, dia nak semuaaaa. GRRRRRRRR! Geram giler, lepas tu aku bagi semua air tu kat dia. Aku tahan nangis, tahan nak jerit!! Sebab aku dah tak boleh buat apa. Saat tu, aku dah janji aku tak nak bagi apa-apa lagi kat dia. Janji sungguh-sungguh dengan diri sendiri [janji yang dah masuk kali ke2432]. Errr, tapi lepas tu, aku lupa janji aku. Kami berbaik semula. huk~!

Masa dia balik kan, aku janji nak beli eskrem [sambung balik. hik]. Plan nak makan sama-sama bertiga. Aku, Piya and Sasa. Masa kami turun tangga kan, Sasa tanya kat aku 'cuda, kite belum beli eskrem lagi kan?'. Aku jawab 'aa'aa..belum lagi, nanti bile kite naik kete cuda, kite pegi beli eyh'. Sasa senyum pandang aku sambil angguk kepala. Aku pun senyum sama.

Nak dijadikan cite, minggu tu aku agak sibuk dengan kerja kat pejabat. Hari minggu pun aku kena pergi pejabar, sebab ada lagi keje yang masih tak menemui titik noktah. Selepas berhempas pulas di pejabat, aku terpaksa pergi ke KL atas urusan keje. Bila balik KL, aku pergi Perlis atas urusan keluarga. Aih, masa tu la jugak budak-budak ni dah nak kena balik ke Pahang. Cuti sekolah dah nak habis. Jadi memang aku tak sempat nak jumpa dorang. 

Masa kat Perlis, aku teringat janji-janji manis yang telah aku taburkan pada Sasa and Piya. Lepas tu aku sms kat adek 4 aku tolong belikan eskrem dua batang. Kononnya nak kasi Piya and Sasa. Tapi tak sempat, mereka dah balik dah.

Bila aku balik ke umah dari Perlis itu hari, aku bukak peti ais. Aku nampak..

*



*



*


*

best plak kan main tekan, lepas tu tekan * and enter lagi, * .. ha ha ha. ok mengarut je nih.. sambung balik..




*





Dua eskrem ni masih ada kat dalam peti. Dorang tak sempat nak amek. Terasa berdosa sangat-sangat kat budak-budak nih. Dahlah payah nak jumpa. Entah bila la pulak boleh jumpa, entah lah. Raya nanti la kot. huk huk! Sebab tak nak bazirkan eskrem ni, aku makan dengan hati yang berbaur sedih. Habis jugak eskrem ni aku makan. Satu lagi adek 4 aku yang makan, kire upah untuk dia la kan. Sampai saat ni aku masih rasa kesal dengan apa yang terjadi.

Akulah Sipemungkir janji di bulan Jun 2011. [Korang janganlah buat macam ni. Menyesal weyh!]






4 comments:

  1. laaa syiannya takpe nanti ada masa bg tau... cumil je dedua tu, sasa tu ada iras aida la :)

    ReplyDelete
  2. sedihnya..ya la kan mesti teringat-ringat pas ni..next time kene tebus dengan belanja aiskrim banyak2 lagi la.

    ReplyDelete
  3. siannya dua orang kekanak comel tu.

    ReplyDelete
  4. HANIS MY :
    memang sangat kesian. huhuhu. nyesal!
    hanis, dah 3 4 orang ckp macam tu :)



    IKA MIOKA :
    memang sedih ika, tp nak buat macam mana, sungguh tak sengaja. huk.


    SOLEHAH :
    sebab kesal tu la, entri ni wujud..at least terluah sikit. heheh

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.