Sunday, June 19, 2011

Singgang Sotong


Sepanjang cuti 3 hari ni, tak keluar pergi mana-mana waima ke bandar. Wah~! Syabas kepada diri sendiri, satu pencapaian yang agak menakjubkan. Biasanya, kalau Jumaat, Sabtu/hari-hari cuti, kejenya mesti keluar. Biasanya keluar cari barang dapur, atau barang personal macam tu je. Tak pun keluar jalan-jalan cari makanan. 

Masa banyak dihabiskan di ruang maya. Bukan buat apa pun. Bukak fb, renung pada most recent tu. Scroll down sampai cemuh [bosan]. Lepas tu bukak blogspot. Urmm, lepak sini aje lah kot. [line sloww ya ampun].

Sambil lepak-lepak, sambil pergi masak.

Hari ni nak share cara-cara singgang sotong. Wah gitu. hik hik. Sebenarnya tadi, tak tahu nak masak apa. Dah kering idea dah. Plus, tak terer kan. Jadi mood macam urmmm T_T

Ok, ini resepi dia. Nak tiru, tirulah. Tak nak tak pe. Sebab resepi ni main ikut suka hati je.

Singgang Sotong:

Bahan-bahan dia : 

1. Sotong
2. Halia [hiris panjang-panjang]
3. bawang merah [mayang]
4. serai satu dah cukup ar [ketuk tau serai ni]
6. air ikut suka hati
7. Bahan perasa

Cara-cara dia :
Aku letak air dalam periuk agak-agak dalam separuh macam tu. Lepas tu letak bawang dengan halia. Dah menggelegak air dia, aku masukkan sotong. Lepas masuk sotong masukkan serai pulak. 

Letak garam, lepas tu letak aji [lama tak guna aji dalam masakan]. Rasa dulu macam mana. Urmmm, macam tak sedap je. Jadi aku letak lagi garam. Rasa lagi, macam kurang je. Aku pun amik sos tomato. Letak sikit kat dalam kuah ni, rasa lagi. Macam 'errrr, apa rasa ni haa??'. 

Ok, ternampak pes tom yam adabi. Jadi aku koyakkan pes tu, letak kat dalam kuah ni sikit. he he he. Sikit je la, tak banyak sangat. Rasa lagi. Urmmm, bertambah elok la sikit dari tadi. Dah siap. Senang kan??

Resepi ni sebetulnya takde ISO. Jadi tak berapa sesuai kalau korang nak tiru 100% cara amatur aku ni. Kan tak pasal-pasal ceri-beri. Yang lebih afdal, pergi la tanya pada yang pakar. he he he.

Sekian, mekaseh.





3 comments:

  1. SYRUPMASIN :
    berpeluh jugak wei nak kasi siap :p


    HANIS MY :
    dah habess! tetttt. kikiki..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.