Saturday, June 25, 2011

Tayanglah Balik

Kalau nak bercerita pasal filem-filem/ceritera yang ngetop pada zaman dulukala, haruslah dikarang pada masa yang sesuai. Masa yang betul-betul lapang. Dan sekarang masa tengah lapang, eh keje pejabat ada yang harus dibereskan, tapi errr. errr O_o


Nak cite ni jugak. Ok, dulu masa kecik-kecik [takdela kecik mana]. Suka sangat tengok cite:

Adik
Filem ni Os yang berlakon. Kelakar, lepas tu tengok berulang kali pun tak bosan. Cerita pasal mustapha kamal ada adek yang kurang sempurna. Macam tu la. Os ni ada geng, yang jadi geng-geng dia Tam Cili Padi tu ar, Buzen, ada la 2 orang lagi kot. Tapi lupa nama. Masa ni Noralbaniah masih hot lagi. Sekarang ni dah takde dah. Filem ni banyak sentuh elemen kasih sayang kekeluargaan. Banyak benda yang kita boleh amik dari cite ni. Sebab tu la dulu,citenya banyak pengajaran kan?

Orang Kampong Otak Kimia
Ha ha ha .. Cite kelakar. Yang ni pun Os jugak yang berlakon. Kononnya dia buat ramuan macam mana ntah. Lepas tu kambing boleh bercakap. Ada akak tu, anak dia bisu. Eh boleh bercakap bila minum ubat Os ni. Lawak giler. Anak yang rendah boleh jadi tinggi. Macam-macam. Memang otak kimia betol la cite nih.

Hikayat Hang Setia
Kalau nak tau, cite ni adalah dalam masa 30 minit je. Ditayangkan kat TV1, malam apa ntah. Tapi best sangat cite ni. Aku tak tau la kenapa boleh tengok cite ni. Tapi seingat aku, cite dia menarik sebab macam zaman-zaman dolukala. Lagu dia yang aku ingat '...satu cerita kononnya bermula di sebuah desa..' dah tak ingat lirik dah.. Pelakon dia, muka tu aku ingat la. Tapi nama tak berapa nak ingat. 

Opah
Cite ni best jugak. Ditayangkan kat tv pada malam hari. Pelakon yang pegang watak Opah tu betul-betul 'keopahan'. Dengan gaya dia, air muka dia. Memang sangat sempurna untuk cite ni. Pelakon dia urmmm, yang lelaki semua dah takde kat kaca tv sekarang. Apa nama ntah. Muka aku ingat [nama fail]. Razali Buyong, Norlia Ghani, lelaki yang bermisai tu.. sat noo aku gugel jap. ki ki ki. Nama dia Abu Bakar Kasim, lepas tu Yasmin Ahmad. Tak silap dia jadi omputih la masa tu. Tapi cite ni tak ingat secara details sangat. Sebab dah lama.

Rumah Kedai
Cite yang ditayangkan pada bulan puasa je. Bulan-bulan lain takde. Tak payah nak cari la wak, memang takde. Sungguh. Cerita dia pasal apa tak berapa nak ingat la. Pelakon dia yang ada jambang tu ar, lupa nama. he he he. Biasa cite ni tayang kat TV3. Masa tu betul-betul terasa bulan Ramadan, dengan suasana cite lagi, suasana kepuasaan lagi. Memang feeling habis. Sebab sekarang kalau bulan puasa. Yang lebih-lebih pasar ramadan. Semua berebut-rebut cari untung. Eh, cari rezki. hu hu hu. 

Cerita pendek 
Dulu kan, kat tv selalu je tayang cite-cite bermanfaat macam kat bawah ni. Walaupun pendek je, tapi banyak pengajaran. Jangan monyet .. jangan. Dialog ni sampai sekarang boleh hafal. Banyak lagi cite pendek yang TV1 tayang. Macam yang buaya gigit kaki kerbau tu, pas tu macam-macam la. Nak tulis mau 4 pages nanti. he he he.




Kan best kalau semua ni boleh ditayangkan balik T_T

4 comments:

  1. lame ta tengok cite opah..gile popular kot dulu :D

    ReplyDelete
  2. best gak tyang cite lelama ni..kalau dila nk suh tayang cite dewi cinta lakonan ogy ahamad daud dan pelakon indon tu...hhuhu...nostalgia tu.....

    ReplyDelete
  3. Aah. rindu nak tengok cerita lama. satu yang saya still ingat sampai sekarang cerita 'Kami'. sedih kot. huhu

    ReplyDelete
  4. SYRUPMASIN :
    cite opah dah lama takde. memang best cite tu. 5 bintang untuk opah :)

    UMMI KHALISH :
    cite apa tu? tak pernah tengok..or mungkin bila tengok baru ingat kot. tajuk tak pernah dengar. macam menarik je..

    SAFIYYAH :
    a'aa.. cite kami. memang best. T O O K O .. lepas tu dorang gelak sama2..kutip botol, macam2 keje dorang buat. bila sorang masuk spital, sorang pegi tengok. syahdu :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.