Monday, June 13, 2011

Terengganu & Piala FA


Assalamualaikum semua dan selamat siang.

Hari ni tak pergi keje, padahal tak plan pun nak cuti. Malam semalam sampai kat umah jam dah menunjukkan 120 pagi. Dengan sisa-sisa kepenatan yang dah lama tergalas kat bahu, arhh! memang boleh dijadikan alasan yang konkrit untuk EL. hehehhee. Tahun ni adalah tahun bercutian yang paling banyak, kalau nak diikutkan aku tak berapa nak gemar cuti duduk lepak kat umah, macam membazir aje kan?

[Kenapa mukadimah selalu nak taip pepanjang??] Ok, nak cite pasal Terengganu yang dah menang piala FA. Oyeaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh!!! [suke hati tak tau nak describe macam mana].

Biasanya, kalau ada final yang melibatkan Terengganu, biasanya kami seolah-olah menantikan saat pengumuman bila nak raya. Tak sabar. Macam final yang ni, awal-awal semua dah tahu yang akan dibuat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Adik 4 aku dah siap beli t-shirt terengganu dengan headband sekali. Tayang kat akak dia yang takde pape nih. Cantik gak baju yang dia beli tu. Semangat berkobar-kobar alam ngko.

Pada malam Ahad itu yakni 11 Jun 2011. Tragis sungguh rasa di hati. hahhaha. Ingatkan kami sempat lah balik rumah tumpangan untuk tengok bola dengan aman damai, namun hakikatnya tidak begitu. Tidak secantik skrip Nora Elena [eh eh, nak jugak selit NE].

Jam 850 kot macam tu, kami berhenti pulak kat kedai mamak. GRRRR! [dalam hati je siyes li geram]. Tapi apakan daya, terpaksa mengikut jugak apa yang dibuat. huhuhu. 

TERENGGANU VS KELANTAN 



Barisan pejuang yang dipertaruhkan. Sorry agak blur kan?

Kami kat kedai mamak. Sebetulnya time ni, dorang bukak channel lain. Aku dah naek geram time ni, jadi aku mintak pelayan restoran ni tukar channel TV1. Mula-mula mamat ni tak nak, dia cakap tak dapat siaran la. Woit! nak tipu pun agak-agak ar. Tahu la ni bukan negeri aku, negeri ngko. Tapi kesian ar kat hati nurani aku ni. Dia tukar channel jugak akhirnya. hehehhe. 




Formasi untuk malam tu. 

Dorang main start lebih kurang jam 9 malam. Tengok sat, lepas tu dah makan, terpaksa blah. Blah ok. huhuhuhu. Time ni terasa nak balik umah lepak-lepak dengan family sambil tengok bola. Heaven ar!

Kami terus ke rumah saudara kami yang terletak agak jauhla jugak. Perjalanan adalah dalam 30 minit kot. Kepala otak dah tak fokus untuk rumah saudara tu, tapi asyek fikir 'bola bola bola'.

Bila dah sampai umah saudara. Rasa LEGA jangan cakap ar. Rasa nak meloncat jer. Semua duk bersembang, aku fokus bola. Tak puas hati la tengok kat sini. Dahlah bukak volume pelan mak aihhh. Tensen aku. Bajet nak pergi kuatkan volume, tapi masih sedar diri yang ni bukan umah aku. Layan ajelah.

Masa tengok kan, masih terikat 0 - 0. Lebih kurang dah nak habis game, eh eh Kelantan pulak pergi sumbat gol pertama dorang. Frusttt weeyy! Mana tak frust, dah nak habis masa dah, macam mustahil la kan Terengganu boleh attack bagi sama kedudukan 1 - 1. Memang tak nampak bayangan piala FA la time ni. Kuciwa sungguh. Lepas tu pakcik aku siap duk tanya aku 'tunggu sikit lagi eh'. Aku jawab tak nak jawab je. hehhehe. Hati panas beb!! Pakcik aku cakap, boleh lagi. Masa masih ada. Urmmm. Bila dah masuk 1 - 0, draf terus menjunam nak tengok sampai habis, sebab aku fikir dah tentu kalah Ganu malam ni. Bila tengok kat tv kan, dah ramai penonton/penyokong yang balik, bangun dari tempat duduk. Tengah sibuk duk mengomel dalam hati. Tup Tup GOOOOOOOLLLLLLLL!!!!

Wahhh! Ingatkan Manaf Mamat yang sumbat, tetapi rupanya Daudsu yang TERsumbat gol sendiri. Time ni, hati kembali gumbira. hahhahahaha. Dah tak frust dah. Semangat mencanak naik baliklah.blogspot.com.

Pakcik aku senyum sambil pandang aku. hehehhe. Mane la aku tau Ganu boleh bikin ini kejutan. Sebab aku dah stress bagai dah bila Kelate masukkan gol pertama tadi [tak boleh jadi pemain kalau macam ni. hahhaha]

Sementara masa tambahan, pak cik aku ajak kami satu family balik. Sebab dah lewat malam, padahal kata tadi nak pergi sat je, ambil syarat jumpa saudara mara. hehhehee. Time ni TV OFF. Urmmm, tak boleh buat apa lah dek non oiii. Kami meredah malam balik ke rumah tumpangan [rumah saudara sape ntah. hehhehe]

Sampai kat umah tumpangan, mak bapak budak-budak ni takde. Keluar katanya, jadi pe lagi. Raya la aku kat dalam umah tu. huhuhuhu. Boleh bersorak bagai.  

Kami dah terlepas 15 minit pertama. Lepas tu, Ismail Faruqi dikeluarkan [lupe dia keluar pada minit ke berapa]. Masa dia dikeluarkan, dia diganti oleh Nasir apa ntah [pemain baru kot, sebab jarang dengar nama dia]. Masa dia masuk tu la dia sumbat lagi satu gol. Happy gilerrr! 

TAHNIAH



Terengganu menang jugak akhirnya. Alhamdulillah.



Players la yang paling hepi macam dapat gapai bintang pada malam tu. Mau nye tak, dah nampak terang-terang macam nak kalah, eh eh menang rupanya ngko. Rezki T_T.

Moral: 
Daudsu adalah penyebab suntikan semangat untuk pemain Terengganu bangkit menyerang, dah ianya telah tertulis lebih awal dari pengetahuan kita. Yang lebih tahu, hanya Dia [smile].

Kadang kala kite selalu nampak yang sesuatu itu adalah atau akan menjadi milik kita. Terang-terang dah dalam genggaman pun. Tapi kita kadang kala lupa, Allah penentu setiap kejadian. Apabila Allah kata itu rezki kita, macam mana payah pun, InsyaAllah ia akan tetap menjadi rezki kita.

Sebab itu la, kite perlu berusaha hingga ke titisan yang terakhir. Contoh apabila kita berdoa kepada Allah, berdoa la bersungguh-sungguh. Mungkin doa yang kita tadahkan baru 99, tapi Allah menunggu doa kita yang ke 100 untuk dikabulkanNya. Tiada siapa yang tahu melainkan Dia. Ye Dia 0_o


Keyboard off



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.