Friday, July 29, 2011

27 Syaaban 1432H

Sebenarnya kalau diikutkan hati, nak tulis entri ni pagi-pagi tadi. Tapi line pulak ada problem. Jadinya, semua idea yang berpusu-pusu tadi, dah beransur-ansur pergi. Tak tahu nak start dari mana. Kalau nak tahu cite sebenar, boleh aje la tekan label Al-Fatihah. [sedang mencairkan idea ni. hu hu hu]

Jumaat iaitu hari ni la. Genap 2 tahun pemergian ibunda kami ke rahmatullah. 27 Syaaban 1432H. Kira-kira 3 hari lagi kite akan sambut bulan Ramadan. Dan ini merupakan Ramadan ke-3 kami tak bersama arwah. Apa yang mampu kami adik-beradik lakukan hanyalah menyedekahkan doa agar roh arwah ibu kami ditempatkan di kalangan orang yang beriman, di bawah rahmat dan kasih sayang Allah. Yang paling penting, kami semua berdoa, kami nak keluarga kami dapat berkumpul di akhirat kelak, disatukan dengan izin Allah.

Sungguh, tiada wanita lain yang dapat menggantikan arwah ibu kami. Bagi lah perempuan sebaik mana pun, mungkin tak sama. Ganti? Semua orang boleh menggantikan tempat seseorang itu, namun ianya tidak akan sama. Betul ada pepatah yang menyatakan 'patah tumbuh, hilang berganti'. Namun sejujurnya ianya tidak akan sama dengan yang asal. Melainkan yang asal itu tidak elok, maka apabila digantikan yang baru [lebih elok], maka pepatah tersebut sesuai untuk digunakan. Err, ini ayat umum je tau. Tak tertakluk kepada pengganti ibu saya. Ianya boleh merangkumi aspek kehidupan kita yang lain.

Yang paling kelakar, baru-baru ini kan, masa saya melawat pak cik saya kat hospital. Dia ada bertanya pada ayah saya [dengan nada bergurau]. Tak nak cari lain ke?? Saya pandang muka ayah sambil ketawa. Wajah ayah saya nampak lain macam je. hi hi hi. Saya tahu, kat dalam hati dia, penuh dengan kasih sayang arwah mak saya. Dan saya tak nampak ayah saya cenderung ke arah mencari mak baru. Eh, eh, macam best kan dapat mak baru [ngada-ngada].

Dapat sms daripada abang sulung 2 3 hari lepas kot. Syahdu sangat bile baca ayat dia yang last..

'Dari anak yang senantiasa merindui arwah cik'.

Kami semua memang rindu akan arwah ibu kami. Hanya Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati kami. InsyaAllah semoga dengan berkat doa anak-anak, moga Allah ringankan hisab ibunda kami di sana, temukan kami di akhirat kelak. Amin 

Al-Fatihah.






2 comments:

  1. sebak la baca entry neh...

    xpala...banyakkn berdoa n sedekahkan al-fatihah untuk ibu....

    salam ramadhan aida...;-)

    ReplyDelete
  2. al fatihah untuk ibu awak k..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.