Thursday, July 21, 2011

Kita Akan Di Jemput Pulang


Ukay's




Lagu ni lagu lama. Tapi dulu tak pernah amik tahu apa yang cuba disampaikan oleh penyanyi/pencipta lagu ni. Bila dah dewasa sikit ni [ehem!] dah reti la sikit nak faham apa bait-bait lirik dalam lagu ni.

Dulu aku punye sorang kawan, dia punye hati lebih kurang tisu. Kalau feeling, mesti lebih-lebih. Masa study dulu kan, dia selalu beli kaset Spin [Acik dan Nana].  Macam-macam lagi la, pendek kata semua lagu yang tangkap leleh punye. Aku punye hati tak berapa nak faham dengan apa yang dia syok sangat kat tangkap-tangkap leleh macam tu.

Yang best, kalau ada lagu kat radio kan, dia akan bagi penerangan kat aku yang naif ni. Kadang-kadang ada jugak dia tanyakan aku [kalau time dia nak melayan aku la, si hati batu ni ha].. Dia tanya, samada aku faham ke tak lagu tu. Kadang-kadang aku tak berapa nak faham, sebab aku jenis suke bantai je. Janji sedap di halwa telinga aku, sedaplah bagi aku. Eh tak bagi kawan aku ni. Prinsip dia, kite kena tahu apa lirik tu. Lagu tu tentang apa. [Aku: terlopong sudah]. Dia cakap kat aku, 'mu ni takdok perasaan ke??'. ha ha ha. Lucu giler bile ingat. 

Aku suke sangat-sangat bile dia bagi penerangan tentang lirik. 'Kalau mu nak tahu, ini tentang cinta. Ini tentang putus kasih, ini tentang ..' arh! macam-macam la. Biasanya aku iyakan aje. Sebab aku tak reti nak dalami benda-benda puitis. Dah tak reti macam mana aku nak buat faham atau reti kan. Tapi walaupun aku naif, dia tetap sayang aku sebagai sahabat dia. [Rindu giler kat mung baby. ha ha ha. tiba-tiba panggil baby].

Dan hari ini, aku dah reti menghayati lirik-lirik lagu [ada gak yang aku tak faham kalau lirik-lirik yang terlampau berat]. Kalau kawan aku tahu akan perkembangan sihat aku ni kan, tentu dia berasa gembira, tentu dia akan cakap 'besar dah mu aida'. ha ha ha. Dialog tak boleh blah~!

Sungguh, dulu hati saya berunsurkan batu [sikit je], sekarang hati saya dah makin berubah menjadi kertas [aku tak nak tamak, aku nak kertas la dulu, kalau tisu terus lembik. ish! tak nak ar. hi hi hi]

Lagu ni kan, banyak sangat makna dia. 

Kite semua akan dijemput pulang oleh-Nya satu hari nanti. Indah nye lirik dia. Kenapa tak perasan dulu eh??? Urmmmm..









3 comments:

  1. saya dari dulu kalo dengar lagu judge makna dia.sebab tu time tengah baca buku atau study tak boleh dengar lagu..otak ligat nak fikir pasal lagu tu.

    ReplyDelete
  2. ewah..

    memula hati batu ye,,,then hati kertas lak..pas tu hati tisu...macam2 ye..hehe..

    ila neh...sokmo hati tisu ja...tu mudah tersentuh n menangis...heheh

    ReplyDelete
  3. SOLEHAH :
    memang payah nak study kalau macam tu.. :)

    *hayati time datang angin jiwang je. hihihi..


    ILA HONEYBUNNY :
    hahaha..tak nak ar hati tisu, nanti asyek nak nangis je..ila memang..hihihi..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.