Friday, July 15, 2011

Nikmat


Semua ni aku terfikir dengan mendalam pada 8 Julai lalu, tapi biasalah bila dah buat keje lain. Lupa nak tulis untuk peringatan kat MPS. Urmmm, sedar tak sedar, sebenarnya dalam hidup kita, banyak nikmat yang Allah telah berikan. Tapi kita [aku la tu], adakala mengeluh jugak. Biasa la, nama manusia mana mungkin akan sempurna. Iman pun akan turun naik macam pasaran saham. Bila melihat hakikat kehidupan [tengah siriyes ni, jadi harap korang faham], aku semakin bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah yang Allah kurniakan ni. Lagi senang nak ingat pasal lima ni, kalau kita nyanyikan ikut Raihan..

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Nikmat kesihatan : Alhamdulillah, pada hari ini Allah masih sayang dengan diri aku dan diberinya kembali kesihatan yang tak ternilai dengan wang ringgit. Sakit macam demam, selsema, jarang menyinggah. Bukankah itu salah satu nikmat yang besar? :) Memang sangat besar, dan apabila kita berfikir dengan lebih jauh, kita akan lebih sedar akan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita apabila kita jatuh sakit. Aku pernah baca/dengar, apabila Allah memberi kita ujian sakit Dia akan memberi ubatnya sekali. Apakah ubat itu? Cari la dengan mata hati :)

Pendek kata, apa yang Allah bagi memang tak terbayar dengan wang ringgit/harta berjutaan/emas atau apa pun kadar yang kita ada. 

Pesanan pada diri sendiri : Sentiasa lah bersyukur dan menjaga nikmat yang Allah berikan dengan sebaiknya, kerana apa yang kita ada pada hari ini, MUNGKIN kita tidak akan miliki lagi pada hari akan datang.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.