Thursday, August 18, 2011

18.08


Petang ni, saya akan menulis dengan lebih telus sedikit berbanding biasa. Sebelum persoalan 'habis tu sebelum ni??' terpop up di minda kamu semua, saya jelaskan dulu la ye [bajet ada orang terfikir macam ni, padahal mungkin takde pun. hi hi hi] 

Sebelum ni, ada yang saya baitkan dengan kata-kata double meaning, yang mungkin hanya saya yang faham. Sebab manusia yang bernama Aida ni agak tertutup untuk sesuatu hal. Contoh, saya tidak akan bercerita sebelum sesuatu itu sampai waktunya. Haa, macam tu la contohnya, dan adakala saya just bagi hint je. ngee~!

Ok lah, tak payah pening-pening, semua orang dah penat di petang hari nih kan? Berbalik pada entri yang bermakna sangat-sangat ni kan, ingin saya kongsikan pengalaman yang amat berharga yang Allah kurniakan kepada saya. Pengalaman ini tidak boleh dijual beli, harganya melebihi segala-galanya. Mana yang baik jadikan panduan kehidupan, mana yang kurang adalah kelemahan saya sendiri :)

Selepas kejadian tersebut [disertakan link untuk pemahaman], saya dapat rasakan, Allah sayang saya melebihi keluarga saya menyayangi saya. Allah masih sayangkan saya dengan memberi kehidupan kali kedua kepada saya, memanjangkan lagi nyawa saya untuk saya lebih menginsafi dan merenung kehidupan dengan lebih matang.

Memberi pengajaran yang sangat berguna. Memberi kekuatan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Memberi makna frasa kehidupan yang lebih meluas kepada saya. 

Allah memberi saya seribu satu dugaan, namun Allah menyediakan jalan yang luas untuk saya terokai untuk mencari satu formula kepada penyembuh dugaan tersebut. 

Allah memberi saya tangisan yang banyak, tapi Allah tidak pernah lupa untuk memberi saya senyuman dan ketawa dalam kehidupan. Dan saya sebenarnya takut jika Allah menarik balik nikmat-nikmat yang telah Dia kurniakan kepada saya.

Nikmat makan, minum, kegembiraan, menulis, menaip, berjalan, menangis, belajar untuk bersyukur dan macam-macam lagi nikmat yang terlalu banyak untuk saya tulis. Semuanya itu amat berharga kepada saya yang tidak punya apa-apa.

Ianya membuatkan saya melihat sesuatu itu dengan eagle view. Namun adakala saya juga seperti insan lain, alpa dan tergelincir dengan perasaan sendiri. Adakala eagle view menjadi kelam kelabu. Tak nampak pape. Saya tahu di mana kelemahan saya, dengan benda-benda kecik contohnya, adakal membuatkan saya hilang sabar. Namun apabila berdepan dengan benda-benda besar, kesabaran yang entah datang dari mana akan menemani saya. Sulit untuk menerangkan dengan jelas. he he he.

Bagi saya, mereka yang di uji dengan kehilangan ibu, bapa, adik beradik, suami atau sesiapa yang terdekat, akan memperolehi seribu kekuatan yang hanya mereka yang melaluinya sahaja yang faham dan mengerti dengan sesungguhnya.

Adakala berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bidalan ini amat sesuai. Dan bagi bahu yang memikulnya, perlulah memandang dari side yang positif. Kerana percayalah Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Tidak. 

[Saya mendapat satu ilmu baru yang mungkin dapat saya share dengan anugerah nanti. InsyaAllah. ngee!]

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan yang saya ada. Dengan kasih sayangNya yang tidak pernah lekang pada diri hamba-hambaNya. Berfikir la dengan mata hati.

Err, kalau selepas ni saya menulis dengan merapu, anggap la saya punyai kelemahan yang tersendiri :) 

Kerana saya bukannya sempurna dan kesempurnaan itu bukan hak milik manusia melainkan DIA.




18 Ramadan 1432H
18.08.2009 - 18.08.2011
Plat kereta : 8108

AL-FATIHAH - RAMADAN 1430H




1 comment:

Terima kasih atas pandangan.