Saturday, August 27, 2011

26 Ramadan 1432H


Hari ni dah pun 26 Ramadan. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik, makan tidur, dah sampai ke penghujung Ramadan. Renungi semula sepanjang di bulan yang penuh barakah ni, apa yang kita [eh aku lah] dapat. Jawapan ada pada diri sendiri. Hati selalu mengharapkan Ramadan kali ini adalah lebih baik berbanding Ramadan yang sebelumnya. Namun diri masih rapuh untuk berpaut kukuh pada paksinya.

Hari ini juga merupakan Jumaat yang terakhir pada bulan mulia ini. Urmmm. Malam ini juga, hujan membasahi bumi Allah, menyejukkan isi alam. Memberi nafas baru kepada hidupan dan ciptaan Allah yang lain.

Hari-hari terakhir Ramadan pada kita manusia biasa, yang mana imannya hanyalah senipis kulit bawang [nafsu sentiasa memerangkap hati manusia yang lalai] mungkin sekadar sama seperti hari-hari biasa yang lain. Setakat menahan lapar dan dahaga, namun yang lain diabaikan. Bila difikirkan, alangkah ruginya kan? 

Sedikit syahdu tulisan pada malam ini kerana..




Tadi, terdengar bacaan imam daripada Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kat dalam radio. Getaran suaranya menyentuh perasaan. Kerdil bukan bila dibandingkan dengannya? Alunan suara imam itu yang bercampur sebak menghiasi ruang kereta. Ah, bukan senang seorang adam mengeluarkan airmata, meluah kesyahduan diri mereka. Sesiapa pun yang mendengar bacaan tu tadi, samada live atau tidak, tentu akan gugur jua mutiara putih. Manis bukan apabila mengetahui dan memahami pengertian Ramadan dengan sepenuh jiwa. Si pendengar pula, hanya mampu mengagumi, hanya mampu berfikir, hanya mampu merenung diri yang masih banyak lompang-lompong kekurangan. 

Ramadan dirindui oleh warga-warga akhir usia. Kerana mereka lebih faham dan sedar tentang rahmat umur yang diberikan kepada mereka [pendapat sendiri]. Mereka telah melalui seribu satu rencah kehidupan. Dan pada akhirnya, mereka sedar dan faham dengan sebenar faham. Kematian dengan mereka adalah dekat [berdasarkan ayat-ayat yang pernah mak si pemikir luahkan satu ketika dulu]

'Kita tidak tahu, sempat atau tidak menemui Ramadan pada tahun hadapan'.

Namun perlu diingat, Ramadan juga dirindui oleh mereka-mereka yang diberi rasa oleh Allah, tidak mengira usia. Rasa dan nikmat yang hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.

Si pemikir pula, hanya mampu berfikir lagi dan lagi dan masih berharap agar diri menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Untuk berubah memerlukan satu semangat yang kuat, bukan setakat pada tulisan, bukan setakat ucapan manis bibir, bukan setakat pada fikiran, bukan setakat di angin lalu. 

Oh, semangat, kekuatan dan azam, tolonglah datang kepadaku.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.