Saturday, August 6, 2011

Allah Tahu Hati Kita

Macam mana ek nak mulakan taipan ni ek? Sebenarnya, dah lama nak taip kat dalam ni pasal ni. Patutnya minggu lepas dah tulis, tapi asyik tertangguh je. Malam ni rasanya, saya perlu taip untuk peringatan walau saya dah tahu akan hal ini, tapi Allah nak remind saya lagi pasal hal ni. 

1. Oleh itu jagalah peribadi. Peliharalah agama, Jangan rosakkan silaturahim. [TERbaca dalam Sinar Harian 28 Julai 2011, tulisan Sri Diah. Tulisan dia memang best!]
2. Don't : Tidak berusaha menjaga hubungan baik sesama manusia malah sehingga memutuskan silaturahim. [TERbaca dalam majalah Solusi 2 minggu lepas kalau tak silap. hu hu hu]
3. Silaturahim sesama Islam tidak akan terputus. Ia kekal hingga ke akhir hayat, sama seperti silaturahim antara kita. [baca pasal Nasha Aziz dalam Kosmo minggu ni kot, tup-tup ada quote ni]
4. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. [baru je tadi TERbaca kat note Wardina Saffiyah, sebab tu la saya rasa, saya perlu taip pasal hal ni]

Nampak kan? Semuanya pasal silaturahim. Dan semuanya saya TERbaca dalam jangkamasa yang terdekat. Kira-kira dalam 2/3 minggu kebelakangan ni. 

Saya bukannya seorang yang mudah untuk memutuskan silaturahim dengan sesiapa sahaja, melainkan dia melakukan sesuatu yang tak dapat saya terima [yang jahat-jahat la maksud saya]. Saya akan menjauhi, menjauhi kerana ianya tidak baik untuk diri saya. Menjauhi dan tiada dendam di hati. Bagi saya, apa yang kamu lakukan, itu adalah hak kamu. Balasan Allah itu tetap ada, cuma kita tak tahu bila balasan itu akan hadir.

Dan bagi saya, SEJAHAT mana pun seseorang itu, apabila Allah mengkehendaki, DIA boleh memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang DIA mahu. Mungkin dia akan menjadi orang yang lebih baik berbanding kita. Kita tak tahu kan? Sebab itu lah, kita memang tidak layak untuk menghukum seseorang itu walaupun dia jahat kepada kita, kerana Allah lebih berhak [slang Terengganu :) ]. Namun perasaan geram dan marah [banyak atau tidak] tak dinafikan akan terbit jugak kat hati kita.

Dan jikalau seorang itu BAIK sekalipun, Allah boleh membolak balikkan hati mereka. Sebab itu lah, kita tidak boleh berasa riak, atau apapun dengan apa yang kita ada. Kerana semuanya itu adalah hak Allah. Sentiasa la berdoa semoga Allah memberi rahmat setiap perbuatan baik yang kita lakukan dan semoga pengakhirannya juga adalah yang baik. InsyaAllah.

Eh, macam tersasar je kan? Penulisan ini adalah secara umum dan terpop up je kat minda dan jemari. Jadi ini lah dia entri malam ni :) [mesti korang tak faham maksud tersirat entri ni kan? 0_o]

Urmm, sebenarnya saya dah tahu dan ada jawapan pasal silaturahim, tapi Allah nak kukuhkan lagi ketahuan dan jawapan saya dengan ke empat-empat yang di atas :) 

[Allah tahu hati kita]





4 comments:

  1. Allah mengetahui isi hatimu :)

    Yup, jangan sampai memutuskan silaturrahim. Tapi kita boleh menjauhi andainya ia bakal merosakkan kita. Lagipun kita amat digalakkan menjalinkan silaturrahim dengan orang baik-baik :)

    ReplyDelete
  2. hu3,tetibe teringat pulak housemate lame.entah mane silapnye,tibe2 die masam muke then terus xtegur.smpai hari nih kitorg bawak haluan masing2.da xpnah tegur sapa.sedey!hu3

    ReplyDelete
  3. sedih pula terbaca ni..ada kisah2 duka berlaku baru-baru ni...hurm

    ReplyDelete
  4. SAFFIYAH :
    Allah sangat2 mengetahui.. :)



    ALEEN AIDEN :
    takpe, nanti kalau aleen jumpe balik dengan kawan tu, sapa macam biasa. lupakan yang lama, sentiasa bersangka baik.

    mungkin kita ada buat silap, dan dia mungkin tak sampai hati nak kasi tau apa silap kita..mungkin la, tak tahu la betul ke tak, tapi jangan simpan dendam :)



    SOLEHAH :
    dear, hugs!

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.