Friday, August 12, 2011

Arang Batu

Saya tak minat kucing. Sayang kucing jauh sekali. Tapi kalau setakat amik gambar kucing, urmm. Ok je. Janji kucing tu comey, bersih. Yang macam berpenyakit, saya agak geli. Bukan tak pandang langsung pada kucing yang sebegitu, pandang. Cumanya akan pandang dengan pandangan sekilas. Zaaaasss! gitu. Tapi biasanya tertakluk kepada keadaan semasa lah.

Nak buat macam mana, dalam jiwa saya tiada sifat kasih sayang kekucingan. Jadi saya terima. Kalau nak tahu, adik 3 dan adik 4, dan juga ayah saya, sangat sukakan kucing. Tapi tak delah sampai mandikan kucing, sikat bulu kucing. Eee, tak sampai ke tahap tu lagi lah. Orang cakap, sapa yang minat atau suka bela kucing, diri dia penuh dengan kasih sayang. Seorang yang penyayang. Kagum saya.

Baru-baru ni, kucing yang telah tinggal secara tetap dan boleh dikatakan telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami, telah pun selamat melahirkan anak untuk kali ke beberapa puluh kali. Entah, saya dah tak terkira berapa kali dia beranak. Sebabnya, pada tahun 2011 saja kan, dia dah beranak dua atau 3 kali kot. 

Yang terkini adalah anak dia sepertimana rajah di bawah. Mohon pandang pada rajah ye.




Ni anak dia yang ke 4 kot. Itu hari dia lahirkan empat anak. Salah sekor anak dia, yang ni kan, sangattttttttt laaahhh menyakitkan hati saya. 

Antara jenis kesalahan yang telah dia buat.

1. Saje je dia menggantungkan diri dia pada kain langsir bilik kat umah saya, hangin giler
2. Datang gesel-gesel kat kaki saya. Weyy! tolong lah, jangan buat manja camtu. Tak suke!
3. Macam-macam lagi lah. 

Akibat geram, saya buat pertama kalinya dalam hidup saya telah menamakan kucing yang sekor ni, dengan nama ARANG BATU. 

Adik 4 dan kakak ipar saya gelak bila dengar nama kucing tu. Saya pun tak tahu camana saya boleh dapat nama tu. Spontan je. Sebab geram sangat kat dia nih. Ah, mungkin sebab dia hitam kot.

Ada satu hari tu kan, malam, jadi saya nak tutup pintu umah saya. Malam gelap, jadi saya tak perasan arang batu ni. Yelah warna dia kan agak black sikit. hi hi hi. Masa nak tutup pintu tu kan, terbunyi 'Iyeeeekkkk'. Terkejut gak bila dengar bunyi macam tu. Bila saya pandang bawah, nampak arang batu. Rupanya kepala dia tersepit kat pintu yang saya nak tutup tu. Cepat-cepat saya bukakan pintu tu balik. Kesian kat dia. Saya tak sengaja. Saya dengan ikhlas hati terus ucapkan dan mohon maaf banyak-banyak kat dia. Saya betul-betul tak sengaja. Walaupun saya tak suka kucing, saya tak sampai hati nak aniaya haiwan nih. 

Selang beberapa hari kemudian. Seminggu kot, adik 4 saya tanyakan saya. Mana arang batu? Eh, saya baru terperasan akan ketiadaan dia. Saya cakap tak tahu. Time tu barulah terasa macam nak tengok dia. Adik 4 saya cakap mungkin dah mati kene makan dek ayah dia. Bab-bab mati nih, saya tak heran sangat. Sebab adik-beradik arang batu ni kan, semuanya mati awal. Ada yang mati mengejut. Ada yang mati kene makan oleh ayah mereka. Kejam giler si ayah. Sanggup makan anak sendiri. Weekk! 

Sebenarnya saya berharap juga arang batu ni balik semula kat umah. Tapi selang sehari, selang dua hari. Saya dah tak berharap dah. Tu lah satu-satunya kucing yang sempat saya namakan dengan nama yang comey [perasan, ah! saya memang suka perasan bila cakap dengan adik saya. saje bagi dia hangin! hi hi hi]

UNTUK ARANG BATU

Semoga kamu tenang di mana pun kamu berada, samada hidup atau pun telah tiada.



5 comments:

  1. kesiannya kat arang batu tu..kepala tersepit...huawwaw

    adik ila lak kucing itam cmne..pgl kicap..ehheh

    ReplyDelete
  2. sedihnyaaaa cian arang batu...baru tahu aida tak suka kucim, i likeee kucims...

    semoga AB tenang walau di mana dia berada

    ReplyDelete
  3. Akak ni pula masa kecil teramat suka kucing smpai angkut kucing jalanan.. lebih 10 ekor kat rumah dulu. smpai akak kena gelar si miau! Tapi dah berkeluarga ni hubby pula jenis x minat kucing.. adalah seekor kat umah tu. dari kecik smpai dah tua bangka nyanyuk akak still take care kat dia..

    naman Arang batu tu special btul la haha

    ReplyDelete
  4. semoga arang batu akan damai walau di mana berada..aida,dilla suka je binatang,tetapi kucing,dilla ade pengalaman ngeri sikit..so xnak dekat dengan kucing,supaya tiada yang terkorban..huhuhu....

    ReplyDelete
  5. ILA HONEYBUNNY :
    memang kesian + terkejut. cepat2 dia lari lepas tu. bersalah sungguh!

    *hahha..kicap masin or kicap manis?


    HANIS MY :
    nggak berapa suke kucin. tak tahu la nape. kesian kan kat dia, tp nak buat camna..


    MAMA SHINTA MUSRAIKA :
    hahahha..dah nyanyuk ke? ntah bape umur kucin tu ek? wah! ini fanatik punye kecintaan pd kucin nih.

    *macam kejam la pulak bagi nama tu..huhuhu


    UMMI_KHALISH :
    oo bahye ni, mesti kucin tu akan melayang. hahhaa.. macam cite kartun..kikiki..

    kdg2 pengalaman ngeri tu la buatkan seseorang tu fobia kan?

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.