Wednesday, August 17, 2011

Cuti Nuzul Al-Quran

Mulanya nak ucap selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadan. Peristiwa ayat pertama Al-Quran diturunkan, secara sedikit-sedikit sehinggalah lengkap [kalau silap tolong betulkan]. 

Sepertimana tajuk kat atas, hari ni hari cuti,  Dengan adanya cuti ni bolehlah merewang ke pusat bandar. Pagi-pagi dah keluar. Semangat macam asap berkepul-kepul kat udara.

1. Pergi hantar biskut raya yang dikirim kawan. Mengidam semperit. Eh, lama sungguh tak jumpa dengan kamu. Comey, tak sabar nak tunggu baby di bulan September nanti. 

2. Jalan sesak giler kat bandar Kuala Terengganu, terasa nak naik motorsikal je. Senang boleh celah-cilok

3. Tak patut saya jadi mam besar di tepi, mak baby yang bawak kete. hi hi hi.

4. Cuaca sekarang sangatlah manis. Terik sangat. Tapi Alhamdulillah [kalau hujan cakap hujan, kalau panas cakap panas, tak pernah puas]

5. Gilerr payah nak cari parking. Pusing-pusing tapi tak jumpa jugak. Last, buat parking haram. hi hi hi. Nasib baik tak kena saman. huk~!

6. Pergi beli kain konon nak buat raya. Jumpa jugak dengan kaler yang diidamkan. Yang ni last minute punye idea dan keinginan. Warna yang nak dipakai masa 1st day raya, urrmmmm.. mungkin tak jadi kenyataan kot. Jadinya mungkin akan gunakan baju sedia ada. Cukuplah dengan apa yang ada.

7. Dah berhari-hari duk dengar lagu ni. Kat office ke, kat umah ke, asyik putar yang sama. Sedap. Syahdu je. Susah nak cakap dengan tulisan, kene rasa sendiri. Eceh! Adik 4 cakap dia dah naik muak duk dengar lagu ni. Akak ipar cakap, dah start suke kat satu lagu tu, urmm.. memang akan pasang lagu tu sampai boleh hafal lirik. he he he.

Jom ar pakat dengar sama-sama. BESTTT~!!!!




Law Kana Baynana

Sebenarnya dah lama cari lagu ni, baru jumpe minggu lepas kalau tak silap. Lagu ni untuk program kat Al-Hijrah 0_o



4 comments:

  1. bab cari parking tu xsuka kalau hari minggu n cuti kan.susah betul nak cri parking...hehe..

    jap nak layan lagu neh...;-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kat tempat alin ari2 ujan.ari2 mendung.kalau tido memang sedak.heee

    ReplyDelete
  3. tiba2 nk mengidam semperit jugak boleh..heeeee

    ReplyDelete
  4. ILA HONEYBUNNY :
    memang. kadang2 boleh hilang sabar.

    *layannnn :)


    ALEEN AIDEN :
    memang sedak ar kalau boleh titon. huk! latihan untuk mata lebih cergas.


    ANOM :
    hahaha.. semperit best. tapi susah nak dapat yang best kan?

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.