Wednesday, August 24, 2011

Ramadan Terakhir

Tadi baca suratkabar. Baca Metro dan juga Sinar Harian. Sedih giler. Membaca sambil mata bergenang dengan ayaq mata. 


Tengah menaip ni pun mata berubah menjadi panas. Sedih, nak-nak bilamana ada gambar mangsa yang tertimbus dengan pasir macam tu. Mulanya terfikir jugak, boleh ke letak gambar mangsa ni. Namun sebagai pengajaran kepada diri sendiri, muhasabah diri, aku rasa boleh la kot.

Menurut Metro tadi kan, mangsa ni nak alihkan papan yang menutup konkrit. Lebih kurang macam tu la, dah lepas alih semua konkrit tu runtuh ke atas mangsa. Kalau nak tahu cerita selanjutnya mungkin korang boleh bukak Metro Online.

Aku nak tulis berdasarkan pendapat aku.

Bila tengok dan baca ayat dalam Metro dan melihat sendiri gambar mangsa macam tu. Memang sedih. Aku terfikir, dengan niat murni pakcik ni, pergi mencari sesuap nasi, mencari rezki untuk keluarga. Namun hanya dia yang tahu apa yang ada di dalam hatinya.

Biasanya mereka yang akan meninggal sudah tahu waktu mereka akan pergi. Namun tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Bila lihat macam ni, aku selalu terfikir, mungkin Allah dah ambik nyawa dia sebelum tu. Dengan kopiah yang masih melekat di atas kepala, menunjukkan betapa besarnya kebesaran Allah. Mungkin dengan amal ibadat pakcik ni, Allah akan merahmatiNya di dunia dan di akhirat.

Ini Ramadan terakhir beliau.

Teringat kat arwah mak aku dulu kan, masa dia kemalangan. Muka mak aku dah tertutup dengan tudung yang dipakainya. Seolah-olah macam ada orang tutup wajahnya. Subhanallah.

Tapi aku yakin, semuanya tu terjadi sebab Allah nak tunjukkan, apabila kita menitikberatkan penutupan aurat. InsyaAllah Allah akan melindungi diri kita, jauh dari aib. Dan Allah akan melindungi aurat kita [muhasabah lagi].

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua muslimin dan muslimat yang telah pulang ke rahmatullah. Semoga Allah jauhkan dari azab api neraka. Amin.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.