Saturday, September 3, 2011

5 Syawal

Tak tahu nak buat apa. Bosan giler. Bukak you tube layan lagu putri, best! Comey pulak bebudak ni.

Layan plak lagu cinta muka buku, tapi sekerat je. Line slow, orang cakap lagu ni pames. Urmm, boleh la kot. Tapi aku tak dengar habis pun lagu ni.  Macam pernah dengar, macam tak pernah dengar. Entah, ketinggalan sikit bab-bab lagu nih. Sebab dah lama tak layan radio laguan. Dengar pulak lagu aishiteru, urmm.. dinyanyikan oleh najwa latif. Tak tahu nak cakap sedap ke tak dia nyanyi, tapi lagi sedap nyanyian Zivilia sendiri dan lagi sedap budak-budak jalanan masa kat Bandung nyanyi itu hari. Sorry, ikhlas pulak bagi komen.

Esok dah start keje. Malas yaa ampunnnnnnnnnnn~!!!! [kalau budak-budak opis baca abis la tahu yang aku memang malas nak datang keje esok. hi hi hi]

Tapi masih banyak keje dan benda yang kena belajar dan belajar dan belajar dan belajar lagi. Belajar sampai pandai dan faham. Sampai boleh berdikari sendiri. Urmmm. Kadang-kadang bengap jugak nak faham apa yang di ajar. Nasib baik cikgu aku tu, sabar. Ajar satu, satu, satu dan satu lagi. Dia tanya 'faham tak?' Aku jawab 'tak..' sambil sengih malu besar beb! Kenapa la bengap mentega sangat aku nak faham. Mungkin lepas ni, kene bajet beli kismis, makanan minda, bagi asah sikit minda tu. Kasi tajam. Kasi pick up sikit.

Ok la kene chooowwww dulu, dah nak keluar pegi open house. Dia tak kasi bebel lelebih ar nih. ha ha ha. Tak sempat nak tunjuk bakat membebel. hik hik hik. 

Lenkali ye.. lenkali....

Daaaaaa..


1 comment:

Terima kasih atas pandangan.