Friday, September 9, 2011

Air Kelapa

Beberapa ketika sebelum Ramadan. Bapaknda ada ke pasar malam. Saja suka-suka dia pergi mengambil angin. Bosan agaknya.

Tengah-tengah basuh pinggan kat dapur. Dengar bapaknda panggil nama.

Melalui pintu nako dapur, bapaknda hulurkan air kelapa. 

Pergi ke pasar malam belikan aku air kelapa. hu hu hu. 

Bila ditanyakan beli air je ke?

Bapaknda sengih je. Dia cakap a'aa.

Rasanya dia tak tahu nak beli apa untuk diri dia agaknya, lalu dibelikan air kelapa untuk aku. Air wajib aku kalau ke pasar malam.

Saje tulis pasal ni, sebab realitinya lagi dramatik, terkesan kat hati. Yelah dah besar-besar macam ni ayah masih belikan air untuk diri sendiri.

Terasa dah lama tak borak-borak panjang dengan bapaknda. Kadangkala masing-masing sibuk melayan diri sendiri, sibuk berbicara dengan diri sendiri.

Nanti-nanti la sembang panjang. 


2 comments:

  1. Teringat kat ayah kat kampung.. sihat ke dia?

    ReplyDelete
  2. MAMA SHINTA MUSRAIKA :
    kena tel tanya khabar dia..hope sihat sentiasa..amin

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.