Wednesday, September 7, 2011

Alif Kecil

Sebelum membaca, diingatkan bahawasanya, penulisan di bawah tajuk Alif Kecil ini adalah penulisan yang  berambang sekali [dalam bahasa ganu], di dalam bahasa standard pula ia membawa maksud sesuka hati. Yang mana aku rasa nak tulis, aku akan tulis. 

Raya ni kan, takde sorang budak pun datang rumah. TERKEJUT gak. Hairan tapi dalam hati je la duk main fikir-fikir pasal hal ni. Memang langsung tak best. Sebab kalau raya, budak-budak la yang paling melebih-lebih. Dalam baju raya sampai laa mengira duit raya. Saje je nak menunjuk, tau la zaman aku mengira duit raya dah lama berlalu di telan zaman. 

Eh sambung balik. Kat mana tadi eh? Ha..budak-budak kampung langsung tak datang. Yang datang dengan mak ayah tu ada la. Tapi bukan budak kampung. Dulu kan, budak-budak kat kampung aku, masa budak-budak ni masih kecik-kecik lagi kan, rumah aku akan penuh dengan bebudak. Happening giler. Time tu anak buah takde lagi. Eh dah ada rasanya. Tapi seorang dua je, plus kecik lagi. Masih baby. Kwek kwek lagi nangisnya.

Sekarang, bebudak mana nak jalan-jalan raya rumah jiran dah. Biasanya mereka lagi suka beraya dengan family. Kalau mak ayah ajak pergi umah jiran, barulah nampak muka. 'eh eh dah besar dah'. Biasa la kalau dengar dialog macam nih. Kadang-kadang tak tahu anak jiran dah berapa. hu hu hu. 

Orang zaman sekarang, pergi keje gelap, balik keje pun gelap. Mana nak tahu perkembangan jiran-jiran. Ini aku yang duk kat kampung. Dah ada unsur-unsur macam engkau-engkau, aku-aku. Walaupun hanya 25% tapi terasa la jugak. Tak best sangattttt! Sirius. Tapi kalau nak harapkan kita tetiba pergi umah jiran, urmmm.. mungkin tak kot. Segan la, lain la kalau pergi dengan family [tadi aku ada tulis ayat sama maksud macam ni, ha cari la kat perenggan mana]. he he he.

Memang zaman dah banyak berubah. Manusia jugak berubah. 

Ok ke topik lain pulak.

Masa bulan Ramadan itu hari kan. Terdengar satu lagu ni kat dalam radio. BEST sangat-sangat. Masa tu tengah drive, jadi gunakan perkhidmatan handphone untuk merakam lagu tu. Dulu kalau ada lagu best, mesti kelam kabut pergi cari pen dan kertas. Gigih dan bersemangat salin lirik lagu dalam buku latihan. Siap standby kaset kosong, siap record lagi lagu yang tengah dimainkan kat dalam radio. Lepas tu play and rewind semata-mata nak amik lirik. ha ha ha. Gigih tak bertempat. Sekarang keje dah jadi senang la sikit. Ingat sikit-sikit lirik, lepas tu google je kat alam maya ni. Tentu jumpa.

Nak dijadikan cerita, lagu yang aku record tu kan, tak berapa nak clear. Ye lah, tengah drive, bising. Kung kang kung kang. Dah la tak sampai seminit record nya. Malam tadi, bukak balik lagu tu, cari dengan gigih. Play, pause. Tulis kat google lirik yang dengar tak dengar tu.

Masa cari tu kan, dah nampak nama Alif Kecil. Tapi aku buat dono je. Yelah, tak kan lah tajuk lagu Alif Kecil kot. hik hik hik. Haa, rendahkan lagi tajuk lagu tu. 

Aku cari lagi dan lagi. Last aku klik jugak pada Alif Kecil tu. Tengok lirik. Urmm,try je la. Cari pulak kat you tube. Type video Alif Kecil. Bila dah jumpa, apa lagi. Terus je play. 

Ehhh Ehhh! betul la lagu ni. ha ha ha. Terasa nak belanja diri sendiri makan best-best sebab berjaya temui lagu yang best ni.

Cuba korang tekan play, pastu replay lagi pada lagu ni. Tapi kan, kalau jiwa korang berbeza dengan aku. Lagu ni mungkin bukan lagu yang sesuai. Mungkin nggak cocok dengan kamu.

Bagi aku, lagu ni sangat menarik melodinya. Sangat lembut dan memberi kita satu keinsafan. Dalam kita asyik duk mengomen itu ini, tak cukup itu ini, masih ramai lagi mereka yang kat luar sana yang tak bernasib baik.

Lagu ni mengingatkan aku pada masa kami kecik-kecik dulu. Kami bukan datang dari keluarga yang senang. Tapi berkat usaha doa mak ayah, Alhamdulillah semua dah membesar dengan baik. Walaupun takde la dapat keje meletup-letop, tapi boleh la untuk hidup. Dulu kan, kalau susah, takde la sampai melarat, sampai tak sambung sekolah. Sampai anak-anak bersepah-sepah ikut anasir-anasir negatif. Sebab dulu, pengaruh tak seteruk sekarang. Sekarang, kalau ponteng sekolah, mesti pergi hisap rokok la apa la, atau lepak buat benda-benda tak mendatangkan faedah [tak semua tau]. Kami dulu, kalau ponteng sekolah, setakat duduk kat bawah pokok kat dalam kampung je. ha ha ha. Bukan aku, tapi abang 2 aku.

Aku lahir pada tahun 80 an. Sempat merasa susah, sempat melihat perbezaan dulu dan sekarang. Sempat mengambil pengalaman dari masa lalu. Seronok sangat zaman dulu tau. 




Kalau berani tengok dan dengar ar lagu ni. ha ha ha. Memang aku nak sangat korang dengar lagu ni, dengar la eh. Kalau tengok dalam video ni kan, budak pompuan baju merah tu macam aku kecik-kecik. Comot dukung adik-adik yang ramai. 4 orang tau, dah la semua lelaki :)

Tadi kat office, seharian duk dengar lagu ni. Lepas tu sempat donlod lagu ni, dan dah selamat save kat dalam pendrive. Balik keje tadi, dengar lagu ni kat dalam kete. Pasang KUAT-KUAT kat dalam kete. Best! Ah sudah, Alif Kecil melanda diriku :)

Bila di atas, jangan lupa mendongak ke bawah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Semua yang kita ada ni, bukan hak milik kekal kita. Ianya hak milik kekal DIA.



2 comments:

  1. betul..bersyukur la dgn ape yg ade...sape la kite kat dunia ni..:)

    ReplyDelete
  2. IEDCHAN :

    betul tu..kena banyak bersyukur :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.