Friday, September 2, 2011

HambaMu


Bila dah banyak masa senggang. Masa melepak kat belog memang akan bertukar menjadi tempat lepak yang paling best. Baru je siap bersihkan ayam, konon nak buat bbq malam ni. Hari tu dah buat, tapi tak berapa nak puas hati. Ayam buruk dah bertukar jadi busuk. hu hu hu. Ni la kes bilamana ayam tak dibersihkan siap-siap lepas tu simpan pulak dalam balang ais macam tu je. Memang busuk giler la bau ayam tu, tapi ada jugak yang masih boleh dimakan. 

BBQ kali kedua ni, ekoran abang sulung yang beria nak buat [ganti yang tak jadi itu hari]. Kami adik-adik tolong apa yang patut. Adik 4 yang tolong buatkan bahan-bahan rempah untuk perap ayam tu. Aku bukan reti bab-bab rempah ratus macam ni.

Yang paling kelakar tadi, bila adik 4 sampai umah, aku mintak dia buatkan bahan-bahan untuk ayam. Dia tanya ada beli rempah ke? Aku jawab 'abang dah beli siap-siap dah'.

Bila dia tengok rempah ratus kat dalam plastik tu kan. Ayat kelakar bikin aku senyum sorang-sorang masa bersihkan ayam.

'Astagfirullahalazim. Abang beli rempah nape nih?' dengan serius sambil belek semua rempah-rempah tu. Padahal tadi, aku terus je simpan rempah tu semua atas rak pinggan, takde nya nak belek, nak tengok betul or silap ke [mati la kalau akak ipar sulung baca entri nih]. hik hik hik. Aku tanya ar dia, kenapa salah ke? Dia jawab, ada yang betul, ada yang salah. 2 betul 3 lagi salah. ha ha ha. Jangan memain wey, adik 4 aku ni terer la sikit bab-bab nak buat bahan-bahan perap ayam bakar, sate berbanding kami ni ha. Yang tau makan je. hu hu hu. Kalau aku nak beli rempah ratus [kalau nak buat satay atau apa ke], kadang-kadang tanya dia, rempah apa yang patut dibeli. he he he.

Tengok, ni la kelemahan aku. Sokmo nak bebel-bebel benda yang takde kaitan dengan tajuk. Sebenarnya nak share satu video lagu yang best. Walaupun tak minat pada dua adam nih, tapi lirik lagu ni sangat sangat best. Maknanya sangat mendalam. Dan aku macam biasa, kaitkan lirik ni dengan life diri sendiri. Banyak motivasi yang boleh kita ambil daripada lagu ni [sejak dah pandai hayati lirik ni kan, dah rasa bermakna dengar lagu. eces!]

Lagu ni lagu tema untuk Imam Muda. 



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

*********


2 comments:

  1. bestnyaaa bbq... babe... selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  2. agak best lah jugak, tp rempah dia tak berapa nak umpph pulak malam td..hehehhe..

    *selamat hari raya maaf zahir dan batin jugak u :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.