Tuesday, September 13, 2011

Kembali KepadaNya

Maaf sebab dah lama tak update belog. Pada pembaca setia, terima kasih. Pada pengunjung yang TERklik MPS ni pun, saya ucapkan terima kasih jugak.

Minggu ni adalah minggu yang agak sibuk. Sibuk dengan kerja di pejabat. Sibuk dengan diri sendiri. Dan faktor yang menjadi punca saya berdiam diri adalah kerana tak reti nak manage masa kot. Tak tahu la bila boleh pandai nak, jam 6pm - buat A, jam 9pm - buat B, jam 11pm - buat C. Dah hilang skill nak buat macam tu, masa study dulu mak aihh, kemain la reti. Tapi takpelah, syukur ajelah dengan kehidupan yang ada. InsyaAllah akan kembali normal. Cuma semangat kene kuat. Sangat kena kuat.

Malam tadi kan, masa dah siap-siap nak zzzz. Adik 4 balik rumah bagitau satu berita sedih. Orang kampung meninggal. Sebenarnya, dia ada pertalian dengan kami. Macam sepupu atau dua pupu macam tu la. Umurnya adalah dalam lingkungan akhir 50 an kot, atau 50 an macam tu.

Masa raya baru-baru ni, kami adik beradik ramai-ramai dah pergi melawat dia. Sebab adik 4 cakap, arwah ada masa sebulan je untuk hidup. Memang terkejut giler kami mendengarnya. Hari tu sebelum raya kami dah pergi jugak. Tapi masa tu, dia masih sihat walaupun kaki dia bengkak sikit. 

Masa hari raya tu kan, dia dan anak-anak ada bagitahu doktor cakap mak dorang ni ada masa sebulan aje untuk hidup. Paling lama la tu, kalau paling singkat seminggu. Herrrkk! Sapa yang tak terkejut kan? Kami sekeluarga bagi pendapat masing-masing. Macam tak logik ar doktor cakap macam tu. Entah, tak tahu la nak cakap macam mana.

Yang sedih kan, arwah ada cakap dengan aku [masa tu kami borak-borak masa datang time raya tu la] Dia cakap mak aku meninggal, tapi anak-anak dah besar. Dah takde yang masih sekolah. Yang paling kecik adik 4 aku. Itu pun dah umur 23 tahun dah. Anak-anak mak aku pun ramai, anak-anak dia pun ramai. 

Kalau dia pulak, anak-anak masih kecil. Macam mana la nanti kalau dia takde. Masa ni kami cakaplah yang doktor boleh cakap apa sahaja. Yang pasti Allah lebih mengetahui. Kami sebenarnya, percaya tak percaya yang doktor cakap dia ada masa sebulan je untuk hidup. Doktor cakap dia ada kanser peringkat 4 kot kalau tak silap. Tak percaya sebab kami tengok dia sihat. Doktor nak buatkan kimo tapi anak-anak dia tak bagi.

Arwah ni kalau kita tengok, macam orang demam je. Tak nampak berat sangatlah dia punye sakit. Cuma badan dia je sedikit susut. Arwah rapat dengan arwah mak aku, sebab masing-masing anak ramai. Jadi macam-macam benda yang disembangkan.

Lepas tahu je berita kematian arwah, aku dan mak cik aku terus pergi ke rumah dia malam tadi. Dia meninggal adalah kira-kira jam 10 malam ke atas kot. 

Sampai umah dia, orang dah ramai. Masa tu, tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni. Tergambar lagi raut wajah dia, percakapan dia. Kata-kata dia pada aku masa petang raya tu.

Sedih melihat anak dia yang kecil yang ke sana ke mari tak tahu pape pasal kematian. Anak dia yang kecil down syndrome. Dah darjah 4 dah, tapi ye la kan. Urmmm, sedih tapi air mata tak ada untuk mengalir. 

Petang tadi kot jenazah dikebumikan. Aku tak pergi dah menziarah, sebab kerja. 

Yang pasti, kita susah, ada lagi yang laaaaaagiii susah dari kita. Sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada.

Info :
1. Adik 4 yang jadi sampaikan berita sebab dia biasa lepak kat rumah arwah. Dorang geng lepak malam-malam kat rumah arwah

2. Adik 4 pernah cakap kat anak-anak dorang ni [yang lelaki je la], 'aku dah rasa macam mana keadaan bila kita takde mak, korang tahu la nanti kalau takde mak macam mana' [percakapan ni disampaikan oleh siapa ntah kat aku, aku lupa. masa ni arwah masih sihat dan tak sakit pape lagi]

Yang hidup pasti akan pulang kepadaNya. 

Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah kepada mereka yang telah pulang ke rahmatullah.

Al-Fatihah.


2 comments:

  1. Akak pula yg rasa sedih.... agaknya mlm2 ni memang mudah sangat ter'emo'

    ReplyDelete
  2. MAMA SHINTA MUSRAIKA :
    malam2 feeling dia lain sikit kot. heheheh..

    *jangan sedih2 tau :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.