Saturday, September 17, 2011

Kenangan

Tadi masa buat kerja kat pejabat, teringat kat satu kenangan ni.

Dulu masa kecik-kecik, ala masa masih sekolah rendah. Mak ayah aku ada bahasa rahsia tau. ha ha ha. Bila teringat memang terasa nak gelak. Contoh dalam percakapan dorang, ada benda mungkin sulit la kot, ye la time tu mana nak reti kan. Cuma boleh agak la percakapan tu rahsia bila mana sedang dia bersembang dengan ayah aku, "itu kan, bla bla bla.." tup tup terus masuk ke dalam bahasa jawi.. "ala.. cth: alif ya mim" Kita yang terdengar ni, terus je. Apa ye alif ya mim tu?? Dulu tak teror jawi. Boleh ar mak ayah buat bahasa rahsia macam tu. Sekarang dah tak boleh pakai dah. Dah boleh tahu makna dia :)  Macam sweet je ada bahasa rahsia kan?

Masuk pulak kenangan nombor 2. he he he. Aci tak??

Malam tadi pergi tahlil, lepas tu ternampak sorang budak perempuan ni. Dah besar dah, dulu kecik lagi. Ada la dalam umur 5/6/7 tahun kot. Sekarang mungkin dah dalam form 1/2 cam gitu la. Tak sure. Bila tengok muka dia, rasa nak gelak. Sebab dulu kan, masa bulan Ramadan, umah mak cik aku ada jual air batu kosong [dulu tak banyak rumah kat kampung aku ada peti ais]. Budak perempuan ni biasa datang beli dengan adik laki dia. Yang kelakar, bila tanya kat adik dia, nak beli apa? Adik dia jawab nak beli 'battu'. ha ha ha. Sebutan dia kelakar giler. Dia tak reti kot nak sebut 'nak beli air batu'. Adik 3 aku sampai sekarang suka sangat ajuk.. 'nak beli battu satu'. ha ha ha. Hanya adik 3 je yang pandai mengajuk percakapan budak tu.

Ada lagi tau, adik perempuan ni kan .. [macam tak baik je nak cite, tapi takpelah. Sebab saje je nak share. EEE JAHAT!!!! ngeee!] kepala besar sikit [tapi sebenarnya normal je].

Adik-adik lelaki aku ni jahat jugak kenkadang nya. Suka sangat mengusik budak-budak. Dorang tanya pada budak perempuan ni 'kenapa kepala adik awak besar'. Budak perempuan tu jawab 'sebab otak dia banyak'. ha ha ha.

Siyes!! Memang kenangan ni memang boleh buat gelak kaw-kaw punye. 

Sampai sekarang kalau kami duduk lepak ramai-ramai, ada la jugak sekali sekala keluar cite pasal budak ni. Kelakar giler.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.