Friday, September 2, 2011

Salam Eid Mubarak 1432H


Dah masuk Syawal ke 4, baru la berpeluang nak menulis dengan sesuka hati kat dalam nih. Kalau jenguk pada belog kenkawan yang lain, semua dah ucap salam lebaran sesiap. Aku punya speed agak sloww. 



Makluman : gambar saje je digedabakkan untuk kesan yang lebih jelas dan nyata

Mula-mula nak ucapkan Salam Eid Mubarak 1432H kepada semua pembaca MPS tak kira terjengah di MPS ni ke, pembaca dalam diam ke, pembaca terangan ke, tak kisah. Ucapan ni adalah untuk kamu semua.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai kata sepanjang penulisan saya ada yang terkurang, tidak disenangi, entahpape atau sama waktu dengannya. Maklumlah, kebanyakkan entri saya hanya berkisar perihal peribadi saya, keadaan sekeliling, pendapat sendiri. Jadi sedikit sebanyak mungkin ada kekurangan yang tidak disedari atau disedari. 

Semoga Syawal yang kita raikan ini memberi seribu pengertian kepada kita semua. Sambut tu, janganlah berlebihan sangat. Sederhana cukup. Bagi yang ingin memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi, tak kira jauh atau dekat, pastikan keadaan kereta anda semua berada di dalam keadaan tip top! Nanti payah pulak kalau ada problem kat tengah jalan. Musim raya macam ni, payah nak dapatkan mekanik. Kalau tak bernasib baik, dapat problem kat jalan yang tak ramai orang lalu lalang. Kan ke haru [mintak jauh]. Kalau bernasib baik sikit la kan, kereta buat hal kat jalan yang ramai orang lalu lalang, tapi kadang kala nak dapatkan mekanik, sikit punya susah. Mekanik semua sibuk nak beraya. Kalau ada pun, mesti dorang akan caj kaw-kawwww punye. Jadi cek bebetul kereta tu tau.

Sebelum mulakan perjalanan, doa banyak-banyak kepada Allah semoga perjalanan kita dikira sebagai ibadah dan selamat pergi serta kembali ke mana-mana destinasi.

Hati-hati di jalanraya.

Oklah untuk setakat nih, nanti kite update lagi eh :)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.