Saturday, October 8, 2011

Hari Minggu

Jumaat

Cuti macam biasa. Rileks kat umah sambil membaca novel. ha ha ha. Satu novel mau berminggu-minggu untuk ditamatkan. Mungkin dah bosan nak mengadap internet, lalu novel dijadikan santapan. Ala, novel yang dibaca tu kan, bukan beli pun. Novel pinjam je. Mungkin sebab diri ni bukanlah kaki novel, tapi kalau dah bosan, boleh jadi kaki baca la jugak. Tapi pembacaan memang agak slow macam siput dabi la.

Aktiviti lain, takde. Tidur je kejenya, lama-lama terasa beku je otak ni. Macam lembap semacam je. Tu la kan, orang cakap tidur ni, tak boleh lelama sangat. Nanti badan tak cergas, otak lemau. Uh!

Sabtu

Dah lama plan nak pergi rumah my bff. Hajat terlaksana tadi petang. Lepas appointment dengan Dr. Ahmad, terus ke Giant beli barang baby. Lepas beli barang baby, terus pecut ke rumah Zizzie. Owh~! giler lama tak pergi rumah dia. Hampir SETAHUN tak pergi. Di ulang, SETAHUN. Dah la kawin dia, aku tak pergi. Raya bebaru ni pun tak pergi. Ishhh~! sahabat yang agak teruk di situ. Tapi semuanya bersebab tau. Takde la nak sesaje tak nak pergi.

Sampai kat rumah dia, disambut oleh adik perempuan dia. Sembang-sembang, salam-salam dengan Zizzie. Lepak aku bermula di rumahnya. Best sebenarnya lepak kat umah dia ni. Oh ya, tujuan pergi umah dia nih, alkisahnya Zizzie dah dapat anak pompuan. Cumilllllll. Tapi sori ye, gwa lupe mau ngambil itu fotonya. Ish!

Rambut baby tu lebat, hitam ikal-ikal. Memang cantik sangat rambut dia. Nama dia Batrisyia Sofea. Cantik namanya, secomey tuannya.

Bila tanya kat yayang aku tu kan. "Kau percaya tak kau dah ada anak" Dia jawab "aku pun tak percaya aku ada anak". Ha ha ha.

Sebenarnya aku yang duk fikir lelebih. Aku tengok Zizzie, aku pandang muka anak dia. Muka macam umi dia ni :)

Kami borak-borak, borak jugak dengan ayah dia.

"Hai orang tu, datang sorang je ke? Cik abang mana?"

"ha ha ha. Cik Abang kite simpan kat umah la, nanti kalau nak tengok datang umah ye".

"ha ha ha. Lenkali datang la dengan cik abang".

"nanti-nanti la kite ajak"

Saje je bergurau dengan ayah dia. Ala, ayah dia tu dah macam pakcik-pakcik sedara kite jugak. Boleh di ajak sembang. Tapi kalau aku ni, kadang-kadang merapu sikit bercakap dengan orang tua. he he he. Main hentam je bergurau.

Si adik Zizzie pulak dah masakkan sup ayam. Best :)

Di ajak makan, apa lagi aku memang tak tahu malu sikit dengan family Zizzie nih. Pergi la soru, tambah sekali nasi tu. he he he.

Bila dah nak balik [yelah, berjam-jam duduk kat umah orang, tak rereti nak balik ke cik kiah?]. Eh eh, ayah dia siap tapaukan salak. Lepas tu, mak dia pulak berikan petai. Petai, ah ye lah petai. Sori terkonpius petai dengan jering tadi.

Malu pulak, kite pergi rumah orang dengan tangan kosong. Balik dari rumah orang dengan tangan penuh.

he he he.

Moga Allah murahkan rezeki kita la Zizzie.

Amin amin amin

Dah ni je aktiviti untuk dua hari ni. Takde aktiviti lain dah. 








2 comments:

  1. aku pun dah lama x contact dgn BFF. sejak kawin & beranak makin jauh rasanya dunia kami...

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    hehehe.. yang ni kan, suami dia siap pesan kat wife dia, jangan tinggalkan kawan even lepas kawin.. keep in touch :)

    *terharu dengar pesanan husband dia tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.