Tuesday, October 11, 2011

Jey Ti Di Bi

Sila baca peringatan ini sebelum ke perenggan seterusnya. ENTRI NI PENDEK JE TAU :)

Tadi masa kat pejabat, try cari dan google satu artikel ni, tapi tak jumpa-jumpa. Jenuh duk memikir apa ayat yang agak-agak aku boleh ingatla kan. Try lagi dan lagi menggugel, tak dapat-dapat jugak. Urmm, dah naik bosan, eh sebenarnya bukan bosan, tapi tak boleh nak bersemangat mencari kerana kerja pejabat menanti sambil lambai-lambai kat atas meja tu ha. Jadi pencarian terpaksa dihentikan seketika. Seketika jer, sebab dah plan dalam kepala nak balik menggugel ini malam la.

Sakni kan [sakni = baru je sekejap tadi], bukak fb, lepas tu type satu nama ni. Terus klik pada link entri dia, baca-baca, main-main kekikus kwek kwek mambo, YESSS! dah jumpe artikel tu.

Bukan main senang lagi jumpa, tadi siang payah kemain lagi.

Tu la kan, dalam hidup kita, ada benda yang senang kita dapat, dan adakala payah sangat kita dapat walaupun kita dah berusaha.

Ok la, see you later later la eh. he he he






No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.