Sunday, October 16, 2011

Jiran Tetangga


Tadi kira-kira jam 8 lebih-lebih sikit, terdengar bunyi orang bagi salam kat luar rumah. Akak ipar pergi jengukkan sebab dia kat luar. he he he.

Macam biasa, jiran kat depan rumah bagi makanan. Banyak, macam-macam ada. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab masih ada jiran yang prihatin macam ni [ini puji bukan sebab dapat makanan tau].

Kalau nak tahu, rumah jiran ni kan, arwah mak dulu biasa pergi upah mesin kelapa. Lepas tu upah anak-anak dia dalam 50 sen atau seringgit. hi hi hi. Biasa tukar-tukar juadah, sembang-sembang, kalau kami ada buat makan untuk budak-budak [dah lama tak buat, dah bertahun-tahun dah], dia akan datang bawak anak-anak sekali. Seronok. Jiran ni kan, anaknya ramai. Kalau anak-anak dia nangis, kami dah tahu dah yang mana punye suara. Anak lelaki dia la tu. Kalau kami cakap 'nangis sokmo kan anak-anak dia'. Arwah mak dan ayah sokmo cakap 'sama je semua, masa kecil semua suke nangis termasuklah rumah kita [maksud dia, kami ni semua la]'. Kami takde niat apa pun cuma kadang kala hairan kenapa la asyik nangis. Tapi anak lelaki dia yang suka nangis la rajin jadi mat despatch. Datang rumah hantarkan kelapa yang dah dimesin, kuih yang mak dia pesan bagi kat kami semua. Lepas tu berlari laju-laju balik rumah dia. Kami pulak, sengih-gumbira dapat makanan. he he he. Eee, apalah ni. Buat malu je kat budak 5 tahun tu.

Boleh dikatakan jiran-jiran yang ada berhampiran rumah ni, datang bagi makanan tak kira masa. Ada malam, siang, petang, tak kira bulan Ramadan ke tak. Kami biasanya berbalas juadah jugak. Tapi biasanya saya beli je kat pasar. Almaklumlah, nak buat tak reti. Makan reti la kami. 

Cakap pasal jiran, teringat kat lagu yang sering dimainkan kat dalam radio. 

[tak rugi berbuat baik dengan jiran-jiran dan semoga ukhwah yang terjalin dan budi baik mereka diberkati Allah]



Ni lirik dia yang penuh :)

Nyanyian : Mestica | Sendu Sendawa

Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan
[Al-hadis]

Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, nikmatnya
Sendu dan sendawa

Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
[selalu dengar kat dalam radio tang lirik nih :) ]

Pernahkah engkau melihat 
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama

Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua

Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara

Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya

Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita

Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya

Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakitnya
Sakitlah seluruh anggotanya







No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.