Friday, October 21, 2011

Kisah Adik 4


Baru je bangun dari tidur. Bukak fb sekejap, memandangkan lappy masih dalam keadaan 'bernyawa'. Tadi sebelum terlelap memang saje tak off kan lappy tu. Bila bangun, macam biasa la, sempat menjengah umah biru tu. 

Malam ni nak berkongsi satu cerita yang dah lama saya nak kongsi. Dari satu hari ke satu hari, tapi tak jadi jugak. Cerita tentang adik 4 saya. Kenapa saya pilih adik 4? Nanti saya citekan ye. Saya lagi bersemangat kental nak bercerita tentang dia bile membaca komennya pada gambar dia yang kononnya macho. ha ha ha.

Semua orang ada adik, tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira berapa umur nya. Macam saya, dulu pernah tau tak nak adik, konon nak jadi anak bongsu. Sokmo fikir 'bestnya kalau takde adik'. Takde la nak bising-bising, sakit hati dengan perangai adik-adik lelaki [ye, adik saya keempat-empatnya lelaki]. Bila sebut lelaki, faham-faham ajelah, balik rumah helmet merata-rata diletaknya. Sakit hati. Sebab tu kadang-kadang, rasa jugak cemburu pada mereka yang ada adik perempuan. Macam best jer. Boleh tukar-tukar pendapat, buat aktiviti sama-sama, pinjam tudung, pinjam baju, pendek kata banyak benda yang boleh dibuat bersama-sama. Oh! Macam seronok bila kita bayangkan sesuatu yang tidak menjadi milik kita. Lagi la nampak macam 'best best'.

Sekarang, perasaan nak ada adik perempuan still ada lagi. Nak-nak kalau tiba keadaan tertentu. Tapi perasaan nak jadi anak bongsu. Langsung takde dah. Bila dah besar nih, rasa bersyukur sebab tak dilahirkan sebagai anak bongsu. Sebab dengan adik-adik ni lah, rasa gembira rasa meriah, rasa sakit hati, rasa macam-macam boleh dirasai dan dijadikan kenangan yang cukup berharga.



Gambar mengimbau kenangan kita paparkan di sini. Ni adik 4 dan adik 3. Masa ni kan, mereka darjah berapa ntah. Baru je balik dari sekolah, saya ambik foto ni kat sebelah rumah kami. Dua-dua ni, memang sukakan kucing. Bila belek-belek semula gambar-gambar lama, banyak la jugak gambar mereka ni dengan kucing. 

Sekarang ni, mereka dah besar. Dah nak jadi suami orang dah. InsyaAllah. Sekejap je masa berlalu.



Ini gambar ketika kami lepak-lepak kat rumah. Dia saje je pakai tudung arwah mak. Lepas tu kami amik gambar sama-sama. Dulu adik 4 ni sporting jugak kalau nak diajak bergambar, bila dah besar nih, dia tak nak layan sangat bergambar ni. Lebih suka amik gambar sorang-sorang. Biasanya saya je yang ngada-ngada amik gambar sama-sama. Dia tak pandang kamera pun. he he he. Budak lelaki bila dah besar nih, lain sikit perangai dia.



Masa lepak-lepak lagi menonton tv. Time ni rambut dia macam panjang la jugak, sebab boleh diikat menjadi sepertimana rajah di atas. Muka takde perasaan kan? Oh ya, lupa nak kasitau, nama adik 4 ni Ismail. Konon nak nampak glamer, dia cakap 'panggil aku Is'. ha ha ha. Ceh! takde maknanya.



Ha ha ha. Kadang-kadang saya tak faham, apa la dia ni nak buat. Di ikat rambut satu-satu macam pokok kelapa. Bajet cantik la tu.



Dan lagi gambar dengan kucing. Anak kucing yang berapa bulan ntah. Boleh dikatakan, dia ni bapak angkat la pada kucing-kucing yang ada. 

Kenapa saya bersyukur ada adik-adik lelaki terutamanya adik 4? [saya fokuskan adik yang bongsu sebab kalau nak cerita pasal keempat-empat adik saya, memang tak habis. banyak sangat cerita]

Adik 4 :

Ketahuilah walaupun acap kali susu nespray ku dicuri olehmu, aku tetap sayang padamu. Walaupun kadang-kadang gurauan kamu sedikit sebanyak menyakitkan hati, tapi aku tetap sayang padamu.

Ada iklan dalam tv kan, iklan u mobile, ala yang last tu ada lelaki menangis tengok cite apa ntah. Haa, iklan tu memang iklan peberet dia la nak mengutuk kat aku. Bila iklan tu keluar cepat-cepat dia akan cakap 'tu pakwe mu, body katang [sasa] tapi nangis tengok cite'. ha ha ha. Aku pun tergelak sama. Nak marah, tapi lucu giler. Kadang-kadang dia dah tahu aku geli pada ula*, haa.. time ula* ditunjukkan kat tv, mula dia cakap 'eh ce tengok tu'. Saje la tu nak kasi kite geli. Dia suka tengok national geographic, cite-cite haiwan, atau masak-masak, tapi aku tak berapa suka pada kisah haiwan-haiwan ni. Geli. hu hu hu. Kalau kami berdua tengok tv, kadang-kadang terpaksa mengalah jugak.

Tapi tadi kan, tengok cite Soffiya, eh dia tengok jugak. Aku tanya la [sebab tak tahu kan, mungkin miss episod]. Mana Kak Ton? Adik aku jawab, 'dah mati la, kene tikam dengan Soffiya'. Hoo, kelas gitu. ha ha ha. Dia pulak yang tahu jalan cerita dia. Biasanya adik-adik lelaki aku tak berapa suka sangat dengan drama-drama nih. Katanya kalau nak tengok drama, pergi tengok rumah mak cik aku kat sebelah. Hambooiii.

Adik ini jugaklah yang selalu curi susu nespray aku [macam aku tulis kat atas tadi]. Mula-mula tak tahu, tapi naik hairan sebab susu yang dibeli cepat benar surutnya. Ada satu hari tu kan, masa masuk dapur, eh he, tengok dia seronoknya tengah kacau air susu. Bila aku cakap 'hooo, amik susu aku eh?'. Dia gelak je. Lepas tu siap pesan, beli susu lagi eh. Ceh! Aku beli susu untuk diri sendiri, bukan untuk dia. Ah! Saya tetap sayang dia :)

Kalau beli apa jua makanan, mesti teringat kat dia. Kadang-kadang kalau hari geram, aku tak beli apa pun untuk dia. Tapi dia rembat jugak makanan aku. 'Nok sikit, aku lapar nih'. Kesian kan dengar? Ni dialog biasa dia. Dah boleh hafal dah. Eh, aku kenkadang geram dengan dia. 'Mu kan ada duit, gi la beli sendiri'. Tapi aku bagi jugak makanan kat dia. Urmm, percaya tak, di umur 23 tahun ni kan, dia masih menantikan makanan apa yang aku bawak balik. Dulu masa kecik-kecik, urmm dia dalam umur darjah-darjah kot, time tu aku dah study kat U. Bila balik cuti semester, mesti dia akan cari makanan kat dalam beg aku. Sekarang pun sama. Kadang-kadang aku letak makanan ringan kat atas rak dalam bilik. Nanti kan ada la dia cakap 'bila nak buka makanan mu tu? bagi ke aku ah'. Urmm, nampak sangat masuk bilik aku dan dah berniat nak rembat makanan tu. ha ha ha. Dah biasa sangat dia tu.

Dia pandai masak. Sedaplah jugak kalau nak dibandingkan dengan aku nih. Yang paling dia pandai, buat sate, buat ikan bakar. Kalau buat cekodok/jemput-jemput urmmm.. kadang-kadang masin, kadang-kadang ok. Yang aku geram, kalau masin bagi aku makan. Kalau sedap, makan sorang-sorang. ha ha ha. Bertuah punye adikkkk!!

Dia jugak pandai main gitar. Tapi takdelah terel mana. Boleh la. Tapi arwah mak dulu marah dia main gitar. Jadi dia simpan gitar tu kat umah mak cik aku kat sebelah. Bila dia nak main, dia pergi umah mak cik aku. Gitar dia tu, dia sorok bawah katil dia. Sekarang ni tak tahulah kat mana dia simpan gitar tu. Gitar kapak jer.

Sebab tu la saya sayang adik 4 saya ni. Kami boleh gurau-gurau, mengutuk kemudian berbaik balik.

Kalau diikutkan hati, banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi dah lewat sangat ni. Jam hampir 1 pagi nih. Nak kena buat apa yang patut. Gosok gigi and tidurrrrrr ZZZZZZ

Esok Jumaat cutiiii :) Plan nak makan sotong celup tepung, dah bagitau kat ayah tadi. Harapnya menjadi, sebab dah lama tak keluar sama-sama, rindu tau ;)






2 comments:

  1. aida...seronok kan ade adik?dila ada satu je..itulah pengarang jantung buah hati sebelum kawen..bila mu buka cite pasal adik,terus ingat dia..huhuhu(aida,k.ton kena tikam dengan soffiya?bila?episod berapa?aduhai..x taulah plak ni....aku pun ikut soffiya tu tapi banyak langkah2..sebab tengok ket tenet...)

    ReplyDelete
  2. UMMI KHALISH :
    best sangat seronok dila. ala, mesti rindu kat dia kan? hehhehe.. Dila,tak kene tikam pun. Kene tipu je. Baru je tau tadi. gerammm! hahahha..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.