Saturday, October 15, 2011

Panas! - Terengganu vs Kelantan

Hajat di hati nak aje tulis manyak-manyak malam tadi, tapi M agak beraja di hati. Jadi tak bukak lappy sendiri. Curi-curi on yang adik punye. Bila dah nama curi-curi bukak, takkan berani lagi nak buat macam harta sendiri. Mau kene marah nanti. 

Malam tadi kan ada game Terengganu vs Kelantan. Memang tersangatlah PANAS~!! Kat umah, semua family tengok bola, kebetulan adik 1 datang tidur rumah. Memang bersemangat sungguh. Nasib adik ipar takde, kalau tak mesti panas telinga dia. Almaklumlah dia orang kelantan. he he he. Family kami memang minat bola [KLIK SINI] . Bukak tv pun asyik boooolaaaa aje. Bosan. Kalau yang lelaki tu kan, time ada game bola je, kalau ada kelapangan pergi stadium la jawabnya. Bagi aku, kalau time boleh tengok cite lain, bukak la channel lain, ini tak, pagi petang siang malam [perumpaan la nih] asyik bola jer. Ish! Berpada-pada la.

Cuma malam tadi kan, Kelantan suka sangat la main jahat. Main jahat ni membawa maksud, petehkan kaki lawan, lepas tu sesedap hati tarik baju lawan bila keadaan dah memaksa. Masa itu hari pun, time Kelantan bertandang ke Terengganu, semua heboh kan pasal layangan kad kuning dengan kad merah yang bertalu-talu dikeluarkan oleh pengadil. Sampaikan Astro Arena buat perbincangan tentang hal nih.

Baru la tahu yang ayah pemain player Terengganu, Manaf Mamat meninggal [bila tanya kat abang tadi]. Patutla pengulas cakap, Manaf tetap meneruskan permainan walaupun bla bla bla. Sedih kan, sebab time tu dia kat Kelantan.

Memang tak dinafikan Kelantan dan Terengganu ni macam tak boleh bertemu, ada aje gaduhnya. Macam musuh tradisi. Dulu [lupa plak tahun bila], ada bas rosak dikerjakan oleh penyokong, ni la akibat sikap penyokong yang tak nak fikir panjang, banyak kerosakan harta benda yang jadi mangsa. Bagi aku, setakat kata-kata jer, itu tak jadi hal [merujuk kata-kata yang biasa aku keluarkan aje tau. Sebab kosa kata aku tak banyak. Kalau korang aku tak tahu la. Sebab aku tak suke sumpah seranah yang melampau]

sayat yang biasa dikeluarkan [tiap kali tengok game. ha ha ha]

: bongok sungguh main, hok gitu dok leh nak wak gol
: tidur ar tu, sebab tu lepas bola
: geram aku tengok teganung main, dok tau benda
: bollok ar main malam nih
: hooo, memang jahat ar main gitu [biasa refer pasukan yang Terengganu lawan, tak kira ar Kelantan ke, Nogori ke]
: tengok, start lempor ngecung, botol air doh. adok keje lain [tak kira penyokong dari mana-mana pasukan termasuk terengganu tau]
: hok gitu dok bagi kad pulak [sometimes pengadil ni manusia biasa, kadang-kadang dorang pun tak sempat nak tengok betul-betul apa yang terjadi pada sesetengah player, kita yang kat luar ni, memang la, lebih dari pengadil koo]
: kalau aku, aku passing bola tepi tu, banyak agi ruang. yang nak tamak nak sumbat gol tu, bakpe?? [geram bila tengok pemain yang adakala macam nak bolot sensorang je goal, padahal main bola bukan main sorang-sorang, kena main secara satu team, lepas tu mula ar bercakap bajet macam coach yang hebat. tampal jugak mulut ni dengan salotep karang. hi hi hi]
Ayah aku selalu cakap 'hok main dalam padang tu, leloh doho doh, cuba kite gi main sekali rasa gak gane'. he he he 

Sebab tu bagi aku, kata-kata tu takde la sangat. Cuma ye lah kan, ada orang ni emo terlebih-lebih, mulalah angkara bola bertukar jadi perang mulut, lepas tu gaduh. Urmm, tak suka la aku macam tu. Lepas tu, yang kurang aku suka, yang jenis 'eh lelebih dia nih. melarat-larat pulak emo'. ha ha ha. Bagi kami semua, malam menonton game tu aje kami pot pet pot pet. Lepas tu takde dah. Lepas tu, bila tengok game seterusnya, kami akan compare semula dengan game yang sebelum ni. Macam tu la, tapi takde simpan dalam hati. Sebab kami bukan player cuma penyokong yang bersemangat tak tau apa. ha ha ha.

Berbalik pada game malam tadi. Dalam tv sebelum game berlangsung kan, dah siap awal-awal bagitau sepasukan anggota polis telah disediakan untuk mengawal keadaan. Hamboi macam tu sekali noo. Macam nak pergi mana, padahal nak pergi tengok sukan je. Tapi yelah kan, bila dah banyak rekod berlakunya pergaduhan, itu ini, memang la perlu persediaan dan pengawasan yang rapi daripada pihak-pihak tertentu.

Cuma yang hairannya la kan, kenapa la suka sangat baling botol air kat pemain, sampai masuk padang botol-botol tu semua. Dahla tu, ada yang baling mercun. Ntahpape. Bila difikirkan, mesti dorang dah bawak awal-awal dan apa niat mereka, mereka je yang tahu. Pelik sungguh, pergi tengok bola, tapi bawak mercun. Alangkah baik kalau mereka baling mercun pada orang-orang yang  buat jahat, contoh merompak ker, mencuri ke. Lain la kan? [pendapat boleh pakai ke tak nih??]

Malam tadi, macam biasa, game kat dalam tv, kami kat luar sibuk buat alasan. Player jugak yang berpenat lelah mengejar bola. Ish ish, tak patut sungguh kan? Aku suke dengar abang dan adik aku buat ulasan sebab lelaki ni kan, lagi terer dan tau pasal bola. Macam semalam, dorang cakap Kelantan tak masukkan pemain yang lincah dan rajin. Tak ingat pulak pemain nombor berapa, tak lama lepas buat ulasan tu. Coach Kelantan masukkan budak tu keluarkan pemain yang lain. Lincah la jugak aku tengok [sebab nampak asyik berlari jer. nama pun main bola] Kelincahan sebenar tak dapat dipastikan sebab tak kenal dia.

Oleh sebab terlalu suspen game malam tadi, abang aku cakap 'debor eh, kalau debor kite kene makan' [sambil makan roti]. ha ha ha

Alhamdulillah Terengganu berjaya jugak mara ke semi final dengan kemenangan 2-2 dan kelebihan aggregat 5-3 [kalau tak silap la kan, kalau silap sorry]. Nanti bertemu dengan Selangor kalau tak silap [....lagi].

Urmm, menang kalah adat permainan. Tak kiralah bola ke apa ke, memang akan ada menang dan kalah. Ada jugak kalah bermaruah, ada jugak menang dengan tidak bermaruah. Semua tu biasa la dalam dunia sukan. 

Tak sabar pulak nak tengok game seterusnya nanti. Macam mana la gamaknya kan?

Aih kalau tengok bola mesti teringat kat kata-kata arwah mak aku kat adik-adik aku. 'Kalau nak tengok bola, semangat sungguh. Kan molek kalau nak semayang pun semangat gittu jugak'. Terasa weyh :)






No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.