Tuesday, October 18, 2011

Sahabat Sejati


Judul post macam lagu Sheila On 7 jer. Tak disengajakan. Masa bulan Syawal dahulu [ye tau, Syawal dah laaamaaa berlalu]. Kami semua plan nak jumpa. Lepas dah ber sms sesama kawan-kawan, kata putus dibuat untuk jumpa kat satu kedai peberet yang sorang nih :)

Dorang semua masih dalam mood bercutian raya, hanya saya sorang je yang dah masuk keje. Lepas opis hour terus ke warung yang ditetapkan. Jadi berbaju kurung la saya sensorang tanpa ada geng kurung. Tak kisah pun sebenarnya. Janji dapat jumpa dorang semua.




Suasana warung.. [urmm, kedai la lagi best untuk disebut]. Tukang amik order dah kenal sangat dengan kawan saya nih. Jadi mereka sangat mengalukan kedatangan kami. Wah~! terharu beb [tapi tak nangis tau]. Makanan biasa adalah bihun sup. Nak cakap sedap? Boleh la, sebab ada lagi tempat yang lagi sedap [tapi tak berkesempatan lagi nak bawak korang semua pergi]. Sorry sebab bab-bab bihun sup, saya suke menjelajah sikit. Mana yang sedap, kami pergi la try. Kalau yang biasa-biasa, tak ada dalam list la nampaknya. Oh ye, gambar ni semua di amik oleh si suami Ziela Bakarin. Sporting suami dia, tengkiyu noo.

Kami makan, borak-borak, gelak-gelak. Brpppp! Alhamdulillah kenyang sangat. 




Bergambar wajib kat depan jalan ni, saje la nak promote kedai ni. Last year, macam ni jugak kami bergambar. Mungkin boleh dijadikan agenda tahunan wajib kami [tengah plan something ni. syhh!]

Kalau nak tahu, kami ni semua kenal dari sekolah rendah lagi. Alhamdulillah, ukhwah yang terjalin masih lagi dapat kami pertahankan [amboi macam nak pergi perang aje nadanya]. Sekarang, semua dah merantau ke negeri orang dan si baju kurung tu jer yang duduk di negeri sendiri. Rezeki kerja di sini :) 

Saya sayang sangat kat kamu semuaaaaa [kalau tak terharu tak tau ar nih, ha ha ha. bajet dorang baca, padahal tak ponggg]

Hargailah sahabat yang kita ada : xoxo 

Dah-dah, nak sambung tengok bola pulak. Wink!




2 comments:

Terima kasih atas pandangan.