Saturday, October 29, 2011

Terengganu Kalah

Kalah dan menang adat permainan. Tapi nak bagitau agak kecewa jugak lah sebab teganung kalah malam ni. Biasalah, bila dah nampak macam nak menang [tadi kan teganung yang score dulu], jadi pemain agak leka. Tup tup bola yang mudah tak dapat ditangkap oleh keeper teganung. Owhh! Frust la jugak. Tapi tak perlu nak marah sebab dia sendiri tak nak benda tu terjadi [tak dapat komisen pun back up dia nih]. Cuma atas kesedaran dan rasional, ia boleh dikaitkan dengan kehidupan sebenar kita.

Kita sendiri tidak lari dari melakukan kesilapan bukan? Jadi tolonglah jangan menuding jari apabila kesilapan berlaku. Betul, adakala kesilapan yang kecil boleh membuatkan pelbagai perkara berlaku. Contoh kalau silap tukar darah. Orang ni darah A, dibaginya darah B. Memang haru. Tapi sememangnya kesilapan tidak akan lari dari kita manusia biasa. 

Namun jangan lah, sesuka hati pulak buat silap. Jangan la macam tu. Itu namanya sikap mengambil mudah akan sesuatu hal. Nanti orang benci, jangan buat macam tu. 

Yang penting, kita berusaha buat yang terbaik yang mampu kita lakukan. InsyaAllah Allah akan bersama-sama kita.

Rezeki kita sendiri tak tahu bukan?

Tahniah untuk Negeri Sembilan sebab dah berjaya memenangi Piala Malaysia 2011 dengan kemenangan 2 [Negeri Sembilan] - 1 [Terengganu]. Best la kome kan? Seronok nampak penyokong dorang tadi. Penyokong teganung moyok je mukanya. hu hu hu.

Lain kali cuba lagi eh :)



Marilah kita sama-sama tengok gambar lama yang diambil masa 2001. Masa ni teganung yang menang Piala Malaysia, lepas tu dah tak menang-menang sampai sekarang.

Gambar ni di ambil pada waktu petang. Kelam kabut pergi tunggu kat kampung sebelah bilamana kat dalam radio cakap piala akan diarak melalui kampung jiran. Masa ni tak tahu pape, jadi tak malu ar nak tercegat kat tepi jalan dengan orang ramai tunggu pemain semata-mata nak tengok piala. Sekarang segan la sikit. huk!

Piala ni dorang arakkan [kalau tak silap mereka baru je sampai dari airport] melalui kampung sebelah. Amik guna kamera yang pakai kodak tu je. he he he.




Ok, dah nak off laptop dah. Tata

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.