Thursday, October 27, 2011

Yang Di Benci

1. Tolong lah jangan sesiapa yang makannya berbunyi bising-bising-bising, makan dekat aku! Sakit hati mendengarnya. 'Cap cap cap cap cap'. Grrrrrrr!!!! Sangat benci ok.

2. Kenapa perempuan selalu sangat berhasad dengki [tak semua tapi ramai macam tu]. Tahukah kamu kita hanya ada satu hati yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Tak dengar? PERLU DIJAGA DENGAN SEBAIK MUNGKIN faham? Bukan menambahkan titik-titik hitam yang menghitamkan lagi hati tu. Dahlah tu, suka sangat la berlumba-lumba sapa yang lebih, sape yang kurang. Oh! sungguh kekampungan punye pemikiran. Orang itu tak boleh lebih, dia je yang nak lebih. Oh helloooo! Sebenarnya bosan sangat apabila berhadapan atau menemui perempuan-perempuan begini [dah lama pendam, sekali lahar keluar. faham-faham aje la yerk].

3. Saya tak berapa suka menunggu atau ditunggu. Bila dah lama sangat menunggu, boleh akibatkan airmata menitis akibat KEGERAMAN. he he he. Lepas tu, akan berubah menjadi diam dan akan kembali ok ;)

4. Orang yang mukanya bertalam-talam. Mintak jauh sangat-sangat dengan orang macam ni. Kadang-kadang saya hairan, kenapa mesti begitu? Depan kita cakap A, belakang kita cakap ADBABFJABAKFIBUWEYF! Wah, banyak betul huruf-huruf abjad eh? Saya pernah jumpa dengan orang sebegini sewaktu ketika dahulu, memang terkejut sebenarnya, kerana saya tiada masalah langsung dengan dia. Tapi bila dapat tahu, fuhhh! Saya tak buat pape pun, cuma dalam hati saya cakap 'oh, macam ni dia rupanya'. Tak puas hati bila saya dapat peluang menyembahkan buku upacara kepada Permaisuri Nurzahirah untuk konvokesyen [cite lama ni, tapi balun ajelah. tengah geram] masa tu saya baru masuk keje. Nampak macam tak fair la kan, budak baru dapat peluang macam tu. Nak buat macam mana, bukan saya yang nak. Saya tak offer diri pun, kebetulan pejabat saya yang jadi urusetia untuk handle konvo, kebetulan jugak saya ada. Jadi agaknya sebab tu saya dipilih. Saya sendiri tak berapa gemar nak menonjol diri kat atas pentas yang mana ribuan mata yang melihat, mak ayah lagi, students lagi, pegawai-pegawai atasan lagi, memang tak ar. Macam saya cakap tadi, ini cite lama dan sekarang dia pun dah takde. Tapi saya masih berkawan dengan dia walaupun tak la rapat. Kalau ada kenduri kawin, saya lebih suka amik acara basuh pinggan daripada melayan tetamu angkat-angkat pinggan. Tak suka. Macam tahun ni kan, masa konvo saya just jaga perarakan graduan. Saya suka. Sebab santai je :)

5. Dah tu je kot. Lama tak update belog, taip-taip je terus emo. Urmm, mungkin emosi saya tengah tidak ketahuan sekarang. ha ha ha. Mungkin jugak tengah lapar kot, tu pasal menaip macam nak makan keyboard nih. Nasib baik tak tercabut keyboard ni semua [saje nak tunjuk ganas bila menaip. aippp!] 

Ok, dadaaaa dulu ya. hi hi hi


Update sikit: Kak Ton dalam cite Soffiya tak mati. Tadi tengok tv kan, soffiya lari dari umah dia. Dia pergi umah kak Ton. Aikkkk? Adik 4 aku cakap Kak Ton dah mati. Ni pasal apa ada lagi? Hidup lagi pun haa.. Tadi bila dia balik rumah, tanya dia. 'Mu kata kak ton mati, ada eh dalam tv tadi. mu tipu aku eh?' Adik 4 gelak 'wat lolok je lah. dok mati pun, aku pun dok tau'. Hampeeeh punye adik [kadang-kadang aku bersungguh-sungguh dengan benda yang ntahpape. teruk sungguh kan?]








No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.