Wednesday, November 30, 2011

Jangan Membazir


Perempuan kebiasaannya memang suka shopping. he he he. Paling koman window shopping sudah mencukupi. Tak terkecuali orang yang tengah menaip tuk tek tuk tek nih ha.

Nak membeli kena ada pegangan. Jangan la itu cantik nak beli, ini cantik nak beli. Mau rabak poket dik non nanti. Meh kita share apa yang perlu kita ada. Pertamanya mesti ada duit. Ok katakan kalau kita ada duit dalam RM50 la kan. Dah banyak sebenarnya kita boleh beli dengan duit sebanyak tu. Kalau beli barang, dah berbeg plastik kita boleh bawak balik ke rumah. Tapi jangan salah sangka, jangan la yang harganya mahal-mahal. 

Macam mana?

Ok, kita tengok.




Saya perempuan yang memang tak punya rantai. Urmm, memang tak ada rantai rasmi. Jadi, itu hari kebetulan keluar jalan-jalan sebab dah banyak sangat rasanya meluangkan masa kat pejabat. hik ;)  Oleh itu TERbeli seutas rantai. Bukan nak beli pun, tapi kebetulan sepupu kepada sepupu berkenan pada rantai nih. Jadi dia la mula start beli. Bile tengok, 'eh cantik ar'. Sudahnya, kami bertiga beli rantai yang sama. Ngeee! Gembira bukan kepalang. Padahal baru beli rantai silver yang berharga RM10. Loket dia saya tak beli. Sebab macam mahal sangat la. Baik jadikan cincin sebagai loket. Cincin tu dah lama giler dipakai. Dah berubah warna dah pun. Sebab hari tu sapu ubat gamat, terkena pada cincin tu, langsung berubah menjadi gelap. Oh ye, cincin tu silver aje dong.

Ok kat sini kita dah bajetkan RM10.




Jengah kat kedai Vincci. Main redah aje try itu ini. Lalu angkut la sunglasses ni satu. Harganya RM23 after less. Urmm, tak berapa selesa sangat. Masa try hari tu, bajet macam ok je. Bila berdepan dengan terik mentari :)  Macam tak boleh nak cover uv dia, bila pakai terus kat minda 'rosak mata nanti'. Hasilnya, jarang sangat pakai sunglasses ni, sebab lebih selesa pakai sunglasses lama. Tapi sunglasses ni cantik, boleh la kalau nak pakai sekali sekali. 



RM4.90 aje kita sumbangkan kepada kedai ni untuk dapatkan satu bag, kalau la boleh dipanggil bag. Macam tak sesuai aje kan panggil bag? Tujuannya, untuk kita letakkan  charger ke EHD ke apa ke. Senang, sumbat je dalam ni. Nak cari pun sonang.




Dah lama sangat duk pakai cincin lama. Bertahun-tahun dah, jadi sebagai hadiah kepada jari yang selalu berkerja keras menaip kat belog. ha ha ha. Tak tak, gurau je yang tu. Beli aje la satu cincin ni. Silver aje. Harganya RM8 je. Semua silver kan? hik hik. Maklumlah, tak berapa gemar pada barangan emas. Macam tak berapa sesuai je nak pakai barangan emas. Kalau dapat white gold memang lagi best. Tapi tak ada harga pulak kalau kita nak jual nanti. Rugi tau.

p/s: gambar 1 dan 4 ini adalah berkaitan. harap maklum ye deh :)




Jemari anda kasar? Tidak mendapat perhatian yang sewajarnya? Oh jangan runsing atau bimbang. Nah, losyen Elianto, ada dua haruman. Satunya Mina dan satu lagi Jolee. Harga dia RM15 aje. Mau tahan setahun ni. ha ha ha. Testimoni mengatakan 'Ok juga losyen ni rupanya. Pakai sikit pun dah ok, sebab dah cukup untuk bagi tangan rasa lembut. Bajet je rasa lembut, padahal biasa je. Berbaloi la beli, tak menyesal'.





Vincci shoes ni hanya sempat dicuba sahaja. Sudah try lepas tu tangkap gambar pun dah kira ok :) Sebab harganya agak mahal. Kalau tak silap itu hari harganya dalam RM30++ je [dah masuk kali ketiga sebenarnya duk survey kasut nih tapi tak mampu nak beli lagi], tapi masa gi rewang tu kan, harganya RM49.90. Rasanya tak begitu berbaloi untuk sepasang kasut ni. Tapi sangat selesa bila kita pakai. Simple and flat je. Biasanya kasut kat Vincci nih, kita kena tengok jugak, kena pandai pilih. Tak boleh main beli aje, biasanya kalau untuk ke pejabat, beli yang biasa dah ok dah. Sebab design dia kebanyakannya agak funky, heels dia mau 4 5 inci, mana sesuai nak pakai untuk kerja. Untuk long term pulak, memang tak elok sangat bagi tulang belakang. 

Ok, sekarang kita kira berapa perbelanjaan yang dah dibuat untuk semua barang ni.

RM10 
RM8
RM23
+ RM4.90
RM 45.90

Hampir RM50 kita gunakan bagi dapatkan 4 barang. Perbelanjaan yang sangat ekonomi bukan? he he he.

Tapi kalau difikir balik, rasanya sunglasses tu boleh aje kalau tak beli pun. Tengok dalam tak nak membazir pun, masih ada jugak yang BOLOS

Tips untuk elakkan pembaziran :
1. Bawak duit cukup-cukup je untuk beli sesuatu
2. Tulis nak beli apa, barulah tak tersasar melencong beli barang yang tak perlu
3. Jangan amalkan biar papa asalkan bergaya, beli ikut kemampuan jangan ikut nafsu. Jangan la ikut orang ni beli itu, kita pun kena beli. JANGAN, melainkan kalau mampu 
4. Tak tahu apa lagi tips, so korang tambah sendiri yek :)





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.