Saturday, November 12, 2011

Korang Nak Tajuk Ape?

Beberapa bulan dahulu..

Assalamualaikum wbt.

Ketika sahabat-sahabat membaca nota ini, saya mungkin sedang sibuk di pejabat untuk proses-proses akhir isi borang J26.. [pengaruh drama swasta nih. Biasa ada surat kan, lepas tu ada pelakon duduk dalam bas, pastu ada suara yang baca surat. Hahhaha]

Ok, kite sambung.

Seperti yang sahabat semua sedia maklum [ada tau, ada yang tak], hari ni merupakan hari akhir saya di Pejabat Pendaftar. Selepas hampir 6 tahun saya di pejabat ni, saya dapat surat cingta, maka sudah sampai masanya untuk saya mencari ilmu baru di tempat lain [kena cari ilmu baru] T_T. Untuk melangkah keluar dari pejabat ini, agak sukar sebenarnya. Kerana di sini lah, tempat saya ‘dilahirkan, belajar meniarap, merangkak, bertatih, berlari.. awan nano nano nano nano..’ dan lain-lain.


Di pejabat ni juga, saya banyak belajar ilmu tentang erti kemanusiaan/kehidupan, erti kerjasama antara sahabat yang ada, urrm, tunjuk ajar yang tidak pernah putus dari sahabat yang ada disekeliling [banyak kalau nak tulis]. Sebenarnya, saya nak tulis dalam bentuk yang lebih santai. Tapi penulisan saya jadi macam sedikit kaku. Perasaan agak bercampur baur. Sedih sudah pasti [nitik doh airmata nih]. Rasa macam baru nak masuk hostel pastu kene duduk jauh dari family.

Urrrmmm, anggap la ni nota terima kasih saya kepada sahabat semua. Selama 6 tahun saya di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mantan Pendaftar iaitu Tuan Haji Mohd Suib, kenapa dia saya dulukan? Sebab dialah orang yang saya jumpa dulu untuk dapatkan tandatangan surat aku janji, di bilik gelap bangunan Akuatrop lama. Oh dia Pendaftar rupanya. Hehhehe. 

Tuan Haji banyak mengajar kami semua untuk menjadi staf yang lebih bagus [tapi saya tak berapa nak bagus. Malu. Masih ada idea tuan haji yg tak sempat nak laksana. huhuhu]. Sikap keayahan beliau membuatkan kami sangat menghormatinya. Maaflah, takde hadiah untuk menyatakan terima kasih. Moga Allah sentiasa merahmati kehidupan Tuan Haji dan keluarga. Amin.   

TQ juga kepada pegawai-pegawai lain ..

Kalau nak tahu [tak nak tau pun takpe], selama 6 tahun di sini, saya telah berkerja di bawah 3 orang bos yang mempunyai karekter yang berbeza. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya bersama mereka. Saya akui saya bukan seorang staf yang baik. Kadang-kadang emo jugak budak ni. Memberontak jugak, tapi macam tu la. Nak tak nak, mereka perlu hadapi kerenah saya. Hehehhe. Sorrrrry. Mana kerja saya yang tidak siap, kurang bagus, mohon maaf sangat-sangat. 


Kepada teman-teman sepejabat. Saya rasa kamu adalah yang terbaik, mungkin bukan 100% terbaik, tetapi hampir kepada yang terbaik. Kerana perlu diingat, manusia itu adalah tidak sempurna [macam saya ni lah]. Untuk mencari kesempurnaan, saya rasa sampai bila-bila pun saya tak kan jumpa kesempurnaan itu. Namun, saya simpulkan kamu adalah antara mereka yang terbaik yang pernah saya kenali. TQ.

Kepada mereka yang rapat dengan saya, TERIMA KASIH kerana sudi menjadi teman pada saya. Sungguh, saya terasa hidup ini memang bahagia bilamana dengan kamu [sinetron Indonesia biasa guna dialog gini. Kikiki] Kongsi tangis, tawa, makan minum, cerita keluarga, macam-macam.

Kak Sa : TQ banyak-banyak kerana sudi jadi pasangan kerja di seksyen kita. Banyak perkongsian rasa, cerita, cita-cita [ada gak yang tak logic], angan-angan orang yang merapu yang dikongsi. Ketabahan kaksa yang sanggup menahan telinga, sangat lah dihargai. Suka duka yang dikongsi terasa macam banyak sangat walau kita kenal sekejap je.

Benda-benda ni sokmo buatkan orang senyum sorang-sorang. Ingat tak pasal jeruk? Kaksa sanggup [dok tau ar ikhlas ke dok], bagi baki jeruk ke orang. Kak sa kata ‘amek ar, aku tengok **** ngat’. Hahhahaha. Kaksa vongok.

Lagi satu jemput pisang, dalam plastic ada dua biji lagi. Orang bagi kat kaksa, kaksa kata cukuplah kaksa amik satu. Awak amek satu. Tapi saya balas, amek ar dua tu, orang simpan doh ke orang se. hahhaha. Kaksa kata ‘ada gak orang gini’. Lawak giler. Ok ar, kalau cite sampai esok dok habes.

*Kak Ayu : TQ banyak-banyak. Dulu, kak ayu sokmo jadi mangsa menerima SMS orang. hikhik. Kak yu doakan orang eh. Moga Allah mudahkan urusan kerja orang kat tempat baru nanti. Err, kak yu pun sama jugak, moga dimudahkan urusan kerja kak yu at tempat baru ekgi. Jaga kesihatan, darah jangan kasi tinggi yer..

*DekMah : TQ jugak sebab sudi jadi kawan orang. Sebenarnya, orang tak pernah jumpa dengan orang sebaik dekmah. Tak reti nak tulis macam mana. Dekmah baik sangat. Sampai orang pulak yang emo. Huk!

*dua orang ni dok buka fb, taat setia ke keje. Hehehhehe

Sinor : mung wat comey gitu ar. Tau ar comey dengan riben tu. TQ jugak sebabkevongokan keentahpapean anda menyebabkan saya senang nak berpot pet pot pet dengan anda. Saya doakan anda bahagia selalu bersama kawan-kawan sepasukan. Err, best ar berenang kat Bidong pakai tapak kaki itik. Kepak kepak ar bunyi. Siap pakai gugel kat muka. TQ atas kerjasama untuk kerja.

Kak Lin : TQ, walau kak lin jauh, tapi kak lin tetap dihearty [eja nak glamer aje]. TQ banyak-banyak sebab banyak tolong masa orang kat Governan dulu. Ajar buat kerja macam mana. Macam-macam. Dapat kenal Kak 'I', dapat kenal roti auntie anne’s, tau kebab yang sedap, teman jalan-jalan [jalan kaki je] kat tempat biasa semasa kite di sana. hehehe.


Terakhirnya, saya ingin memohon maaf banyak-banyak sebab pastinya saya tidak lari dari buat kesilapan [sedar ataupun tidak], kot-kot bergurau ada yang terasa hati, bercakap ada yang tak sependapat, mana-mana kesalahan saya, saya mintak maaf banyak-banyak. Kalau makan minum tu, mintak dihalalkan.

Kepada mereka yang memberikan nasihat dan dorongan kepada saya tu, TQ banyak-banyak. Saya tak berani untuk janjikan apa-apa yang tak mampu saya berikan. Doakan yang terbaik untuk saya di tempat baru nanti.

Tata Pejabat Pendaftar, oh hai.. Akademik. Woo! Atutnye aye.. huhuhu..

Hikelas : Aidalela | 30 Jun 2011 
* kak yu, 3 pages je. Dok sapa 4. hehhehe




~~~ Nota kat atas aku copy terus je dari FB, nota lama alsebab tak sempat nak tulis panjang-panjang. Dengan keadaan diri sekarang, memang idea kat kepala banyak. Banyak sangat nak cite. Tapi tak sempat nak cot cet cot cet kat belog.



Ini pulak komen daripada semua kawan pejabat. Sebenarnya aku tak jawab satu persatu komen ni sebab tak reti nak jawab. Lagi satu, aku kan suke je menaip semua benda. ha ha ha. Mula-mula MALU giler nak publish note ni, lama-lama fikir urmmm .. apa salahnya. Bukan buat salah pun kan? kaaannn? ;)


Selepas beberapa bulan kemudian kat tempat kerja baru...

Fuuhhh.. Baru ko tau eh aida kerja kat sini macam mana? Kalau lap peluh pun rasanya takde la berpeluh mana. Tapi hakikatnya, memang la terasa sangat laaaa menyesakkan otak. Kepala otak memang sarat benor dengan kerja.

Seronok sebab dapat cabaran baru, cuma kadang-kadang letih. Otak la yang letih, eh badan pun letih jugak. Kerja sekarang berbeza dengan yang dulu. Kalau nak cakap dengan tulisan, memang tak sama lah. 




Tengah semak jadual untuk pelajar. Kalau nak tahu, esok dah start kerja baru lah terhegeh-hegeh nak check semua ni ha. Hari tu kan Raya Aidiladha, sebenarnya memang lupa tarikh raya tu, duk sibuk fikir pasal kerja. Maklumlah budak baru memang gelabah sikit. Takut tak boleh nak catch up semua kerja yang diberi. Eee, mintak jauh. Hari tu, raya macam tu jer, lepas tu fikir lagi pasal kerja. Time ni sebenarnya memang agak malas nak buat kerja, tapi bila fikir-fikir kalau tak buat, sape lagi yang nak buat, dah kerja aku pun. hu hu hu. Dalam malas-malas nak semak, siap jugak akhirnya. Lega giler rasa dia. Macam dapat makan burger special yang dalam Masterchef tu haa. Sedap giler nampak burger yang dorang buat tu. Korang tengok tak? Time tu terasa nak jadi juri awam je. Boleh makan banyak-banyak. Tak bayar pun takpe. Tak kisah. Eh burger yang dorang buat tu, dahla daging penuh, dorang buat ikut suke hati jer, sayur penuh. Aiishhh! Imaginasi makan melampau. Ala tak melampau la sebab sebelah i sekarang memang ada burger pun. Big Mac oo la la.. he he he. Lepas kerja tadi, ye arini tak kerja, tapi sebab kerja tak siap lagi. Jadi terpaksa lah pergi. Panjang pulak membebel. Biasa dia nih kalau dapat keyboard.



Malu nak tunjuk tempat kerja. Bersepah. Kalau meja kerja lagi besar, rasanya laaaagiiiii lah bersepah. Memang tak boleh nak kemaskan lagi tempat nih. Kadang-kadang rasa jugak serabut. Tapi masa masih nak jeles-jeles dengan aku. 

Semoga kerja ni semua akan berakhir dengan jaya dan cemerlang. ha ha ha. Tapi sebenarnya tak payah berangan setinggi bangunan Burj Dubai la. Sebab date untuk buat kerja pejabat dah tersedia dah sampai akhir tahun depan. huk huk. 

Ok, kita berpisah dan bersurai di sini dulu eh. Banyak tau benda nak di cite, tapi tak sempat lagi. Eh bukan ke tadi dah tulis ayat nih? Urm urm urm, ha ha ha. Tak kisah la.

3 comments:

  1. Nice blog posting. I'm just blogwalking and very interesting to stop here and read your post. I like this.

    But, dont forget to give us your comment into my blog ya.

    Thanks for share.

    ReplyDelete
  2. wah.. kali ini panjangnya... idea manyak ya.. :)

    ReplyDelete
  3. PRASETYO :
    welcome :)

    *eh aida, dia faham ke bahasa melayu?

    NONG ANDY :
    copy aje dari fb, tu je yang sempat nak buat. lain2 hentam saje. hik hik

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.