Monday, November 21, 2011

Perasaan & Hati

Perasaan dan Hati sangat susah sekarang.
Bapakanda saya demam.
Oh sangat tak senang duduk.

Dah masuk hari keempat kot dia demam kalau dikire balik.
Tapi dia masih ke tempat kerja dia walau dah dinasihatkan tak payah pergi.

Semalam pujuk nak bawak ke klinik, jugak tak nak pergi.

Petang tadi abang 2 telefon cakap badan dia makin panas.
Buat kerja terasa macam berambang sekali.
Dok tau benda tapi kerja siap.

Alhamdulillah sebab kerja siap.

Tapi masih tak tenang sepenuhnya lagi sebab selagi bapakanda kami tak sembuh, urmmm..
Risau sangat.

Kalau kerja tak ada, dah lama cuti.
Eh kerja atau ayah lagi penting?

Ayah lah yang penting. Aduuuu.
Entah lah, tak boleh fikir.
Rasa kalut je bila ayah sendiri sakit demam.
Yelah mungkin sebab dia jarang sakit kot.

Moga Allah bagi kesembuhan pada ayahku. Amin

Ok la, tak tahu nak bebel apa lagi.

Kerja dah siap, bebel ni jugak dah siap.

Balik rumah sekarang.

Daaaa ~~~~

2 comments:

  1. semoga bapakda kamu cepat sembuh... pujuk lagi k.. bawa pi klinik :)

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    malam keesokannya baru bawak ayah pergi klinik. dia tak suka sangat bab2 klinik ni. tapi bila dah panas sangat, baru dia setuju ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.