Saturday, November 5, 2011

SUKAR!

Benda yang paling sukar adalah mencari seseorang yang betul-betul memahami diri kita. Memahami kita dengan sebetulnya [kecuali diri kita sendiri]. Alangkah elok jikalau ada manusia yang begitu untuk diri saya. Eh eh?

So far, antara manusia yang faham pasal diri saya adalah my cousin :)

xoxo

Tu je nak bebel, sementara nak buat keje kat opis nih. Iye, hari Sabtu patut cuti kat umah dan esok Hari Raya Aidiladha, hari ni 9 Zulhijjah 1432H orang wukuf kat Padang Arafah. Syahdu sekejap bilamana dengar cerita tentang orang haji yang ada kat sana. Agaknye bila eh nak dapat pergi haji? Kan best dapat pergi sana di tika usia masih muda. Oh muda eh? Yerp muda la sebab belum lagi 31 tahun. he he he.

Urmmm, apa lagi ek yang nak ditulis.

Dalam kepala saya duk fikir pasal jodoh. Hal itu rahsia Allah, tapi kadang-kadang saya sedih [sedih la ni sebab airmata cepat je nak berkumpul secara beramai-ramai kat mata nih haa], kenapa mereka yang dah berumahtangga tak sayangkan rumahtangga dorang? Bercerai senang-senang jer. Banyak sangat kat sekeliling ni tau. Tak faham sangat tentang hal ni sebab takde pengalaman [berumah dan tangga], DAN TAK NAK PUN PENGALAMAN MENAKUTKAN [kau sana aku sini] macam tu. Mintak jauh.

Kalau ikutkan banyak lagi ni nak hurai tapi akal cepat-cepat sedar. Tak payahlah, sebab tu takut tau kalau buat entry spontan macam nih. Sebab idea ni lebih tulus mulus kerna biasanya ianya berkisarkan apa yang ada kat kepala otak ni and terus tup tap tup tap taip kat dalam belog. Uisssh! Bahye bahye. ha ha ha.

Nanti-nanti la bila ada masanya saya tulis panjang-panjang lagi. Sekarang nak sambung buat keje. Dari tadi asyik melangut depan pc, tak start keje. Teruk teruk.

Ok. Dah nak sambung keje dah. Smile ok :)

*patut nak bebel pasal entri ASST tu, tapi sebab ada kat opis, jadi bantai je tulis apa yang nak di tulis dulu. ASST tu kite cite kendian eh. Sekarang masa mengejar ku yang suka sangat membazir masa. Macam sekarang.





2 comments:

Terima kasih atas pandangan.