Tuesday, November 22, 2011

Tentang Siti Fairuz Fuyoo

Eh bukan bukan. Bukan nak cite tentang nama kelakar Johan dalam Edisi Siasat tu. Tapi nak cakap pasal drama Tentang Dhia yang tengak  tengah ditayangkan kat TV3. Episod pertama tak tengok. Jadi tak tahu macam mana cerita awal dia.

Banyak jugak sebenarnya tertinggal episod dia. Cite dia tentang Dhia. Eh sweet pulak nama Dhia. Cite tentang kisah cinta dia. Tak tahu sangat macam mana cerita dia awal-awal hari tu. Sama je macam ayat kat atas. he he he. Nak buat cerita sendiri la nih, eh tak. Ni cerita betul-betul ;)

Cerita dorang dari sejak sekolah, lepas tu ada lah perempuan ni, kawan sekolah dorang jugak nama nya Melly Goeslow, biasalah ada aje yang hasad dengki nya. Sokmo dengki kat Dhia. Tapi sebelum tu mereka berebut sorang laki ni, entah apa nama dia. ha ha ha. Lelaki tu suka kat Dhia, tapi Dhia tak suka pun. Last, Dhia suka kat Azmi, and Azmi pun sama. Melly tersuka jugak kat Azmi. Masa ni la Melly menjadi seytang bertanduk lapan. Jahat dalam cite ni jelah. 

Tetibe rasa sakit hati bila baca benda yang aku tulis nih. Berbelit-belit. kwang kwang. Tak pe, nak cite jugak. ngeee!

Lepas termiss beberapa episod, lelaki yang mula-mula tu, tak tahu la dah pergi mana. Sebab dorang dah besar. Melly jahat, dia perangkap Azmi. Last Azmi kawin dengan Melly. Dengan tak rela ok! Giler jahat Melly. Tapi pandai dia berlakon sampai aku selaku penonton menjadi sakit hati. Tak sangka jugak si ape ek nama dia tu.. urrmmm, haa si Nora Danish tu berlakon. Biasa kan dia berlakon cite-cite gitu-gitu jer. Ni dengan menangis nye, dengan penghayatan nya. Kire ok lah. Sebab tak semua pelakon boleh menangis berjuraian airmata. Ada  sesetengah pelakon tu, berdepan dengan benda-benda sedih pun airmata pun tak keluar. Padahal guna ajelah eyemore. Lagi senang. Ah sudah terkomen macam juri filem pulak.

Kite sambung cite lagi..

Dalam cite tu, macam-macam lagi la yang terjadi, kalau nak tahu cerita selanjutnya, boleh la try tengok esok petang. Maghrib kan awal, solat siap-siap. Lepas tu duduk depan tv. Ushh! Berani ajar orang benda-benda macam nih. he he he. Tak tak, ikut korang la eh nak tengok ke tak. Kalau rasa macam berminat nak tengok, tengok. Kalau tak nak, tok sah tengok.

Tapi cite tu best tau, tadi Zikir dah merisik Dhia. Zikir sokmo buat muka beriman. Ha, mana datang Zikir nih? Pengarah saje nak panjangkan cite la tu, lepas tu kalau tak banyak plot macam tak best ar kan. Mesti nak ada konflik sikit. Baru nampak macam warna-warni. Padahal ending dia mesti macam dah boleh agak.

Macam adik 4 aku cakap, 'tengok cite tau doh gane. Mu ni tengok hari-hari tapi dok paham'. Lenkali malas ar tanya adik aku lagi. Baik tanya google lagi baik.

Eh, sebenarnya, nak buat keje. File meja masih tak siap. Malam esok dah nak nak pergi bengkel. 

Oklah, masa dah banyak lari nih. Ceh ceh :)

[nanti ada masa boleh blogwalking king king king]









No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.