Thursday, December 15, 2011

23 Disember 2011

Baru usai memasak mee goreng. Rasanya dah lama benar tak masak. Memang kebiasaan akan begitu, apabila adanya kakak ipar, aku balik kerja dah lambat, dia yang akan jadi tukang masaknya. Kalau ada masa, kami akan masak sama-sama. Sekarang dia takde kat rumah, ikut suami dia pergi kursus kat Selangor.

Eh, perasan tak. Kadang kala kita lebih suka membaca penulisan mereka-mereka yang berilmiah berbanding tulisan sendiri. Tulisan-tulisan itu adakala membuka mata dan minda kita untuk lebih berfikir mengenai kehidupan atau mengenai apa saja.  Err, kerana tulisan saya kurang berilmiah haruslah membaca bacaan yang lebih berilmiah untuk lebih seimbang. he he he. Oh ya, bercakap mengenai kehidupan, semua orang sudah maklum, kehidupan setiap manusia adalah berbeza-beza. Beza yang macam mana? Tak payah pergi jauh, contoh yang paling dekat yang boleh kita lihat adalah dengan melihat ahli keluarga sendiri. Di sini saje, kita dah boleh lihat kehidupan antara adik beradik sendiri punyai seribu satu corak. Tidak sama walaupun membawa nama bin dan binti yang sama, walaupun keluar dari perut ibu yang sama.

InsyaAllah pada 23 Disember 2011 nanti, adik 3 akan melangsungkan kendurinya di rumah. Sebab tu saya agak ketidaktahuan. Nak buat itu, nak buat ini. Alhamdulillah majlis di sebelah perempuan dah selesai dengan selamat. Cuaca masa kat Perlis itu hari,ok. Sangat ok namun cuaca kat Terengganu masih belum tentu. Majlis sebelah lelaki = sebelah kami belum lagi selesai. hu hu hu. Harapnya selamat. Amin.

Tadi pagi hujan lebat giler. Masuk pejabat agak lewat tadi, selesaikan kerja rumah dulu. Dalam perjalanan ke pejabat, memang hujan mencurah-curah. Kabur pemandangan, sampai kat pintu masuk tempat kerja, air dah bertakung. Pintu utama sebelah dah ditutup. Pusing sana-sini nak masuk pejabat. Air cepat sangat naik. Alhamdulillah selamat sampai kat pejabat. Officemate sempat telefon nak tanyakan samada dah ada payung ke belum, mungkin kalau aku tak bawak payung dia nak tolong hantar kot. Tapi tadi aku tak sempat angkat telefon. Dah sampai pejabat dia cerita. Sebenarnya tak perlu sebab aku dah bawak payung siap-siap :)

Life

Semalam menggugel senarai semak untuk perkahwinan, sebab tak silap sebelum ni pernah terbaca kat majalah Pengantin apa yang perlu kita buat 6 bulan before, 3 bulan sampai lah pada hari langsung. Tapi cari punya cari tak jumpa jugak apa yang diinginkan. Last, buat sendiri. Tulis tangan kat dalam buku nota.

Ahad lalu, sempat ke butik-butik perkahwinan. Nak cari pelamin untuk menyambut menantu. Bermacam-macam jenis, cantik-cantik pulak tu. Bila dah belek album pelamin kat butik, rasanya macam ada idea. Nak buat sendiri lah. ha ha ha. Semangat giler nak buat, tapi tak tahulah jadi ke tak. Harapnya menjadi.

Saya dapat rasakan, kalau kita buat sendiri persiapan perkahwinan kita kan, ianya lebih puas hati. Kalau perempuan lah, kalau lelaki biasanya mereka lebih simple. Ikut jer, macam tak kisah jer. 

Idea datang lagi, entah lah banyak sungguh idea datang menghasut. Masa kat Perlis, time beli barang keperluan untuk buat sireh junjung [takdelah junjung mana padahal], ternampak candy corner macam nih, lebih kurang lah. 



Rasa nak buat jer. Cakap kat kakak 2, 'aku nak buat gini'. Sempat snap picture dari majalah tu tapi tak transfer kat laptop pun lagi. Handphone tengah tsunami. Kakak 2 gelak, sepupu makcik pun gelak, aku pun gelak sama sebenarnya. Dia cakap 'dok dan ke orang lain, abis ke anak sedara mu dulu'. ha ha ha. Ok, saya gelak sebab saya tahu macam mana pe'el kelakuan mereka tu. Bila difikir balik, idea ni sebenarnya kurang sesuai kerana memang tak sesuai. Sebab orang kampung jarang sikit buat benda-benda nih. Aku main hentam je. ha ha ha. Tak tahu nak jelaskan macam mana ketaksesuaian tu. Tapi hati rasa macam best jer bila dapat buat. Wait and see jelah. Mungkin buat mungkin tak.

Lepas tu lagi, untuk doorgift. Mula-mula nak kasi bekas yang berisi potpouri. Entah sape punye idea, 'kita letak bunga rampai ok gak'. Eh, aku pulak yang terlebih-lebih rasa 'ok gak tu'. Dah terbayang bau bunga rampai yang best. Tapi semua orang tak nak buat sebab cerewet. Jenuh nak hiris daun pandan. Diaorang cakap 'kalau awak nak buat, awak buat sorang ar. ha ha ha'. Aku??? Aku tak janji, naya janji benda-benda yang tak boleh kita tunaikan. Lagipun aku tak pernah buat bunga rampai. Aku ambil pendekatan selamat. Diam sambil senyum. Dalam hati merasuk lagi 'kalau buat best nih'. ha ha ha. Entah, rasa macam best kan buat sendiri semua benda nih. 

Larat ke nak baca lagi nih? Panjang lagi ni nak tulis.

Esok dan esok dan esok lagi lagi, kena manfaatkan masa sebaiknya. Masih banyak benda yang tak buat lagi. Benda yang tak siap lagi ni, tak boleh cakap kat ayah aku. Nanti dia risau. Kalau boleh tak nak kasi dia risau. Bila dia tanya, 'benda ni dah ada'. Aku biasanya akan jawab 'dah, tak yah risau'. Sesetengah benda kami dah berbincang siap-siap dengan makcik aku, kami ringankan kepala ayah dengan 'semua ok'. InsyaAllah, harapnya semua ok. Kalau arwah mak saya ada, mesti BEST secara MILLION!

Oh, anda mesti hairan bukan .. kenapa yang kahwinnya adalah adik 3 bukan kakak dia yang tengah menulis ni yang kahwin. Soalan ni saya dah imun dah, dah boleh agak dah sebab kawan-kawan pun tanya soalan yang sama. Jawabnya, kakak dia insyaAllah, jika Allah izinkan. Dan adik 2, adik 1 dah selamat kahwin :) Sebab tu lah saya cakap tadi ..
Oh ya, bercakap mengenai kehidupan, semua orang sudah maklum, kehidupan setiap manusia adalah berbeza-beza. Beza yang macam mana? Tak payah pergi jauh, contoh yang paling dekat yang boleh kita lihat adalah dengan melihat ahli keluarga sendiri. Di sini saje, kita dah boleh lihat kehidupan antara adik beradik sendiri punyai seribu satu corak. Tidak sama walaupun membawa nama bin dan binti yang sama, walaupun keluar dari perut ibu yang sama.
Dapat point dia?

Ok kalau dah dapat, kita tamat di sini dan bersurai.



2 comments:

  1. Sonok n xcited nak buat majlis adik yer... jodoh belum sampai? takpe... :)

    idup kita memang bebeza. Akak dah tgk adik bradik akak sndiri pun gitu.. abang long yg paling last kawin hehe..

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    yang ni excited terlebih sikit :)

    kami 2 org je yang tak ikut turutan, yg lain ikut Q . hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.